Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

2.8 juta pengundi hantu diakui wujud oleh TKT Mahathir

TKT Mahathir Belum Berhenti Berbohong.

Ketika diminta mengulas faktor yang mendorong kemenangan gemilang Barisan Nasional didalam PRU kesebelas baru-baru ini ,bekas PM Tun Kepala Taik menggariskan dua perkara penting ; peralihan kuasa kepada Dolah Badawi dan penubuhan Puteri Umno.

Ertinya imej lembut dan bersih Dolah telah berjaya memulihkan semula keyakinan orang Melayu kepada Umno begitu juga penubuhan Puteri turut memainkan peranan penting mencerahkan kepudaran parti haprak itu setelah lusuh pada PRU 1999.

Orang Melayu penyokong BA rata-rata menolak hujah TKT manakala ahli-ahli Umno pula tidak berapa menghiraukan statemen bekas Presiden mereka itu.

Begitulah lumrah Umno; pemimpin hanya wajib dibodek dan didengari setiap ideanya (walaupun merapu) selagi kuasa masih berada ditangannya tetapi jika sudah menjadi `orang biasa` itu semua tidak lagi perlu.

Siapa yang tak kenal dengan TKT,jika tidak berbohong tidaklah wajar rakyat marhaen menggelarkan diktator tua itu sebagai Bapa Pembohong Negara. Semasa bertugas dia berbohong setelah bersara pun dia terus berbohong.

Sebenarnya kemenangan gemilang BN itu bukanlah disebabkan oleh imej Dolah Lembik dan kehebatan skuad Puteri pimpinan seorang wanita yang diragui citarasa kewanitaannya (lesbian ?) itu. Faktor tersebut terlalu sedikit menyumbang kearah kemenangan penuh bergaya itu jika dinisbahkan kepada penipuan besar yang disalurkan melalui SPR.

Mohd Agus - Amran Kasimin Dalam Pembikinan ?

Dr Mohd Agus Yusof penganalisis politik tersohor dilihat sudah mula membodek Umno BN jika dibandingkan dengan sikapnya yang `tidak bias` satu ketika dulu. Entah syaitan apa yang telah merasuk, kini aksi dan hujah beliau beliau hampir-hampir sama martabatnya dengan ahli-ahli akedemik penjilat yang lain.

Mungkin Agus merupakan Dr Amran Kasimin didalam pembikinan.Tiada siapa menyangka Amran yang sekian lama agak rapat dengan Dato Dr Haron Din Ketua Penerangan Pusat adalah ahli Umno yang menyembunyikan identitinya.

Amran kini adalah Adun Selangor kawasan Bangi setelah menewaskan Dr Shafie Abu Bakar (mantan Adun Kajang 1999 - 2004 ) yang mewakili Pas.

Tidak mustahil pada 2009 nanti ditakdirkan Agus dipilih sebagai calon BN beliau juga akan mengaku sudah lama menjadi ahli Umno. Siapa berani menafikan hal itu tidak akan berlaku , jika Firdaus al–Hafeez Imam Duit sanggup memerangi Anwar Ibrahim (perjuangannya) inikan pula Agus ; satu juz al - Quran pun belum tentu hafal.

Saya bersetuju dengan pandangan Reformis Muda bahawa Agus hanya menyumbang kekeliruan kepada para pendokong BA apabila penganalisis politik itu meletakkan kemenangan tipis Pas di Kelantan semata-mata kerana keunikan sikap pengundi disana yang mampu membuat perubahan tanpa diduga.

Manakala ketewasan Pas/BA di Terengganu secara mengejut menurut Agus lebih dijuruskan kepada kelemahan dalaman kerajaan pimpinan TG Hj Abd Hadi sendiri tanpa sedikit pun secara tegas menyentuh penipuan dan penyelewengan terang-terangan yang dilakukan oleh Umno BN-SPR dikedua-dua negeri tersebut khususnya dan diseluruh negara amnya.

TKT Mahathir telah menobatkan Dolah Badawi dan Puteri Umno sebagai wira serta wirawati yang menyumbangkan kemenangan gemilang kepada BN,Agus pula `memperalatakan` keunikan sikap warga Kelantan,kelemahan dalaman kerajaan Pas/BA Terengganu dan pelbagai keserabutan serta kekaburan pendekatan kempen,manifesto,strategi dsb diseluruh negara sebagai punca prestasi buruk BA secara amnya.

Kalaulah alasan kedua-dua manusia `cerdik` itu dapat diterima oleh semua pihak masakan Majlis Peguam sendiri mendesak agar satu Suruhanjaya Bebas ditubuhkan untuk menyiasat pelbagai dakwaan penyelewengan yang berlaku pada PRU kesebelas lepas.

Dolah Lembik dan para penjilat Umno BN sendiri dilihat tidaklah begitu berani untuk menafikan kewujudan penyelewengan tersebut,keengganan Dolah menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat salahlaku SPR itu sebaliknya hanya mengarahkan agar badan itu sendiri menjalankan siasatan terhadap dakwaan berkenaan,secara jelas menampakkan sesuatu yang `besar `cuba disembunyikan.

Kalau yang `besar` itu bukan penyelewengan dan konspirasi Umno BN-SPR menafikan hak rakyat didalam sebuah negara merdeka,apakah yang mendorong Dolah Lembik Umno BN melarang Suruhanjaya Bebas tadi ditubuhkan ?

TKT Mahathir sudah lama mengakui kewujudan 2.8 juta pengundi hantu.

Apakah sebahagian besar daripada penyokong BA dan rakyat marhaen sudah melupai lupa tatkala kredibiliti SPR dipertikaikan kerana menerima masuk 7 orang Puteri sebagai kerani sementara di Ibu Pejabat badan itu atas permintaan Azalina Ketua Puteri Umno ?

Meskipun RaSHIT selaku Pengerusi SPR telah memecat kesemua Puteri yang terlibat setelah isu itu dipersembahkan kepengetahuan DYM Raja-Raja Melayu oleh BA sendiri pada September 2003,namun tiada siapa pun dapat mengagak apakah yang sudah dilakukan oleh ketujuh-tujuh puteri itu terhadap senarai daftar pemilih disepanjang 3 atau 4 bulan perkhidmatan mereka. SPR tentu lebih mengetahui.

TKT sendiri pada 12 September 2003 secara terbuka telah membuat statemen bahawa terdapat seramai 2.8 juta pengundi hantu atau hampir 30 peratus dari keseluruhan pemilih yang berdaftar dengan SPR. Tidak diketahui motif TKT mendedahkan tembelang SPR ketika itu.

Walaupun RaSHIT Pengerusi SPR cuba menyangkal kenyataan TKT sehari selepas itu tetapi ianya tidak boleh ditolak begitu sahaja. TKT selaku PM yang masih berkuasa ketika itu sudah pasti mempunyai maklumat terkini tentang apa saja perkembangan yang berlaku disetiap agensi dibawah kekuasaannya.

Ertinya kewujudan 2.8 juta pengundi hantu itu memang ada asas yang kukuh.Cuma Barisan Alternatif dan rakyat marhaen barangkali kurang peka atau sudah berbuat sesuatu untuk mengusir hantu-hantu tersebut tetapi tidak punya cukup kekuatan.

Kita tidak nampak sebarang usaha yang jelas dibuat oleh SPR dari September 2003 – Mach 2004 membersihkan senarai daftar pemilih dari pengundi hantu yang berjumlah 2.8 juta itu.

Usahkan membersih , menokoknya dan memperkemaskan senarai kotor itu tidak mustahil dibuat sepanjang tempuh tersebut.

Apakah BA dan rakyat marhaen masih mengharap SPR akan berlaku adil menjelang PRU ke 12 pada 2009 nanti ? Dengan bermodalkan 2.8 juta pengundi hantu apa saja boleh dibuat oleh Umno BN untuk menggayakan kemenangan mereka.

Kalau mereka mahukan pembangkang sifar pada PRU ke 12 kelak sudah pasti matlamat itu boleh dicapai selagi hantu-hantu tersebut berada didalam genggaman mereka disamping penambahan hantu-hantu baru untuk tempuh lima tahun mendatang.

Saya amat bersetuju dengan pendapat sebahagian besar pendokong BA bahawa bahawa SPR selamanya tidak akan berlaku adil dan bebas selagi Umno BN masih menungganginya. Umno BN bukanlah tempat untuk rakyat marhaen mengadu secara beradab agar membebaskan SPR dari cengkaman mereka.

Merajuk biar pada yang sayang,mengadu biar pada yang kasih (mengambil berat) namun itu semua tidak dimiliki oleh Dolah Lembik Umno BN. Lalu apa yang perlu rakyat marhaen lakukan untuk membebaskan SPR ?

Rakyat marhaen hanya meminta SPR dibebaskan dan p/raya diadakan semula.Andai selepas itu keputusan tidak juga memihak kepada BA,tidak ada sebab untuk rakyat marhaen membantah tak tentu arah.

Persoalannya bolehkah SPR dibebaskan ? Mustahil ! kecuali Umno BN digegarkan dengan derap dan hentakan tapak-tapak kaki rakyat marhaen dijalan-jalan raya.

Pilihan Jalan Raya itulah jawapan paling tepat ! kalau masih teragak-agak baik lupakan sahaja keberkesanan (kepada kedegilan Umno BN )segala stage show dan petisyen yang sedang dan bakal dilaksanakan.

Anggaplah itu semua sebagai `program memujuk dan menyejukkan hati` rakyat marhaen sementara menunggu tahun 2009 . Bersabarlah ……

Inderaloka.





___________________________
Terbitan : 12 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)