Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PLKN ( Program Lagho Kelentungan Najib ) ?

Najib Bapa PLKN.

Ketika membahaskan rang undang-undang Program Latihan Khidmat Negara di Dewan Rakyat tahun lalu, Najib bekas boyfriend Ziana Zain selaku Menteri yang bertanggung jawab; telah mengecam habis-habisan wakil Barisan Alternatif (BA) yang menggesa agar kerajaan tidak tergopop gapah didalam melaksanakan program tersebut .

Wakil BA menyarankan supaya pandangan semua pihak termasuk pembangkang,NGO dan orang perseorangan diambil kira dalam merangka kokurikulum latihan agar program itu benar-benar berbentuk kenegaraan bukan untuk faedah politik Umno BN.

Seterusnya BA juga mendesak supaya nilai-nilai keagamaan , akhlak dan moral tidak diabaikan malah di tekankan sebagai aspek penting dalam program berkenaan.

Najib bukan sahaja tidak menghiraukan gesaan BA itu malah dengan angkuhnya menyuarakan bahawa kerajaan Umno BN tidak perlu mendapat nasihat daripada `orang luar` kerana segala kepakaran yang mereka miliki sudah mencukupi.

Lebih dari itu Najib sempat melabelkan golongan yang meragui kemampuan dan keikhlasan niat kerajaan menganjurkan program berkenaan sebagai pengkhianat dan tidak patriotik.

PLKN dan kelamkabutnya.

Belum pun intake (pengambilan) pertama program kenegaraan itu menamatkan latihan mereka, situasai sudah kelamkabut. Cuba para pembaca perhatikan catatan kecelaruan dan kepincangan berikut:

1. Seawal sehari sebelum pendaftaran memasuki kem latihan para pelatih dan kaum keluarga mereka terpaksa berdepan dengan kelemahan pihak penganjur didalam menyediakan kemudahan logistik.

2. Terdapat kem-kem latihan yang masih belum siap sepenuhnya.

3. Pelatih lelaki menjalani latihan bersama dengan pelatih wanita,sedangkan di negara jiran Singapura latihan dijalankan secara berasingan.

4. Seorang Pembekal makanan serta merta ditamatkan kontraknya kerana didakwa menyerahkan urusan tersebut kepada pihak kedua untuk mengaut untung berlebihan.

5. Pelatih beragama Islam tidak digalakkan bersolat jamaah. Fungsi surau tidak di manfaatkan sepenuhnya.

6. Berlaku beberapa siri pergaduhan yang melibatkan pelatih Melayu dengan bukan Melayu.

7. Kalangan para pelatih wanita bimbang tentang tahap keselamatan persekitaran kem latihan mereka (asrama kediaman).

8. Terdapat beberapa kes yang melibatkan perbuatan yang dikatakan perlakuan sumbang diantara pelatih lelaki dengan pelatih wanita.

9. Seorang jurulatih dilaporkan merogol seorang pelatih wanita.Mungkin lebih dari satu kes.

10. Terdapat beberapa kes jurulatih membelasah pelatih.

11. 10 orang jurulatih meninggalkan kem latihan kerana mendakwa tidak dibayar gaji.

12. Terdapat kes para pelatih merusuh merosakkan harta benda orang awam kerana tidak senang dengan tindak tanduk penduduk tempatan.

13. Para pelatih berdemonstrasi kerana tidak puas hati dengan sikap jurulatih mereka.

14. Para pelatih wanita diserang hysteria.

Mungkin ada sesetengah pihak khususnya penganut Islam Hadhari menganggap kes-kes yang berlaku disepanjang program latihan yang baru bermula itu adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan bilangan peserta yang mencecah angka 80,000 orang.

Pengerusi Majlis Program Latihan Khidmat Negara Kol.Prof.Kangkong Fauzi Basri masih mahu menegakkan benang basahnya apabila meminta para ibu bapa pelatih supaya tidak mempertikaikan kredibiliti pihak penganjur. “ Semuanya masih terkawal ”demikian kata Fauzi.

Bekas boyfriend Ziana Zain pula menjelaskan bahawa pihak penganjur memang tidak punya masa yang secukupnya untuk menapis setiap orang jurulatih yang berjumlah lebih seribu orang.

Dimasa yang sama pihaknya juga tidak menentukan sebarang kritieria untuk memilih para pelatih. “ Remaja yang baik pun diwajibkan menyertai program dan yang bermasalah pun tidak akan terlepas .” begitu kata Najib ketika diminta mengulas kes pelatih merusuh di kem Sintok Kedah.

Program Lagho Kelentungan Najib.

Lihatlah betapa mudahnya Najib dan Fauzi mencari helah untuk menutup kelemahan mereka. Kalaulah anak gadis kedua-dua orang penganut Islam Hadhari itu turut sama menyertai program latihan apakah mereka akan menuturkan alasan yang sama ?

Jawapnya tentu tidak ! sebab mereka pasti sayangkan anak gadis mereka. Tak taulah kalau Najib dan Fauzi merelakan anak gadis mereka dirogol demi menyempurnakan program khidmat negara !

Jelas apa yang digesa dan disanggah oleh wakil BA ketika membahaskan rang undang-undang PLKN di Parlimen dulu adalah betul.

Namun kini setelah suara-suara garang Hassan Ali,Mohammad Sabu,Mahfuz Omar dan beberapa orang lagi jagoan BA lenyap dari Parlimen akibat penipuan Dolah Badawi-SPR pada PRU lepas,siapakah lagi yang mampu memulangkan paku buah keras kepada Najib? Mampukah Salahuddin Ayub,Dr Hayati Othman dan Abd Fatah Harun mengejek Najib ? Mudah-mudahan mereka mampu !

PLKN itu lebih layak dipanggil Program Lagho Kelentungan Najib kerana semuanya jelas direncana sebagai persiapan bekas boyfriend Ziana Zain itu untuk mengambil alih tampuk Umno dan kerajaan dari Dolah Badawi menjelang p/raya umum 2009 nanti.

Cuba para pembaca bayangkan dalam tempuh setahun PLKN akan melahirkan 320,000 pelatih yang sudah diUMNOkan minda mereka. Darabkan jumlah itu dengan sekurang-kurangnya 3 siri latihan sebelum 2009- jumlahnya hampir 1 juta. Dengan bilangan pengundi muda seramai itu dicampur dengan pengundi hantu apakah susah untuk BN mengekalkan kuasa menerusi p/raya ?

Setakat ini PLKN telah menghabiskan RM 500 Juta wang rakyat ! Kalau bukan Najib yang untung siapa lagi ?

Apakata kalau Ziana Zain diundang sebagai artis jemputan untuk meraikan upacara tamat latihan para pelatih PLKN itu dimana-mana lokasi yang dipilih oleh Najib setelah dipersetujui olih Rosmah Mansor , tentu tambah meriah !

Inderaloka.





___________________________
Terbitan : 22 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)