Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Respond kepada Pembalasan ALLAH terhadap Parti yang mengutuk usaha Nabi

Saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca terhadapa tulisan saudara saya yang bertajuk seperti di atas. Anggaplah tulisan itu satu cetusan rasa individu beliau dan bukannya dari jemaah yang beliau menjadi pesertanya. Saya pasti tulisan beliau itu jika terbaca oleh karkun2 atau pun buzruk tabligh sudah pasti saya yakin beliau akan ditegurnya. Di dalam dakwah tabligh tidak ada ucapan yang berbau seperti yang ditulis oleh beliau. Adalah diyakini penulis berkenaan tidak pernah mendengar majlis ceramah PAS kecuali mengambilnya dari ulasan media am. Sebagai seorang pendakwah Tabligh beliau sepatutnya sekurang2nya dapat menilai apa intipati yang hendak disampaikan oleh PAS. Tidak boleh membuat kesimpulan melulu seperti yang didakwa.Bukan caranya menidakkan tuduhan terhadap usaha kita dengan kata2 yang serupa dilemparkan kepada kita kalaulah kita seorang tabligh. Tidak pernah elders dalam tabligh berhujah seperti itu.

Saudara saya itu tidak sepatunya menuduh PAS sebuah parti bathil dengan menyertai pilihantraya dan “bertaruh” dengan wang deposit yang dimaksudkan. Saya tidak berani mengulas hal ini kerana ia memerlukan perbincangan yang meluas dan dalam tabligh memang hukum kepartian dan lain2 perkara masael tiada dalam perbincangan semasa kita keluar (seminggu ke one chellah ke gitu gitu).

Membuat kesimpulan semberono antara bathil kecil dan bathil besar juga adalah tidak berpatutan. Tidak sepatunya saudara saya itu memihak kepada kumpulan bathil besar hanya kerana Islam Hadhorinya. Setidak2nya pilihlah bathil yang lebih kecil. Itu lebih kepada munasabah akal.

Berkenaan isu sembahyang hajat yang saudara saya cakapkan itu, sekali lagi saya katakan ia terlalu terburu2 membuat kesimpulan. Maafkanlah tabligh kerana ini. Tidak timbul soal pengundi lari dari menyokong PAS kalau saudara saya itu meneliti apa sebenarnya berlaku. Tunggulah apabila ianya diwartakan nanti.

Sekali lagi saya memohon maaf ..Tablih begitu juga Islam yang didakwahkan untuknya tidaklah sesuka hati memberi amaran kepada sesiapa jua yang mengata dan dan tidak bersetuju dengannya. Itu adalah ASAS penting dalam dakwah. Semuanya terserah kepada Allah kita hanya menyampaikannya sahaja. Saudara saya itu pun juga nampaknya bersetuju tapi sedikit konpius. Sebagai pendakwah saudara saya itu sepatutnya tidaklah melihat kekalahan itu merupakan hukuman Allah semata mata. Meletakkan ketepi unsur penipuan kalaulah benar, saya merasakan kekalah itu atas dua perkara

1. Pertolongan Allah jua.- siapa tahu apa perancangan Allah. 5 tahun itu amat singkat masanya pada sisi Allah. Mungkin sekadar secawan the tarik aje.

2. Allah ingin menguji ahli PAS untuk memilih hanya mereka yang betul ikhlas terhadap perjuangan menegakkan hukm Allah semata mata.. Bahawa sesungguhnya perjuangan PAS bukan milik ahli PAS sahaja malah milik semua tapi parti memang milik PAS dan ahlinya.

Menyimpulkan PAS sebagai sebuah parti pemecah umat adalah tidak tepat dan agak keterlaluan. Kita ada rujukan quran dan hadis. Rujuklah ia dengan iklas dalam setiap pebincangan semoga Allah memberi pertunjuk. Dan dari tulisan saudara saya itu saya mohon maaf kerana 6 bab utama dalam pergerakan tabligh yang disertainya masih belum tercermin dari tulisan beliau itu. Walaupun pergerakan Tabligh tidak memilih untuk bergiat terus dalam politik saya yakin buzrug dan karkun dalam tabligh tidak akan menyuarakan sedemikian. Kita kena lebih banyak fikir.Sesiapa saja yang memperjuangkan Islam kita kena sokong.Memang kita akui Tabligh memang banyak mengislamkan saudara baru terutama di negara seperti US, UK, Blok Russia dan banyak lagi ( saya boleh jadi saksi). Memang tidak dinafikan. Tapi ia bukanlah bahan untuk dimegah megahkan malah kita kena lebih bertasbih kepadaNya.

Secara peribadinya pula saya merasakan PAS telah berperanan mengujudkan Islamisasinya dalam pemerintahan negara. Bacalah dan ikutilah sejarah. Tanpa desakan dan asakan berterusan siapalah yang akan melaksanakan Islam yang kita lihat hari ini. BN? Sorry ! Under Sharwanie Upper Parshanie ! Cuma ahli PAS perlu seimbangkan pandangan ke luar dengan ke dalam. Dan Tabligh juga bukanlah satu pertubuhan kedaerahan atau kenegerian malah kenegaraan tapi ianya global. Keahliannya jauh melebihi ahli PAS. Itu pasti. Ia merangkumi umat yang satu ISLAM. Ahli PAS tidak boleh mengata ahli tabligh itu dan ini begitu saja tapi sebaliknya jengok2lah di sana pasti ada keindahan.

Yakinlah kita akan mati dan dihidupkan semula untuk berjumpaNya dan Hanya Allah saja yang Maha Penyabar dan Mengetahui apa yang terbuku di hati hambanya. Dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun.

Tablighi Juga
Ishak Sahab.





___________________________
Terbitan : 10 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)