Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Satu lagi surau bakal di roboh di negeri Selangor

Nampaknya satu lagi surau akan dirobohkan di negeri Selangor. Begitulah laporan yang dibuat oleh Harian Metro bertarikh 26 April 2004.

Pada tahun lepas Surau Jubli Perak, Bangi telah dirobohkan sementara pada tahun 2000, Surau Al-Ikhlas, Pandan Perdana juga menerima nasib yang sama.

Surau yang sekarang menunggu giliran untuk dirobohkan adalah Surau Baitul Ehsan, Kg. Ampang Campuran, Ampang.

Menurut sumber-sumber dari kampung tersebut, surau itu akan dirobohkan dan penduduk akan diarahkan menggunakan surau di sebuah projek perumahan yang sedang dibina berdekatan dengan kampung itu.

Akhbar Harian Metro telah melaporkan bahawa cadangan untuk merobohkan surau telah menerima bantahan dari penduduk kampung.

Selain dari digunakan sebagai surau, terdapat juga di situ sebuah Taski ABIM yang menampung lebih kurang 60 orang pelajar.

Surau Baitul Ehsan telah dibuka dengan resminya pada tahun 1983 oleh Menteri Besar Selangor ketika itu, Allahyarham Dato' Ahmad Razali.

Pagi tadi, wakil-wakil dari sebuah NGO yang bergiat di Ampang Jaya, Persatuan Khidmat Masyarakat 'Ilmi, telah melawat surau tersebut.

Menurut pengerusinya, Iskandar Abdul Samad, penduduk Kg. Ampang Campuran sepatutnya diberi pilihan sama ada untuk berkongsi surau dengan penduduk projek perumahan yang baru atau terus menggunakan surau yang sedia ada.

"Penduduk sepatutnya diberi peluang untuk mengekalkan identiti mereka sebagai satu masyarakat yang tersediri dan tidak diserapkan ke dalam kawasan perumahan yang bakal siap itu. Kalau surau yang sedia ada perlu diperbaiki maka ianya sepatutnya dilakukan dan bukan dirobohkan begitu sahaja", tambah Iskandar.

Projek perumahan baru itu mengandungi lebih 750 unit rumah kos sederhana dan kos rendah yang berupaya menampung lebih 5,000 orang penduduk.

Surau Baitul Ehsan, Kg. Ampang Campuran, Ampang.

Pelajar-pelajar Taska ABIM di surau tersebut.

Projek perumahan baru yang masih jauh dari surau itu

Surau ini diresmikan dalam tahun 1983.

Papantanda projek tidak menunjukkan pembinaan surau.





___________________________
Terbitan : 30 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)