Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

SENARAI PEMBOHONGAN UMNO/BN DI TERENGGANU (1)

1. CAKAP LAIN BUAT LAIN - TERSELAH SIFAT MUNAFIQ

Saya memetik satu keratan akhbar Berita Harian yang bertarikh, Jumaat 26 Mac 2004.

BN Terengganu jamin tidak balas dendam
Oleh Manja Ismail dan Zulkofli Jamaludin

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu memberi jaminan tidak akan mengamalkan budaya membalas dendam, sebaliknya menggunakan pendekatan kasih sayang dalam pentadbirannya.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Idris Jusoh, berkata kerajaan negeri tidak akan sewenang-wenangnya memecat imam dan bilal yang dilantik kerajaan Pas, walaupun parti pembangkang itu berbuat demikian sebaik memerintah negeri ini, empat tahun lalu.

"Dalam budaya kasih sayang ini, kita harus teliti dan berhati-hati dalam apa juga tindakan. Kita tidak perlu gopoh dan mengambil tindakan yang dianggap membalas dendam.

Inilah perbohongan yang besar, cakap lain buat lain. Sifat hipokrit atau talam dua muka yang berpura-pura baik dan menggunakan media massa sebagai penyebar dakyah kononnya baik dan bertimbang rasa. Semua orang Terengganu tahu Deris Jusoh adalah seorang manusia yang tamak haloba, pandai bermuka-muka. Jangan kata dengan ahli Pas atau penyokong pembangkang sesama sendiri pun dia amat jahat dan mengamal politik 'petih keting'.

Lihat bagaimana dia menyikirkan sesama kita, Dato Yusof Noor, Dato' Awang Jabar dan beberapa orang pimpinan veterem UMNO di Terengganu diketepikan semata-mata untuk memberikan laluan mudah untuk dia menjadi Menteri Besar.

Sifat jahat dan hiprokritnya terselah bila dia mengarahkan pemecatan secara besar-besaran sebelum dia mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar lagi. Misalnya pemecatan Ketua Hakim Syariah Terengganu, Dato' Dr Abdullah Abu Bakar bersama beratus-ratus yang lain pada 23 Mac, sebelum kerajaan baru BN dibentuk di Terengganu adalah contoh yang tidak dapat dinafikan lagi.

Lima pengarah dan 400 JSR telah dipecah serentak pada hari yang sama.

Mana 'pendekatan kasih sayang dalam pentadbirannya' yang dilaung-laungkan dalam media massa dan temuramahnya. Inilah manusia yang jahat bercakap seolah-olah baik dihadapan ramai. Menggunakan media massa yang dikongkong untuk mengaburkan mata masyarakat negera ini. Memperbodohkan rakyat dengan dakyah propanganda. Menggunakan penulis upahan untuk menunjukkan kesucian diri.

Kalau Ketua Hakim pun boleh dipecat tanpa prosedur yang sewajarnya, apatah lagi lain-lain pihak di Terengganu. Dato' Dr Abdullah adalah bekas profesor Fakulti Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sebelum menyertai kerajaan negeri Terengganu sebagai Pengarah Yayasan Islam Terengganu. Beliau juga adalah anggota Penal Rayuan Syariah untuk banyak mahkamah di negara ini. Beliau tidak mempunyai sebarang jawatan dalam PAS kalau hendak dikaitkan dengan PAS untuk BN membalas dendam.

Satu lagi perbohongan yang jelas ialah mengatakan kerajaan Pas memecat Iman dan bilai UMNO semasa memerintah dahulu. Kenyataan ini adalah perbohongan yang jelas. Tiada pemecatan yang dibuat, yang ada hanyalah iman dan bilai yang tidak mengikut arahan kerajaan negeri, masih memberi walaq kepada UMNO walaupun kerja dengan kerajaan. Iman dan bilai menjadi tali barut UMNO untuk memecah belahkan kariah masjid aje yang dipecat.

Satu contoh yang nyata, Iman UMNO masjid Jambu Bongkok dengan angkuh tidak memberi lalu untuk Menteri Besar Hj Abu Hadi pada masa itu untuk naik ke mimbar, sedangkan Hj Hadi adalah Menteri Besar. Itu contoh keangkuhan Iman Masjid Jambu Bongkok. Adakah Pas memecat iman itu? Tidak, ini menunjukkan sifat penyanyang dan baik budi kepimpinan Pas. Akhirnya Iman yang bongkok dan sombong Masjid Jambu bongkok itu mengundur diri sendiri tanpa sebarang paksaan.

Adakah ini dikatakan memecat. Janganlah berbohong kepada media massa dan menipu masyarakat dengan dakyah kosong. Jangan buat jahat dan penipuan kerana anda semua berkuasa dan menguasai media massa. Takulah azab Allah kepada mereka yang mendustai rakyat.

JKKK UMNO
Yang Dianiayai
Mangsa penipuan, kezaliman dan kejahatan sesama sendiri



___________________________
Terbitan : 4 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)