Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

SENARAI PEMBOHONGAN UMNO/BN DI TERENGGANU (2)

2. MENIPU KEPADA GOLONGAN IBU BAPA & PELAJAR

Sebelum berkuasa Idris Jusoh banyak kali dalam ucapannya berkata tentang masyarat prihatin dan Islam Hadhari. Dia juga dengan jelas memberitahu bahawa jika BN memerintah semula BN akan menjaga kebajikan pelajaran anak-anak.

Ucapannya di Jerteh cukup menjadi bukti bahawa bertapa seriusnya BN akan menjaga kebajikan pelajar. Dia dengan bangga menyebut bahawa kerajaan BNlah yang membantu pelajar dengan Dana Pelajaran menyebabkan keputusan peperiksaan di Terengganu meningkat.

Tetapi janji hanya tinggal janji. Perbohongan dan sikap suka berbohong kepimpinannya telah terserlah nyata apabila beliau mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu melalui perkeliling 1 April 2004 memberhentikan Dana Pendidikan.

Ini bermakna bantuan Dana untuk Wang Ehsan, Projek Perkasa, Projek bantuan pendidikan di sekolah-sekolah seluruh Terengganu telah diberhentikan serta-merta.

Tak Sampai pun 60 hari memerintah, UMNO BN telah memberhentikan bantuan pendidikan kepada semua rakyat Terengganu. Rakyat Terengganu telah ditipu dengan jahat sekali. Bukan sahaja rakyat Terengganu yang Datuk Idris Jusoh tipu, tetapi semua JKKK di Terengganu juga ditipu.

Dalam majlis Dialog yang dibuat dengan semua JKKK tahun lalu, ada pertanyaan dibuat adakah wang ehsan dan dana pendidikan ini dihentikan apabila BN mengambil alih semua kerajaan Terengganu. Idris Jusoh dengan lantang menyebut, dana ini akan dikekalkan. Idris Jusoh marah kerana ada JKKK yang termakan dakyah Pas kononnya, yang BN akan membatalkan wang ehsan.

Tetapi sekarang apa terjadi, perut busuk Datuk Deris Jusoh, pengkhianat rakyat Terengganu nyata terserlah apabila dia berbohong kepada semua rakyat Terengganu, malah kepada semua JKKK Terengganu.

Memang dasar penipu dan pembohong, yang berkuasa dengan dasar penipuaan. Saya telah mula meraguai kemenangan BN kerana saya sendiri mula merasai ada unsur-unsur penipuan dalam pengundian baru-baru ini.

Memang dasar penipu bercakap lain buat lain. Dasar penipu juga bercakap berbelit-belit. Di akhbar dia kata tidak dihenrtikan dana pendidikan, tetapi di sekolah surat perkeliling perhentian dibuat pada 1 April 2004. Saya paparkan di sini petikan akhbar pada 14 April 2004.

Dana Khas Persekutuan diteruskan - Idris

KUALA TERENGGANU 14 April - Menteri Besar, Datuk Idris Jusoh menegaskan Dana Khas Persekutuan yang disalurkan kepada rakyat dalam pelbagai bidang termasuk untuk kecemerlangan pendidikan akan tetap diteruskan.

Katanya, desas desus kononnya dana berkenaan terutama bagi program berkaitan dengan kecemerlangan pendidikan di sekolah-sekolah telah dihentikan sejak peralihan kerajaan, adalah tidak berasas.

Sehubungan itu beliau meminta setiap sekolah di negeri ini meneruskan program-program yang telah dirancang sebelum ini kerana peruntukan bagi tujuan tersebut masih diteruskan seperti biasa.

Beliau berkata, ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana jaminan telah dibuat oleh Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya, apatah lagi usaha mengangkat kecemerlangan pendidikan demi masa depan bangsa perlu diperhebatkan.

``Sejak BN menang dalam pilihan raya umum lalu, terdapat rungutan di sekolah mengatakan bahawa program-program kecemerlangan pelajar tidak dilaksanakan kerana Dana Khas dihentikan.

Mana satu yang nak percayai. Rakyat tertipu dengan permainan lidah bercabang Datuk Idris Jusoh.

JKKK UMNO
Yang Dianiayai
Mangsa penipuan, kezaliman dan kejahatan sesama sendiri



___________________________
Terbitan : 16 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)