|

|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun |
|
Teguran Buat Pendakwah Tabligh
Assalamualaikum
Saya terpanggil untuk memberi pandangan terhadap
penulis dari jemaah tabligh mengenai kekalahan PAS
pada pilihanraya 2004. Saya rasa tidak sepatutnya
seorang yang mengaku sebagai pendakwah mengeluarkan
tulisan sebegini rupa.Lebih kepada menurut perasaan
bukan berdasarkan dalil dan hujah yang berlandaskan
kepada islam.
Kami pendokong PAS tidak ingin berbalah dengan jemaah
lain .Tetapi buat pendakwah Tabligh sekarang perlu
jelas pendirian terhadap perjuangan islam....ini
kerana di tempat saya ramai pendakwah tabligh
menyokong UMNO yang terang - terang menolak islam
untuk di daulatkan. Jadi berfikirlah dengan betul
sebelum menasihati orang lain. Kalau benar kamu cinta
Allah dan Rasul mengapa tergamak menyokong UMNO yang
menolak HUDUD dan pemerintahan secara islam.
Kami pendokong PAS merasa malu dengan tindakan
sesetengah ahli Jemaah Tabligh yang terang terang
menyokong UMNO. Sedarlah selagi kamu semua tidak
berubah maka Jemaah kamu akan terus terfitnah . sekian
julak_hampalam@yahoo.com
___________________________
Terbitan : 25 April 2004
Ke atas
Home
|
|