Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Peluang baik untuk PAS

Saya ingin memberi cadangan kepada pimpinan Pemuda PAS pusat agar mengunakan peluang gejala gangsterism ini untuk mendapat political mileage. Cadangan saya adalah agar PAS menubuhkan "Pemuda Jihad"(atau apa2 yg sesuai) fungsinya ialah

1-Kumpulan Pemuda yang berakhlak tinggi dan mulia yang berkhidmat untuk masyarakat untuk menarik pemuda2 yg kaki lumba haram, kaki dadah, gangsterism untuk menjadi ahli masjid dan surau yg mendekati ALLAH dan ISLAM.

2-Kumpulan Pemuda yang kuat beramal, berzikir dan bersolat dimalam hari. Bermujahadah kearah meningkatkan martabat nafsu, sekurang2nya mempunyai nafsu yg tenang(mutmain-nah).

3-Kumpulan Pemuda yang mempunyai semangat jihad yang tinggi yang memberi khidmat kepada masyarakat dengan ikhlas.

4-Kumpulan Pemuda ini ziarah dari rumah kerumah untuk menyampaikan message ISLAM dan perjuangan ISLAM(PESAN memesan dengan kebenaran dan PESAN memesan denagn kebenaran). Memberi maklumat secara Ilmiah dan bersopan. Menarik anak2 muda untuk menyertai program penyucian hati dimasjid2 dan disurau2.

5-Melaksanakan program penyucian hati kepada ahli2 baru. Program ini adalah program mujahadah untuk mendekati hati kepada ALLAH. Bila hati dah bersih senanglah untuk menerima perjuangan ISLAM. Kalau hati dah berkarat biru, bagitahu sampai pecah telinga pun tak mahu terima perjuangan ISLAM.

Semasa melaksanakan Program 1 ke 5 diatas kepada yg "BIRU PEKAT KARAT" jangan menunjukkan ini adalah program PAS. Tarik mereka ini kearah kefahaman ISLAM dulu barulah masukkan jarum2 perjuangan PAS dan ISLAM.(Buat secara hikmah)

Jika PAS berjaya menubuhkan kumpulan pemuda tersebut yg berjaya menunjukkan keikhlasan dan akhlak yang tinggi kepada masyarakat, maka masyarakat akan dapat memberi kepercayaan yang lebih kepada PAS untuk memerintah Negara kerana BN nyatakan gagal dalam menangi isu-isu dadah, lumba haram dan gangsterism. Pemuda2 ini dapat juga menjadi pelapis untuk pimpinan yg akan datang.

Yang IKHLAS
KABINA





___________________________
Terbitan : 18 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)