Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Re : Kumpulan Sajak rintihan rakyat

Dah Memang Terencat akal-Orang terencat akal kan memang begitu, apalah nak dihairankan.
PDRM -Pengkalan Data Raja Mendeliar, apacam, sesuai tak.
Orang terencat akal kan memang begitu, apa nak dirisaukan.
SPR - Suruhanjaya Penyangak Raya, apacam, handsome tak.
Orang terencat akal kan memang begitu, apa nak dirisaukan.
SUHAKAM - Suruhanjaya Habiskan Karan dan Minyak, apacam, satu lagi portpolio baru kabinet dapur hantu.
Orang terencat akal kan memang begitu, apalah yang dipeningkan.
JPN - Jabatan Pencacai Najis, apacam, baru ngam fungsinya.
Orang terencat akal kan memang begitu, apalah nak dikeriuhkan.
JPA - Jabatan Penghukum Awam, amacam, memang molek tu.
Orang terencat akal kan memang begitu, apa yang nak ditangiskan
JPM - Jabatan Penyembelih Manusia, amacam, itulah yang kita cari.

............

Sajak : Masyarakat terencat akal di bumi MALAS-YA

Mari mari berpilihanraya
Lapan hari kempen cukuplah tu
Cagaran naik saja nak bagi kamu susah
Kami tak kisah, Genting ada, magnaum ada, calrsberg ada
Sekali petik saja semua datang mencurah curah
Berita ceramah segala sorry, terpaksa disita
Kami tak apalah, TV radio kan tokwan kami punya
Jangan banyak cerita, nak pilihanraya ke tak hendak. Mari mari mengundi
Kad pengenalan siri dicatit, itu ada maknanya, faham faham ajelah
Jangan lupa fikir sebelum memangkah
Kami tak kisah, bukan susah, SPA bolih ubah
Undi itu rahsia, itu omongan dalam sejarah bolihlah
Kan kami juara lama memerintah, mentekedarah. Mari kira jangan tak kira
Susah susah lampu dipadam dah jadi lumrah
Dulu kini dan selamanya ada sejarah
Selagi terencat, tektik masih membarah
Terbungkang kamu kalah, kami apa peduli
Apa susah tolak tarik peti memang kerja barua kami terpahat seiring sejarah. Keputusan mari sama kita telaah
Kami gelakpun ada ketawapun ada, Terengganu siang siang kami dah ratah
Siterencat tak dapat nak telah
Apalah susah hantu hantu dan kami kerah
Cakap saja, kemana arah, pasti tak kalah
Polis askar SPR semua kami dah rasuah
Sekali jentik semuanya mengelabah. Komplain?? komplainlah sebakul, seguni sekapal
Kami apa nak susah
Menyalaklah nak keluar anak tekak, kesemua arah
Kenapa bertindak kununnya bijak, walhal terencat
Suhakam, NGO apa ka, takkan merengak
Semua perut dah kami buncitkan
Hakim, mejestrit semua dah rela diterencatkan akal
Bukan kami yang hendak, mereka yang pinta
Kaya raya 7 keturunan, siapa tak sior. SPR teman sejati, sehidup semati
Menyalak mengilai untuk kami, memang pasti
Jangan mengada ngada minta simpati
Baik balik rumah peluk bini, mungkin dapat anak satu lagi. Mari mari angkat sumpah sesumpah memerintah
Wallahi, Tallahi jangan peduli, buat aje macam baca puisi,
Takkan apa yang nak jadi, tengok situa dulu tu, masih berdiri tak mahunya mati mati
Ayuh parlimen dipenuhi, kita susun strategi melipat mencuri lagi,
Jangan peduli agung raja seluruh negeri
Dah tersohor spesis terencat akal dulu dan kini
Mari mari merompak, mencuri, kan harta negeri dah dijanji sama sama nak kasi. Biarkan rakyat terencat akal untuk lima tahun lagi,
Terencat akal yang tak akan pulih lagi
Sampai masa kita tipu mereka lagi, janji dua tiga lagu lagi
Julap lagi dengan islam Hadhari atau susah susah Islam biri biri, pun depa pasti terima lagi
Tonjolkan tok imam duit duitan, ustazah glamour perasan diri, pasti gemilang jembalang lagi
Demikian adanya, negara yang malang dalam bertuah bernama MALAS-YA

Kalam batu-KL




___________________________
Terbitan : 18 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)