Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Mari kita kongsi bersama sajak ini ‘Hairan bin ajaib’

Mari kita kongsi bersama sajak ini ‘Hairan bin ajaib’

Hairan bin ajaib,
dulu yang rajin mencuri
kaki tak tamat sekolah,
sekarang ni yang mencuri berjela jela ijazah,
apa kah jadah
Hairan bin ajaib,
dulu yang rajin menipu
kaki malas adik beradik kutu,
Sekarang ni yang menipu punya kereta mewah, rumah batu,
tak guna punya haramjadah

Hairan bin Ajaib,
Dulu yang rajin pecah amanah
kaki tunggang kaki betina,
Sekarang ni yang pecah amanah
cucu dan tok tok alim seantaro dunia disebut gagah.
Alim taik kucing punya benih

Hairan bin Ajaib,
Dulu tok tok imam bela perempuan yang dianiaya suami,
Sekarang tok tok imam dok sama sekongkol
bagi mati perempuan suami teraniaya,
Lumrah imam duit duitan, ustazah glamour hadhari wal biri biri,masa kini

Hairan bin Ajaib,
Dulu nak jadi calon
bertahun tahun hamba pada parti,
Sekarang ni tak payah susah susah
pandai cakap, panadai urut telor, pandai belit bab ugama terus jadi menteri
Hodoh dan bodoh punya ahli parti, ditipu sampai mati

Hairan bin Ajaib,
Dulu Islam tu hanya satu dari nabi,
Sekarang dah mengada ngada, melorat,
dah ada islam hadhari bunyi macam kambing biri biri.
Ngapa tak kata islam imam dolah bedawi

Hairan bin Ajaib,
Negara Islam judi arak haram lagi tiada,
Sekarang isytihar negara islam, kilang arak terbesar
pusat judi bersepah dan tesergam paling atas,
Kamu mana tahu, aku yang diatas…

Hairan bin ajaib,
Dulu undi 90% hampir ada demokrasi,
Sekarang undi dah jadi 100% hancur tanpa demokrasi
tipu tipu peti undi penuh hantu,
Zaman kini berniagapun kena pandai tipu, imam tu bagi tahu

Hairan Bin Ajaib,
Dulu penyamun penyangak saja yang ada kuku besi,
Sekarang kerajaan BN pulak yang berkuku besi,
Kelakar punya slogan cemerlang, gemilang, terbilang.
Patutnya bukan gitu tapi cilok cilokang, temberang dan jembalang ( ni kena ada unsur hantu, nanti hantu hantu belaan marah pasal tak masuk hak dia)

Hairan Bin Ajaib,
Kalau kerajaan pun pandai menipu, pecah amanah, putar alam,
apa yang bolih diharapkan lagi?? tak usah buailah.
Hari hari tengok muka tembok tak tahu malu, menang menipu
Tak rasa apa ke.
Pelik, pelik, jangan biarkan anda diselubungi misteri warisan sihir kaum badwi
Nasiblah kamu… kerajaan haram Labu dan Labi……tak habih habih menipu menipu…..temberang…kerja jembalang!!!!!!!!
menyampah aku!!!!!

dari : kalam batu KL





___________________________
Terbitan : 20 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)