Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Hentikan cemuhan dan ejekan kepada Presiden PAS !!!

Apa yang saya dapati setelah kegagalan PAS dan Keadilan dalam PRU-11 ialah cemuhan dan ejekan kepada TG Haji Abd. Hadi. Pelbagai kata-kata yg kurang elok telah dilemparkan kepada Presiden Pas ini oleh kalangan ahli PAS sendiri. Cuba kita fikirkan, kenapa segala kesalahan diletakkan kepada Presiden PAS, kenapa tidak kepada diri sendiri ? Berapa kali anda berceramah di kampung2 mengajak manusia mendekati ALLAH ? Berapa ramai ahli UMNO yg anda berbincang dan menyampaikan perjuangan PAS ? Berapa kali anda cuba ditangkap oleh FRU kerana berceramah ? Berapa jauh anda bermusafir keseluruh M'sia dan dunia untuk menyampaikan matlamat perjuangan PAS ? Berapa lama dalam sebulan anda meninggalkan anak-isteri untuk menyampaikan ISLAM dan berceramah ?

Bila anda melihat kepada persoalan ini, saya rasa para pengkritik yg sungguh lancang mulut mereka meletakkan kesalahan kepada TG Haji Hadi, tidaklah berkorban sebagaimana yg telah dilakukan oleh Presiden PAS ini. Para pengkritik ini cuma pandai mengkritik aja. Pernah TG Haji Hadi membuat program bertemu rakyat dan rakyat berpeluang untuk mengkritik beliau, tetapi saya dapati tak ada seorang pun yg membuat kritikan seperti sekarang. Tetapi bila dah kalah, segala kesalahan diletakkan kepada Presiden PAS ini aja. Para pengkritik ini tak pernah melihat kesalahan pada diri mereka. Setengah2 pengkritik ini nak letak sticker PAS pada kereta pun takut, "takut tak dapat naik gaji."

Sedarlah wahai pengkritik sekelian, janganlah anda meletakkan kesalahan kepada TG Haji Abd Hadi semata-mata, letakkanlah kesalahan kepada kita sendiri kerana kita tak sepenuhnya berkorban demi perjuangan ISLAM. Kekalahan ini adalah ujian bagi melihat siapakah yg istiqamah dalam perjuangan ISALM. Matlamat kita bukanlah kemenangan pilihanraya tetapi untuk mendapat keredhaan ALLAH s.w.t, kempen pilihanraya hanyalah penyampaian kita kepada manusia tentang perjuangan ISLAM dan ianya menjadi alasan untuk kita melepaskan diri kita daripada dipersalahkan oleh ALLAH.

Seperti yg diucapkan oleh TG Hai Abd Hadi, bukan setiap nabi2 dan Rasul2 mendapat kejayaan menjadi pemerintah, contohnya, Nabi Ibrahim walaupun kalah kepada Namrud tetapi hakikatnya adalah menang.

Adalah dijangkakan ahli2 PAS yg tidak ISTIQIMAH dalam perjuangan ISLAM akan meninggalkan parti kerana tidak tahan diuji(wang, jawatan dlln), dan inilah HIKMAH kekalahan PAS kali ini, ianya medan untuk menapis yg mana INTAN dan yg man KACA.

Biar apa pun ISLAM PASTI MENANG !





___________________________
Terbitan : 14 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)