Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Ada 4 berita dalam akhbar hari ini yang menarik

1. Dato' Hamzah diperintah bayar bekas isteri >RM11 juta. Kalau tak silap aku inilah Hamzah yang fitnah DSAI ganggu isteri dia di Teluk Intan. Ada sesiapa boleh confirm?

2. Professor Fauzi kata perkara-perkara yang berlaku di PLKN adalah perkara biasa. Memanglah biasa pada dia kerana itulah budaya yang mahu diterapkan oleh Kerajaan BN. Asalkan mereka dapat indoctrinate dan wang rakyat boleh diberi pada kroni dan nepot, maka program itu akan dianggap berjaya. Fikirkan apa kita boleh buat dengan RM500 juta setahun. Berapa ramai penuntut kita boleh hantar ke universiti atau pusat latihan kemahiran? Sementara itu, Menteri Pertanian kata pihaknya memerlukan RM300 juta untuk bantu nelayan. Kenapa tak ambil aje dari PLKN tu?

3. Berita 2 keluarga miskin di Pahang terpaksa bawa keluar anak-anak mereka dari sekolah kerana tak mampu nak bayar yuran sekolah dan tambang bas. Macam mana ini boleh jadi? Ingatkan Terengganu dengan Kelantan saja yang miskin! Pahang dengan balaknya tak larat nak bantu orang miskin??? Kemana pergi wang negeri?

4. Kisah Tengku Mahaleel, sahabat lama saya, CEO Proton hendak diusir oleh Chairmannya sendiri, Datuk Abu Hassan Kendut dan gangnya. Tujuan Datuk Abu Hassan dan geng kata lapuran itu ialah untuk mendapatkan wang tunai dan hartanah di dalam Proton. Tengku Mahaleel telah berjumpa Pak Lah dan beliau disuruhkan teruskan sebagai CEO hingga April tahun depan. Mengikut lapuran itu lagi Abu Hassan ialah penama Khazanah Nasional Berhad yang memegang 35% saham di dalam Proton.

Kalau Abu Hassan penama Khazanah, kenapa pula dia hendakkan wang tunai dan hartanah Proton? Ini mesti cerita kem Najib lawan Kem Pak Lah, Najib diwakili oleh Jamaluddin Jarjis yang dulu Menteri Kewangan Ke2. Agaknya Abu Hassan ini dilantik oleh JJ atau Dr Mahathir, bukan Pak Lah.





___________________________
Terbitan : 12 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)