Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Sedikit Ulasan Ke Atas Lapuran Harakahdaily Mengenai Zaid Ibrahim.

"Lapuran ini ditujukan kepada orang-orang UMNO supaya mereka dapat mengetahui sedikit sebanyak apa yang sedang berlaku di dalam parti mereka. Jika tidak pimpinan tertinggi UMNO sebenarnya tidak mahu ahli-ahli parti mengetahui perkembangan dalaman seperti ini. Bersyukurlah anda kerana telah diberi peluang oleh PAS untuk mengetahuinya.

Mengenai Zaid Ibrahim (ZI), beliau adalah seorang peguam terkenal dan juga seorang tokoh korporat. Berdasarkan kedudukannya itu, beliau dianggap lebih rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO seperti Dr Mahathir dan Najib Tun Razak tetapi tidak dengan pemimpin-pemimpin seperti Dollah Badawi. Perlantikannya ke jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubongan UMNO Kelantan telah dibuat sebelum Dollah menjadi Pemangku Timbalan Presiden UMNO, pastinya oleh Dr Mahathir. Lagi pun firma guaman beliau merupakan firma guaman utama bagi Bank of Commerce dan CIMB di mana adik Najib adalah CEO.

Kerana beliau kaya, ZI berkemampuan untuk bermain politik wang. Tidak hairan jika ada yang berkata beliau telah berbelanja dengan banyak dalam PMU11 untuk diri beliau dan juga untuk UMNO.

Sebagaimana yang dilaporkan, ZI tidak terpilih sebagai ahli kabinet. Malahan khabarnya, beliau nyaris-nyaris tercicir daripada menjadi calon pilihan raya.Ini berlaku walaupun ZI berkemampuan membantu parti dalam soal kewangan dan mungkin juga telah banyak berbelanja untuk memenangkan parti di Kelantan dalam PMU11. Kalau saya ZI, tentu saya akan bertanya kenapa budi saya tidak dikenang?

Menjelang pemilihan UMNO Jun ini, ZI telah mengumumkan keinginan dan kesungguhannya untuk bertanding bagi salah satu jawatan naib presiden parti. Ini dilakukannya walaupun terdapat saranan daripada kem Dollah Badawi (khususnya Shahrir Samad) supaya jawatan naib presiden yang tiada kekosongan tidak dipertandingkan, dan beliau pula masih hijau di dalam politik UMNO. ZI juga menegaskan beliau sungguh-sungguh mahu bertanding kononnya kerana mahu melangsungkan amalan demokrasi di dalam parti.

Suara seperti ZI telah juga disuarakan oleh seorang lagi tokoh UMNO yang sering ditakrifkan sebagai pengampu dan pembodek Dr Mahathir, yaitu "Tengku" Adnan. Seperti ZI tokoh ini tidak diberi tempat di dalam kabinet Dollah Badawi walaupun beliau seorang menteri penoh di dalam kabinet Dr Mahathir. Berkemungkinan perkara ini ada kaitannya dengan cerita kegagalan tokoh itu membayar hutangnya.

Oleh kerana kedua-dua tokoh UMNO itu boleh dikatakan rapat dengan Najib dan Dr Mahathir, besar kemungkinan kem Dollah Badawi dan Dollah Badawi sendiri beranggapan:-

1. suara-suara yang mahukan pertandingan untuk kesemua jawatan naib presiden itu telah dibuat atas galakan Najib dan Mahathir bagi menentukan orang-orang mereka berada di peringkat timbalan presiden dan naib-naib presiden supaya mudah kelak menghimpit dan mengenepikan presiden parti;

2. suara-suara itu dibuat bagi menzahirkan ketidakpuasaan hati di atas tindakan Dollah Badawi mengenepikan mereka daripada jawatan di dalam kabinet walaupun mereka telah berbelanja banyak dan berkerja keras bagi kejayaan parti di dalam pilihan raya yang sudah; dan/atau

3. kemasukan kedua-dua tokoh itu ke dalam pertandingan untuk merebut jawatan tinggi/naib presiden parti dengan Najib sebagai timbalan presiden, adalah satu cubaan kem Najib dan Dr Mahathir untuk meneruskan agenda politik mereka dan budaya politik wang di dalam UMNO (memandangkan ZI dan TA adalah tokoh-tokoh yang berkemampuan untuk melakukan dan mengamal politik wang jika timbul keperluan seperti mesti menang walaupun masih hijau dalam politik UMNO); sesuatu yang bertentangan dengan hasrat Dollah Badawi untuk menghapuskan rasuah dan memberi keutamaan kepada khidmat kepada rakyat, bukan penumpuan kepada politik parti.

Di sebalik itu berkemungkinan juga Dollah Badawi mahu menentukan orang-orang yang dekat dengannya sebagai presiden parti, selain daripada timbalan presiden, adalah orang-orangnya supaya senang kelak beliau mengawal timbalannya yang disyakki ramai terlibat di dalam rasuah dan bermoral rendah. Ada kebenarannya agaknya, naib-naib presiden yang ada sekarang ini, yaitu Mahyudin Yasin dan Mat Taib adalah orang-orang Dollah atau orang-orang yang dengan mudah dapat dijadikan orang-orang Dollah kerana rekod "baik" mereka.

Dengan demikian, berita yang mengatakan ZI akan digantikan dengan Annuar Musa sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan berkemungkinan besar sesuatu yang benar. Nampaknya, awal-awal lagi Dollah telah menyekat seorang yang mampu menjadi klon Najib jika mahu, daripada menjadi sebahagian dari pimpinan tertinggi UMNO.

Bagi PAS, memang enak untuk memerhatikan percaturan politik seperti ini; sesuatu yang boleh membawa kehacuran kepada UMNO."

[email protected] Batas





___________________________
Terbitan : 18 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)