Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

GUNUNG JERAI SUDAH DICEMARI

ASSALAMUALIKUM WBT;

Gunung Jerai kini telah dicemari. Siapa yang tidak kenal dengan Gunung Jerai, tempat pertapaan yang tertua di Nusantara. Malah legendanya masih tersembunyi dan penuh mistri. Hanya kisah Tok Gedembai dan Terung Pipit serta Kapal Batu yang tersingkap. Kisah panglima Hitam yang sanggup membunuh teman karib panglima Nayan adalah di antara cerita cerita misteri dari langenda gunung itu. Tempat persembunyian para perompak dan lanun sekitar kepulauannya, serta di katakan mempunyai simpanan harta karun yang terbanyak di rantau ini. Malah ada yang telah memperolehinya. Di antara itu adalah seorang Mat Salleh yang kini telah berkawhin dengan orang tempatan dan telah menguasai sebuah bukit yang terowongnyanya adalah kapal harta karun si lanun tersebut. Mat Salleh ini akan sentiasa mengejar sesiapa yang mendekati kawasannya dan mengerjakan kerja kerja melombong di waktu malam. Benarkah? Tanyalah orang di situ. Kini kesuciannya telah di ragut sekali lagi. Yang memahat nama sebagai kepala perompak zaman teknologi masa kini tidak lain ialah orang yang berkepentingan dengan MB Kedah Syed Razak!

"SINGKIR" adalah sebuah perkampongan di antara Merbok dan Tanjong Dawai. Penduduknya hidup bertani, ke laut dan megerjakan dusun buah buahan. AHAD lalu ( 11.4.04 ), penduduk Bukit Singkir telah di kejutkan dengan sebuah ledakkan bom yang amat kuat. Bukan mereka tidak tahu. Mereka tahu itu adalah kerja kerja pecah batu dari kuari yang baru di jalankan setelah hasil kayu balaknya di kebas oleh kroni Syed Razak. Di katakan ia adalah milik bersama anak saudara Syed Razak bersama pemaju luar! Patutlah Mak Chik yang menjual buah durian di simpang masok ke jalan kuari itu hendak jual tanahnya sewaktu saya berhenti untuk membeli durian musim buah tahun lalu. ( Kini durian, cempedak sedang berputik ).

Rasa serik tidak pernah terjadi kepada para pemimpin UMNO yang melantak segala lubang hak rakyat dan bumi tercinta. Mereka sudah tidak kenal erti percemaran. Dahulu kita ingatkan bekas MB Osman Raof yang rakus untuk merampas segala tanah hak Melayu, rupanya Syed Razak apa kurang hebatnya. Sama saja. Rentaknya sahaja yang berbeza.

Rasa pelik amat ketara bila berulang alik dari Merbok ke Penang melalui Semeling. Apa tidaknya, Pengkalan Feri ke Langkawi di muara sungai Jambatan Semeling. Terbaru jalan di antara Simpang Tiga Semeling / Merbok telah di turap tar baru sampai ke Tanjong Dawai. Rupanya ada projek baru kat dalam itu. Sedang jalan dalam bandar Sungai Petani terbiar macam jalan kampong. Iaitu di antara The Store selepas Jambatan Sungai Petani sampailah ke lampu isyarat Sekolah Menengah Che Tom. Apakah si Mahathir Mohd Khir ini pekak sangat kah? Sudahlah meneng, jalan itu sebelum dan selepas pilihan raya macam tuu jugak! macam taik!

Kita perhatikan Tanjong Dawai destinati pelancongan. Terbiar dan gerai gerai restoren ikan bakar tidak teratur dan malah tandas di Aked Mara kotor yang amat sangat. 100 kali lebih baik tandas awam di kawasan gerai dan perhentian bas Guar Cempedak. Sudahlah harganya mahal, lambat dan ada yang tidak sampai hati hendak makan.

Itu yang kita tahu, Gunung Jerai akan bakal mendapat sebuah lagi golf resort di atas bukit berhadapan dengan UiTM Merbok. Nampak gaya orang Sungai Petani dan Merbok jenoh main golf. Apa tidaknya sekitarnya sudah ada Kelab Golf Sungai Petani, Cinta Sayang Golf Club, Harvard Golf Club dan Permaipura Golf Club. Tapi orang kampong main golf apa? Hmmm.... bertambahlah lagi tempat tempat bersundal dan karoke di Sungai Petani. Itu yang orang Melayu mahu kan?

wasallam

syed johari yusof @ laduniseven





___________________________
Terbitan : 18 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)