Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PENIAGA GERAI MAKANAN & MINUMAN ROPE WALK P.PINANG TERHIMPIT

Assalamualaikum wbt;

Majlis Bandaraya Pulau Pinang sepatutnya prihatin terhadap masaalah peniaga-peniaga gerai makanan dan minuman di hadapan Rope Walk, Lorong Kulit, Pulau Pinang. Sejak 8 bulan lalu peniaga gerai makanan dan minuman di sini telah kehilangan punca pendapatan akibat kerja-kerja pengubahsuaian Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Akibatnya peniaga peniaga tersebut tiada pelanggan.

Terbaru, tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengarahkan perniaga perniaga tersebut menjelaskan tunggakkan sewa gerai atau lesen mereka di batalkan dan serah balik premis perniagaan sebagai suatu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan melampau. Kerana mereka tidak mempunyai punca pendapatan, dengan apa untuk mereka membayarnya? Bukan Majlis tidak tahu masaalah ini sejak penjaja penjaja di Rope Walk di arahkan beroperasi di belakang stadium tersebut. Gerai gerai makanan dan minuman di hadapan Stadium terpaksa gulong tikar. Perut setiap pagi, tengah hari dan malam minta makan, hendak bayar sewa gerai lagi di mana hendak di kerobek?

Tunggakan sewa sehingga kini telah melebi RM1000.00 dan ini membebankan lagi. Walaupun rayuan telah di buat tetapi pihak Majlis Perbandaran Bandaraya Pulau Pinang tidak perhatin tentang masaalah mereka. Rope Walk merupakan tumpuan pelancong luar dan dalam negeri. Majlis Perbandaran Bandaraya Pulau Pinang tidak harusnya memandang sepi masaalah mereka. Perbincangan untuk menyelesaikan masaalah ini perlu di segerakan agar kerja-kerja pengubahsuaian cepat siap, gerai gerai dapat beroperasi semula dan sewa dapat di bayar seperti selazimnya.

wassalam

syed johari yussof @ laduniseven





___________________________
Terbitan : 23 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)