|

|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun |
|
Suatu Malam Di Permatang Pauh : Kisah Imam Duit Ditabur Duit.
Oleh: Mat Sepai
Membaca tulisan MGG Pillai ( In their first proxy confrontation, it is
Dato' Seri Anwar 1 Pak Lah 0) saya tersenyum sendirian. Tak sangka
peristiwa Imam Duit “ditabur” duit oleh penyokong BA ketika kempen
pilihan
raya lalu rupanya telah menjadi pengetahuan umum, ingatkan hanya
masyarakat
Permatang Pauh sahaja yang mengetahuinya .
Kebetulan ketika kejadian itu saya turut berada di sana dan sempat
merakamkannya melalui lensa kamera. Gambar-gambar kejadian itu masih
dalam
simpanan saya dan kini kita boleh berkongsi bersama. Namun, gambar
penyokong BA di situ terpaksalah saya “blur” untuk keselamatan mereka.
Kejadian Imam Duit Ditabur Duit berlaku pada 19.3.2004 sekitar jam
11.30
malam, di depan Pejabat Jentera Pilihan Raya Keadilan Negeri P.Pinang
di
Permatang Pauh. Pada malam itu, orang ramai sedang bersesak menunggu
ketibaan Ezam yang dijadualkan berceramah di situ. Kiri kanan jalan
raya
dipenuhi orang ramai. Sementara itu, sebilangan penyokong sedang
mengedarkan risalah manisfesto BA kepada para pemandu yang melalui
jalan
tersebut.
Sedang rancak mengedarkan risalah, tiba-tiba tetamu yang tidak diundang
muncul. Teriakan….imam duit..!!! imam duit..!!! imam duit…!!!,
menceriakan
lagi suasana ketika itu. Kereta yang dinaiki Imam Duit bersama
isterinya
yang baru pulang daripada program Umno terperangkap dalam kesesakan
lalu
lintas. Ketika itulah, ada di antara penyokong BA yang mengerumuni
keretanya, dan membuka pintu setelah Pirdaus enggan menurunkan cermin
kereta
untuk menerima manisfesto yang dihulurkan. Selain daripada manisfesto
BA,
turut ditaburkan ialah beberapa helai RM dan duit syiling. Si Imam Duit
terkaku seketika.
Sekilas pandang, peristiwa ini nampak seolah-olah penyokong BA tidak
bersopan. Namun, apabila dikaji semula tindakan-tindakan Imam Duit
Pirdaus
sepanjang kempen pilihan raya lalu, terasa wajar dan patut dia dilayan
sebegitu. Selain di kertas undi, itulah gambaran protes masyarakat
Permatang
Pauh terhadapnya.
Kesanggupannya bersekongkol dengan kezaliman Umno untuk menentang
seorang
wanita yang suaminya terpenjara angkara fitnah pemimpin Umno,
menggambarkan
sikap sebenar manusia bertopengkan Imam Al-Hafiz ini. Dengan
berselindung
‘title’ Imam Besar Masjid Negara, yang terpalit dengan isu rasuah
memohon
sogokan RM30.000, daripada seorang kontraktor, seperti yang didedahkan
oleh
Seruan Keadilan ( bilangan 033 ) lalu mengejutkan banyak pihak.
Dakwaan
yang dibuat oleh Hj Ahmad Bin Abd. Salim, sehingga kini masih tidak
dinafikan Imam Duit atau setidak-tidaknya menyaman Hj Ahmad Abd Salim
atau
akhbar Seruan Keadilan kerana menfitnahnya.
Itu belum lagi diungkitkan rasuah politik yang diamalkan Imam Duit dan
isterinya sepanjang kempen pilihan raya lalu. Antaranya, pengakuan
pengundi
Cina di Sungai Lembu yang menerima RM150.00 seorang untuk mengundi BN,
pengakuan Mak Long Teh di Tanah Liat yang disogokkan RM dan sebuah
radio
oleh isteri Pirdaus, upah sembahyang jenazah saudaranya di Kampung
Jarak
bernilai RM4 + ( RM 50.00 bonus ) seorang, “sumbangan” RM50.00 kepada
ibu
tunggal, “derma” beras sekampit kepada pengundi miskin. Semua itu
walaupun
dianggap sumbangan atau derma, tetapi jika dilakukan sewaktu kempen
pilihan
raya, tidak dapat tidak ia tetap dianggap rasuah politik.
Itulah nilai seorang Imam bermazhab Umno yang mendakwa akan melakukan
perubahan dalam Umno nanti. Inilah salah seorang ulama Umno yang
kononnya
akan menerapkan konsep Islam Hadhari yang cuba diketengahkan Umno
dalam
Negara Islam Malaysia.
Takbir…..Lawan Tetap Lawan
Keterangan gambar.
Kapsion 1 : TERPERANGKAP …….Firdaus bersama isteri dalam kesesakan
jalan
raya dikerumuni penyokong BA.
Kapsion 2 : Kelihatan risalah manisfesto BA yang ditaburkan bersama
RM dan
syiling ( tidak kelihatan dalam gambar )
Kapsion 3: Ezam ketika menyampaikan ceramah politik pada malam
kejadian
“Imam Duit Ditabur Duit”.
Kapsion 4 : IMBAS KEMBALI- Suasana orang ramai di sepanjang jalan di
depan
Pejabat JPN Keadilan P.Pinang.
Kapsion 5 : KERATAN AKHBAR … Seruan Keadilan (bil 033-16-31 Mac 2004)
,
Pirdaus membisu seribu bahasa terhadap dakwaan ini.
___________________________
Terbitan : 26 April 2004
Ke atas
Home
|
|