Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Solat Jumaat Peserta Khidmat Negara Kem Muadzam Shah Pada 16.4.2004

Dilaporkan hanya 12 orang peserta lelaki Muslim Program Khidmat Negara Kem Muadzam Shah (Namanya Kem Seri Pelangi kalau tak silap) yang bersolat Jumaat pada hari ini 16.4.2004. Saya tidak pasti berapa orangkah peserta Muslim Lelaki yang ada di Kem berkenaan.

Kedua-dua belas orang yang bersolat jumaat hari ini terlepas satu rakaat solat Jumaat kerana mereka hanya "berjaya" menamatkan aktiviti bola sepak anjuran Kem tersebut pada jam 1.00 tgh. Pada sebelah pagi hingga jam 11.00 pagi ada latihan kawad. Selepas latihan kawad diadakan pula "latihan" bolasepak.

Mungkin zaman Islam Had Hari ni kita tidak perlu jadi "pelampau" sangat dengan keinginan bersolat kot! Ada mana-mana YB-YB ustaz dan ustazah BN yang sedia meninjau aspek ini? Sama-samalah kita dengar pandangan mereka.

Saya tidak pasti keadaan di kem-kem Khidmat Negara yang lain.

Uncle Matzain





___________________________
Terbitan : 17 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)