Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kabinet Haram Dolah Ubai, ulul amri haram

“Saya tidak akan bertanding untuk merebut jawatan Ketua Wanita Ameno”. Demikian ikrar Datuk Azalina ‘macho’ Othman. Kadang-kadang, kita boleh senyum sendirian apabila membaca kenyataan sedemikian, yg datang dari seorang puteri yg berbadan lasak. Hmmm… kalau kenyataan itu datang dari Datuk Hishammuddin, mungkin kita boleh pandang serius juga. Datuk Seri Rasuah Aziz, Ahli Parlimen Kuala Kangsar merangkap Ketua Wanita ameno boleh bernafas lega – bukan saja tiada saingan untuknya, malah kiranya ada saingan dari Datuk Azalina yg macho tu, mungkin Datuk Rasuah dapat mempengaruhi Jawatankuasa Teknikal ameno untuk membatalkan pencalunan Datuk Aza atas dasar tidak menepati kriteria wanita. Demikianlah perihal menteri belia dan sukan yg baru, yg mengatakan bhw perlantikan seorang wanita sbg menteri belia dan sukan akan menjadi satu cabaran baginya. Aikkk? Apa yg menjadi cabarannya Datuk? Datuk boleh tolong buka seluar tak? Kami nak tengok dulu samada betul atau tidak cabaran yg akan datang tu. Apa pun, kita sudah mula mendengar desas-desus bhw kebanyakan pegawai-pegawai di kementerian belia dan sukan tidak akan membawa isteri masing-masing ke sebarang majlis rasmi yg akan dihadiri oleh datuk Aza yg macho tu. Bahaya nanti kalau mana-mana isteri yg ditenung dan dikenyit mata oleh Datuk azalina!!!!

Datuk Nazri Aziz yg kini telah pun kunonnya di’sejuk bekukan’ lantaran penyiasatan BPR ke atasnya dilantik sbg Menteri Bergaji buta di JPM. Entah ada berapa ekor menteri, timbalan menteri dan Setiausaha Parlimen yg sedemikian di JPM!!!! Mereka, walau pun TAK BERPORTFOLIO, kunonnya telah diberi tugas khas yg tertentu oleh Pak Lah Ubai. Terkini, Nazri diberi tugas khusus mengenai hal ehwal parlimen. Nazri akan menentukan bila Parlimen bersidang, bila Parlimen berdebat, bila Agong datang bertitah dan seterusnya bila sessi Parlimen tamat. Tugas sebegini pun memerlukan seorang menteri!!!!???? Memang tak silap lah kalau kita kata mereka makan gaji buta! Apakah seorang pentadbir tidak berkemampuan untuk mengendalikan tugas parlimen tersebut. Apalah sangat kemahiran yg diperlukan untuk mengurus perjalanan parlimen? Tambahan pula, parlimen sekarang adalah parlimen yg majoritinya dipenuhi oleh ahli-ahli yg menang secara haram! Apalah susah sangat nak mengembala sekawanan lembu ameno bodoh yg boleh ditarik melalui hidung yg telah dicucok? Memang benarlah bak kata orang kampong Nazri di Lenggong, Hulu perak, Nazri sekarang menjadi Menteri TAK BERPELIOR di Jabatan Perdana menteri.

Isteri pertamanya anak orang kuat PAS, bertudung molek menutup aurat, diam di Hulu Trengganu. Isteri keduanya rambut berinai merah macam artis glamour, menetap di ibukota. Sehari dua sebelum hari penamaan calun, namanya belum tentu naik sbg calun, jauh sekali menjadi Timbalan menteri kewangan, tapi itulah tipu daya muslihat ameno. Bak kata grafitti yg terdapat di dinding tepi jalan, KALAU JUMPA UMNO DENGAN ULAR, BUNUH UMNO DULU. Entah macam mana dia punya mainan silap mata, poop, poop, poop…maka muncullah TENGKU PUTERA TENGKU AWANG sbg timbalan menteri kewangan. Bukan saja perlantikan tersebut mengejutkan di Terengganu, malah mengejutkan negara! Bagaimana seorang bekas pengurus Bank dapat naik mendadak begitu sekali? Naik mendadak tu satu hal, naik menjadi timbalan menteri di sebuah kementerian yg begitu berkuasa adalah suatu perkara yg sukar difahami dalam percaturan politik seorang pemimpin haram yg bernama Abdullah bin Ubay, wazir ‘am bagi ulul amri Darul Boleh….

Kini, ramailah pemimpin ameno Terengganu yg terpaksa telan air lior melihat “Ku Ré “ semakin ‘gah’, kononnya dapat menabur wang di Hulu Terengganu lantaran jawatan yg baru disandangnya. Ameno Negeri Terengganu sendiri hairan bagaimana orang yg lebih cerdik seperti Ghazali Ismail, Ahli Parlimen yg menang disokong dek langsuer, pontianak dan segala macam anika hantu puaka di Kuala Terengganu, gagal dilantik sekurang-kurangnya sebagai Setiausaha Parlimen dalam kabinet haram Pak Lah Ubai Salol. Yg paling perit terpaksa menelan air lior dan kahak di kalangan ameno Terengganu tentulah pakar tasauf yg kini giat menjadi peneroka kelapa sawit nombor wahid, Tan Sri Usop No No No!!!! Hampir 10 tahun dulu, dia bertanding kawasan Dewan negeri kerana menjangkakan Ayoh Wang Mokhtar akan memberi laluan kepadanya untuk menjadi MB terengganu. Apabila PAS membungkus ameno dalam tahun 1999, ayoh wang telah dipetik sbg berkata, dia rela hilang Terengganu di tangan PAS, daripada melihat Usop No No No menggantikannya sbg MB! Dalam perancangan jahat ameno untuk merampas kembali Trg dari PAS, pada mulanya Usop No No No lah orang yg dianggap paling layak menjadi MB. Namun, spt biasa, ameno dgn belit ularnya melahirkan kepala auta yg bernama Derih anok Pok Soh untuk menendang Usop dari percaturan kuasa politik Terengganu. Sekali lagi Usop No No No kena kencing tak dapat jadi MB! Kalau usop tu cerdik, eloklah dia masuk PAS untuk memperjuangkan Islam – akan tetapi Usop kini sudah lemak dengan wang dan kemewahan, sudah biasa memakai barangan jenama. Oleh yg demikian, terpaksalah dia melepaskan segala harapan dan impian politiknya, dan kini terpaksa terhoyong hayang mengemudikan FELDA, sebuah agensi kerajaan dimana dengan tipu dayanya, mungkin dapat terus makan elaun, imbuhan dan segala macam kemudahan sbg Pengerusi. Selamat Berjaya dalam hidup dunia ini, Usop No No No…..

DATUK PADUKA MAMAK CENDOL KADIR FADZIR khabarnya telah menangis teresak-esak tatkala meninggalkan kementerian pelancongan dan seni untuk pergi menjadi menteri yg akan sentiasa dapat kesempatan untuk berkepit dengan puak-puak artis. Apakah Mamak Kadir ni ingat kementerian pelancongan tersebut hakmilik kepala bapak dia? Apakah dia menangis lantaran memikirkan kontrak-kontrak lumayan yg telah ditandatanganinya dengan pelbagai agensi pelancungan yg terpaksa ditinggalkan? Sabar kadiarq! Kat RTM pun hang boleh balun duit lagi…..apa hang sedih? Cumanya kita takut hang kat sana kena overshadow dengan hang punya timbalan yg tak kurang hebat loyar buruk, ZAM MAIDEEN. Habis lingkoplah kita rakyat Malaysia – ada dua badut mamak Bollywood yg Pak Lah Ubai dah lantik untuk jaga kementerian penerangan! Kot ye pun, awatlah Pak Lah panggil depa dua oghang hak gelap ni mai jaga kementerian PENERANGAN? Macam mana nak teghang kalau depa dua ekork ni bangsa hak gelap eh? Tak senonoh betui Pak Lah buat kerja! Nak buat macam mana cek oi! Habih la Malaysia la ni dalam GERHANA. Sat gi, hangpa jangan terkejutla kalau rancangan Bollywood akan menguasai sepenuhnya saluran-saluran RTM.

Selain dari itu, kita jangan terkejutlah kalau PAS akan diserang lumat-lumat kiri, kanan, atas, bawah, depan dan belakang oleh “media kerajaan” yg dilacurkan ameno. Wisel permulaan telah pun ditiup oleh anak maideen tersebut dalam bentuk titah ucapannya yg mengatakan, kekalahan terok PAS adalah permulaan bagi lupusnya parti tersebut dalam lanskap politik tanahair. PAS adalah sebuah parti yg tidak relevan lagi. Sedih kita memikirkan betapa kementerian penerangan kini diterajui oleh 2 badut yg tidak berkelayakan sama sekali untuk memimpin industri komunikasi negara ke arah era ‘langit terbuka’. Eloklah kita panggil seorang saudara mereka, Prof Mamakya Abdul Razaaq Mohaideen untuk mengarah filem sequel MAMI JARUM yg berjodol ZAM & KADIARQ – dua nana dalam gerhana.

Kesian sungguh rakyat negara Malaysia bolehland – dahlah ditipu dengan kerajaan haram pimpinan seorang yg sudah semakin cenderung menuju ke arah ciri-ciri seorang munafek, dihadiahkan pula dengan barisan kabinet yg bukan saja membebankan dari segi bilangan ahlinya, malah tidak berwibawa sama sekali! Nampak gayanya kita akan menikmati sarkas kepala batas (The Royal Kepala Batas Circus) pimpinan badut utamanya, Pak lah Ubai selama hampir 5 tahun yg akan datang. Namun, sudah ada desas-desus yg mengatakan bahawa barisan kabinet sarkas yg ada kini, mungkin akan dirombak sekali lagi sekiranya ada sesuatu yg mendadak berlaku apabila lembu-lembu pawah ameno ini berkumpul untuk pesta mengawan tahunan pada bulan Jun yg akan datang. Kita tengok sajalah apa jenis demokrasi agaknya yg akan dipamirkan dalam kesibukan lembu-lembu ameno berebut jawatan. Khabarnya sudah ada dua calun yg akan mengisi kekosongan naib presiden ameno (najib Razak yg dah naik pangkat) dan setiausaha agong ameno (khalil yaakob yg dipaksa bersara) – masing-masing merupakan nama baru tetapi kini sudah tidak asing lagi di persada politik tanah air lantaran sumbangan masing-masing sejak kebelakangan ini. Berikan tepukan untuk Tan Sri RaSHIT deraman (ameno Bhg Lembah Pantai), dan Datuk Wang Amak Wang Umor (ameno bhg Shah Alam).

Marhaen muda
Kuala Rompin 10 april ’[email protected] 20 safar ‘25





___________________________
Terbitan : 12 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)