Saya ditunjukkan Harakah, berkaitan dengan tulisan Farish A. Noor beberapa minggu lalu di Masjid Rusila, kebetulan pada ketika itu saya ke Rusila untuk mengikuti
kuliah Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang untuk pertama kalinya selepas pilihan raya ke-11.
Tak patut, itulah ayat pertama yang keluar daripada mulut saya, walaupun saya tidak pun membaca artikal tulisan berkaitan. Sahabat saya cuba untuk
mendapatkan reaksi saya dengan membaca beberapa petikan daripada tulisan berkenaan.
Sedih dan kecewa dengan sikap Harakah
Saya boleh menerima jika Harakah menyiarkan temuramah Sdra. Lutfi Othman dengan Prof. Mohd. Agus Yusoff. Walaupun ada yang marahkah sdra Lutfi.
Pandangan Prof. Mohd. Agus Yusoff walaupun banyak mengkritik dan tidak menyebelahi PAS adalah pandangan umum seseorang akademik. Lagipun sebagai seorang penemuramah,
takkan Lutfi akan memotong mana-mana yang tak disetujui olehnya.
Berbeza dengan Farish A. Noor kerana dia ini adalah seorang penulis yang boleh dikatakan "parujidis terhadap Islam". Tulisan-tulisannya sebelum ini terlalu banyak menghina Islam
dan Rasulullah s.a.w. Kritikan kepada asas fundamental tentang Nabi Muhammad dan penghinaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan kaitan bergaul dengan wanita tanpa perkahwinan adalah suatu yang tak boleh diterima.
Petikan tulisan dia ini dalam Akhbar NST 4 November 2000 adalah seperti berikut : "..Fakta bahawa Nabi mempunyai beberapa orang isteri dan diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 orang
wanita termasuk gundik bernama Rahyana tidak Islam sehingga akhir hayatnya adalah bukti sifat kemanusian Nabi".
Apakah pihak Harakah tidak menyedari perkara ini, lalai dan bersikap tidak peka sehingga tulisan orang seperti ini boleh disiarkan dalam ruangan FIKRAH?
Saya juga kesal kerana setakat ini, tidak ada seorang pun dikalangan orang yang bertanggungjawab dalam Harakah ingin membuat kenyataan yang boleh
'melegakan' perasaan kami yang ciptakan Islam.
Apakah susah sangat ke? untuk mengaku kesilapan yang telah berlaku. lagi mengewakan ada pula yang cuba menunjukkan konsep keterbukaan akhbar Harakah.
Jangan cuba berselindung dengan apa yang berlaku.
Ummah Online pun sama juga
Terbaru bila Ummah Online cuba untuk menjadi juara dalam isu kehangatan penulisan Farish A. Noor, dengan menyiarkan satu temubual melalui email Farish A. Noor untuk menjawab tulisan
Prof Harun Din.
Dalam temubual tersebut ketokohan Farish A. Noor cuba ditonjolkan sebagai seorang penganalisis politik tanahair terbilang dan lagi membanggakan kerana dia ini sedang menulis tesis
berkaitan politik Pas.
Kalau nak cari orang terbilang rasa Karl Mark lagi bagus. Scarotes, Plato, Aristoltle pun apa kurangnya. falsafah keilmuannya di sanjung barat sampai sekarang. Beberapa pendekatan keilmuannya
masih lagi boleh digunakan sampai hari ini.
Tetapi Islam mengajar kita bangaimana pemikiran dan wahyu itu perlu diseragamkan, sebab itu Rasulullah s.a.w di utuskan. kalau nak jadikan pemikiran sebagai "Tuhan" untuk segala-galanya
tak ada beza kita dengan masyarakat bukan Islam.
Syahid Qutb dalam buku
nya "Petunjuk Sepanjang Jalan" telah menghuraikan dengan panjang lebar bagamainan Generasi pertama para sahabat yang di asuh oleh Rasulullah s.a.w. disebut sebagai 'Ginul Al quran' generasi yang terbaik sepanjang sejarah manusia. Mereka ini menerima Al Quran dan ajaran Rasulullah s.a.w. tanpa campur baur dengan ilmu yang ada.
Takkan Semenanjung Arab yang berada ditengah-tengah tamadhun dunia tidak tidak terpengaruh dengan tamadun Greek Yunani, Peradaban Cina dan India, tamadun Rom dan Parsi.
Mengukut Syed Qutb Rasulullah s.a.w. mengajar mereka bagaimana sumber asas Islam tidak boleh bercampur baur.
Sebab itu Ibnu Salam ingin membaca kitab Taurat yang juga merupakan Kitab Allah s.w.t. pun tidak dibenarkan oleh Rasulullah.s.a.w. Baca ! tetapi manusia Islam dan pemikir? hari ini Islam, ulama malah Rasulullah s.a.w. di hina.
Bgi mereka Rasulullah s.a.w. adalah manusia biasa.
Falsafah dan tamadun adalah segala-galanya.
Saya cukup hairan dengan UmmahOnline, bila Hj Abd Hadi Awang menyebut tentang iman Mahdi belum ada lagi, mereka ini bising macam nak kiamat dan melebelkan pimpinan utama Pas
sebagai fikrah yang rosak (rasak akidah). Mereka tak segan silu menghina, tetapi mereka ini juga (UmmahOnline) begitu senang dan berusaha dengan susah untuk menemuramah
Farish A. Noor walaupun dia ini menghina nabi.
Adaklah Iman Mahdi itu lebih utama daripda Rasulullah s.a.w.?
Saya sungguh hairan dengan cara berfikir mereka ini.
MURSYID
___________________________
Terbitan : 29 April 2004
Ke atas
Home