Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kenapa sungai lembing jadi issue?

Saya hairan kenapa kesalahan cetak pada kertas undi Sg Lembing baru-baru ini dijadikan issue oleh kita.Apa yang berlaku mungkin betul-betul kesalahan teknikal yang mana saya sendiri tak nampak apa-apa keuntungan untuk BN kalau SPR sengaja melakukannya sekali pun.

Issue yang paling besar yang tak ada makhluk bernama manusia pun tak setuju ialah pengunaan media massa yang terlampau berat sebelah. BN menguasai semua saluran media electronic dan media cetak. Mereka boleh "tembak" setiap saat. PAS/BA cuma boleh balas 2 minggu sekali. (internet masih belum widely accessable dan tak seberkesan media electronic dan cetak.).

Dengan kelebihan di atas mereka boleh buat cerita macam-macam yang mana payah bagi PAS untuk membalas. (ditambah dengan payah nak dapat permit ceramah). Kalau kat rumah memang saya jarang tengok TV. Tapi kebetulan seminggu sebelum pilihanraya saya balik cuti kat kampung.Terpaksalah saya tertengok TV yang dipasang. Sepanjang apa yang saya tengok hampir setiap rancangan ada kempen untuk BN. Dari hiburan dengan artisnya sampai temubual dengan mufti. Saya yang memang penyokong PAS (yang boleh berfikir ) pun rasa seolah-olah macam PAS di pihak yang salah kerana tak jawab tuduhan BN (ya lah tak keluar pun muka meraka kat TV atau media cetak, harap Harakah cuma boleh keluar issue basi..dua minggu sekali) ,apa lagi orang atas pagar?????

Pada saya, selain dari undi hantu, semamangnya ada swing pengundi ke BN. Sebabnya adalah tersebut di atas. Selagi ketidakadialn dalam media massa ini terus dibenarkan, pada saya dan pada adatnya jangan mimpi PAS atau BA akan menang.Saya sendiri pun untuk next election, kalau unfair in media coverage masih berlaku saya tidak akan keluar mengundi dan saya rasa saya boleh jawap kenapa kalau ditanya oleh ALLAH kelak.

Jadi, pada pandangan saya, selain dari to have clean elaction from hantu (JEMBALANG, TEMBERANG dan TEMBELANG) kita kena kena buat sesuatu untuk mendapat fair media coverage. This should be our very first priority work...if we want to win..else just work for fun..talk something not so relevent like Sungai Lembing issue. SPR tersilap cetak kita bising..tapi SPR tutup mulut kita dan biarkan BN saja bercakap tak jadi issue...HAIRAN bin AJAIB

NAJ





___________________________
Terbitan : 17 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)