SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Respond terhadap tulisan mengenai TablighDari : Neunet Assalamu`alaikum warahmatullah hiwaba rokaatuh; Terlebih dahulu saya minta berbanyak2 maaf sekiranya tulisan ini menyinggung mana2 pihak samada penyokong PAS atau Pengikut Tabligh. Saya menyeru sekalian kawan-kawan agar menghentikan perbahasan mengenai tabligh samada menyokong atau menghentam. Rasanya ia tidak perlu diperbesarkan kerana pihak pimpinan PAS tidak pernah berbicara berkenaan dengan Tabligh, cuma sekali-sekala penceramah PAS mengambil contoh tentang Tabligh, itu pun mengenai kebaikan bukan keburukan Tabligh. Saya yakin, di antara pengikut Tabligh ada yang menyokong PAS. Jadi sekiranya perbahasan yang hanya berdasarkan anggapan masing-masing amatlah tidak sesuai, nanti yang menyokong PAS pun akan membenci PAS kerana mungkin baginya Tabligh itulah yang mendorong mereka menyokong PAS. Saya juga pernah mengikuti jemaah Tabligh. Sebagaimana pertubuhan atau kelompok2 lain, di dalamnya sudah pasti ada yang baik, ada yang buruk, ada yang extreme, ada yang cool...bergantung kepada penerimaan setiap individu. Lupakanlah perbezaan pendapat mengenainya, tumpukan kepada pilihanraya yang akan datang...bagaimana untuk memenanginya.. Wassalam.___________________________ Terbitan : 15 April 2004
Diterbitkan oleh : |