Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PELIHARA LIDAH, PELIHARA KATA-KATA & PELIHARALAH PERIBADI.

Assalamualaikum......

Di sini ingin saya menegaskan kenapa PAS tidak akan menang di Johor.. apa yang saya tahu dan memang diakui orang di Johor tidak suka akan orang yang suka cakap celupar dan mengata keburukan orang lain. Pokok pangkalnya orang di Johor di ajar menghormati orang yang lebih tua dan pepimpin yang tidak melatah !!! Ingin saya katakan (kisah sendiri) kami ada saudara mara yang memang asal dan pemaustatin Kelantan & Terengganu...apa yang pelik kami diajar menghormati orang tua yakni jika tetamu datang kita perlu bersalam dengan semua yang hadir itu, tetapi saya lihat saudara mara saya tidak bersalam dengan semuanya, adakah kerana arwah bapa saya lelaki (pangkat bapa saudara) haram untuk anak saudara perempuannya bersalam ?!!! Masih terngiang2 di telinga ini arwah bapa berkata "korang jangan bersikap "kurang" seperti itu" Bapa saudara belah kelantan menyuruh anaknya salam arwah bapa saya, tetapi diingkari perintah itu....lebih kurang macam pilih bulu. Itu ke yang diterapkan oleh kerajaan PAS terhadap masyarakat Islam contoh?!!!! Dimanakah nilai murni yang diterapkan oleh PAS diguna pakai oleh orangnya sendiri....bersalaman antara orang Islam pun tidak dilakukan dengan baik!!!! Atok saudara saya (orang Kelantan) pernah berkata dgn arwah bapa saya "bagus anak2 kamu reti cara hormat orang tua" sedangkan anak dia sendiri tak reti menghormati tetamu dan bapanya sendiri walaupun belajar di madrasah!!!!!

Satu hal lagi anak2 kelantan/terengganu yang bekerja di Johor selalunya "tinggal" tudung/purdahnya apabila berada di sini... rambut usah cakap kuning karat, merah karat dan macam2 warna lagilah. Apb. tiba hari hendak balik kampung halaman yang tak pernah terlihat pakai baju kurung kemain lawanya melaram pakai baju kurung siap dgn tudung litupnya!!!!!!... Kenapa perlu berpura-pura.... saya sedih melihat keadaan ini berlaku... apatah lagi membonceng motor rasanya belangkas pun tak semelekap begitu rupa....sedar wahai pemimpin PAS didik anak watan sendiri tatasusila berada di negeri orang.... ini dahlah tak bercampur orang... ajak pergi masjid buat tak tahu... jiran meninggal depan rumah pun tidak diziarah, suka buka radio dan berkaraoke kuat2... sampai menganggu ketenteraman orang lain....inikah dikatakan orang yang datang dari negeri yang kaya dengan nilai ISLAM. ISLAM tidak mengajar begitu... walaupun segelintir sahaja yang membuat "tahi", ibarat kata pepatah "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".

ISLAM ITU INDAH & MEMUDAHKAN...tapi jangan sampai hal sebegini pun dimudahkan.
Bagi saya orang tabligh lebih baik akhlaknya dari orang PAS yang katanya memperjuangkan hak ISLAM tapi tidak dipraktikkan!!!!!!!





___________________________
Terbitan : 6 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)