Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pembalasan ALLAH terhadap Parti yang mengutuk usaha Nabi

PEMBALASAN ALLAH TERHADAP PARTI YANG MENGUTUK USAHA NABI MUHAMMAD S.A.W.

ASSALAMUA'LAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. ALLAH adalah Rab seluruh alam. Dia yang mencipta tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. ALLAH mecipta setiap keadaan dan masalah dan Dialah penyelesai segala keadaan dan masalah. Hanya kepada dia kita berserah. Kita ini makhluk yang tidak berdaya dan bermaya, lemah serba serbi, dhaif, miskin papa, tidak pandai dan pelbagai kelemahan ada pada diri kita yang bernama manusia. Inilah sifat orang takwa yang senantiasa mengakui kelemahan diri dan senantiasa merendah diri. Tidak sombong, tidak riak, tidak takabur dan tidak segala - galanya.

Kepada saudara yang tidak sehaluan dengan Jamaah Tabligh dan berbulu dengan gerakan jamaah ini Termasuklah Parti Islam Se Malaysia ( PAS ), renunglah warkah ini.

Dalam artikel saya terdahulu saya pernah menyatakan jika sikap dan pendirian PAS terhadap Jamaah Tabligh tidak berubah maka PAS tidak akan dapat perintah Malaysia sampai hari kiamat. Nah sekarang bunga - bunganya mula kelihatan malah telah lama kelihatan, cuma kalian yang tidak perasan, hanya syok sendiri kononnya masih diterima oleh rakyat. Wahai saudara, ingatlah ALLAH melarang kita mengutuk mengeji dan mencerca seorang muslim. kerana Nabi Muhamad S.A.W pernah bersabda "Riba yang paling Besar ialah mencemar seorang Islam' . Tetapi sebaliknya, perjuangan kalian berdasarkan kepada cacian, makian, mendedahkan keburukan orang lain malah fitnah juga diadakan walaupun kalian tidak melihat sendiri para pelaku itu melakukannya.

Tidak cukup dengan itu, Kalian mengutuk dan menuduh Jamaah Tabligh yang tiada kena mengena dengan perjuangan kalian pun dengan pelbagai kutukan, fitnah dan cacian. Antaranya kalian mengatakan bahawa jamaah ini di biayai oleh orientalis barat, kafir, bahaya kepada umat islam dan pas, sesat dan sebagainya. Seolah - olah hanya perjuangan PAS sahaja yang benar dan betul.

Saudara/i , sesungguhnya ALLAH itu Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perjuangan siapakah yang benar dan berlandaskan Al-Quran dan As - Sunnah Rasul Sallallahu 'Alaihi Wasalam. Nabi tidak ajar kita kutuk mengutuk, caci maki, keji mengeji dan sebagainya. Sebaliknya nabi mengajar dan mendidik kita agar senantiasa berkasih sayang sesama umat apatah lagi umat itu umat islam, bukan musuh - memusuhi semata - mata kerana berlainan ideologi dan fahaman. Ingatlah bahawa ALLAH kita ALLAH yang sama, Nabi kita nabi yang sama, Al-quran kita Al - Quran yang sama. Maka apa bezanya kita. marilah kita buat usaha dakwah nabi yang telah diwariskan kepada kita agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram di bawah pentunjuk ilahi sambil mempunyai sifat takwa yang jitu kepada ALLAh yang satu.

Kalian mengatakan bahawa kerajaan sekarang kafir, sekular tetapi cara kalian mendapatkan sokongan rakyat juga cara kafir, cara yahudi iaitu dengan cara mendedahkan keburukan orang lain seperti berlaku di Amerika Syarikat, sedangkan kalian tahu Amerika dengan terang - terang menyokong yahudi, jadi mengapa harus mengikut cara politik mereka?. Kalian masuk bertanding dalam pilhan raya, yang mengikuti cara yahudi dan nasara. Dalam Islam, hukumnya amat jelas iaitu judi itu haram walau dalam apa bentuk sekalipun, sedangkan kalian mengaku perjuangan kalian berlandas Al- Quran dan Hadis, tetapi terlibat dalam perjudian di dalam pilihan raya yang mensyarat kan para calon meletakkan wang pertaruhan RM 3000.00 untuk DUN dan RM 5000.00 untuk Parlimen, tidakkah kalian sedar?

Kesimpulan yang saya dapat jelaskan disini ialah Parti Islam Semalaysia ( PAS ) adalah batil dan BN juga batil. PAS batil kecil dan BN batil besar, jadi batil kecil lawan batil besar maka batil besar yang menang. Buktinya, sejak sebelum merdeka lagi PAS tidak pernah memenangi pilihanraya persekutuan dan berjaya membentuk kerajaan, yang berjaya hanyalah BN, Oleh itu saya sarankan kalau nak masuk politik dan berjaya dalam politik belajar dari BN. BN kini telah berubah kearah lebih Islamik dan berjaya menawan hati pengundi samada dari PAS atau BN sendiri menerusi agenda ISLAM HADHARI senjata ampuh Perdana Menteri yang amat saya kasihi dan saya sayangi.

Apakah hasil sembahyang hajat dan doa kalian agar ALLAH kaburkan penglihatan pengundi agar tidak dapat lihat apa-apa melainkan bulan purnama? Nyatalah ALLAH tidak reda dengan perjuangan tuan yang penuh keburukkan dan kejahilan dari segi hikmah. Belajarlah merendah diri dan amalkan sifat - sifat terpuji. Insya ALLAH penyokong @ pengundi akan kembali menyokong perjuangan kalian. Semoga ALLAH memberi taufik dan Hidayah kepada pemimpin dan pengikut PAS dan seluruh Umat Islam.

SEBAGAI SATU PERINGATAN : JANGAN KUTUK DAN MEMFITNAH PEMIMPIN DAN JAMAAH TABLGIH KERANA MEREKA BERGERAK SEMATA - MATA KERANA ALLAH TANPA MEMINTA BANTUAN DARIPADA SESIAPA PUN MELAINKAN DARI ALLAH S.W.T. MEREKA LAKSANA TUGAS YANG NABI BESAR MUHAMAD S.W.A WARISKAN KEPADA UMAT INI. JIKA ANDA TIDAK MAMPU BUAT SEPERTI MEREKA, JAGAN MENGATA YANG BUKAN - BUKAN. BELAJARLAH DOA KEBAIKAN DAN JANGAN AMALKAN DOA KEBURUKAN. DIKHUATIRI DOA KEBURUKAN ITU AKAN BERBALIK KEPADA ANDA SENDIRI. MEREKA TIDAK PERNAH MENGUTUK, MENGKRITIK MALAH MEREKA PULA DIKUTUK DAN DIKRITIK. TETAPI SEBAGAI HAMBA MEREKA DIAM KERAN ITULAH AJARAN NABI IAITU BERSABAR DAN TERUSKAN USAHA.

SEKIAN. SEMOGA ALLAH AMPUNKAN SEGALA KESILAPAN KITA DAN SEMOGA RAKYAT MALAYSIA MAAFKAN KITA AGAR KITA BAHAGIA DI KUBUR DAN DI ALAM AKHIRAT SANA KERANA KITA BUKAN HIDUP DI DUNIA SAHAJA TETAPI DI AKHIRAT JUGA. WALLAHU 'ALAM.

KEKALAHAN PAS ADALAH PEMBALASAN ALLAH KEPADA PARTI YANG SUKA MEMBUAT KACAU DAN MENCETUSKAN PERPECAHAN DIKALANGAN UMAT. BERJUANGLAH ATAS DASAR KEIKHLASAN YANG JITU SEMATA KERANA ALLAH BUKAN KERANA KUASA .

PENGIKUT SETIA AHLUL SUNNAH WAL - JAMAAH





___________________________
Terbitan : 3 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)