Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Memohon Maaf di atas Kritikan Yang Menyinggung Perasaan Parti dan Ahli Pas

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Segala Puji Bagi ALLAH.Rabb Seluruh 'Alam. selawat dan slam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Saudara/i yang dikasihi.

Kita semua sedia maklum bahawa selagi pintu langit belum tertutup selagi itulah ALLAH yang Maha kuasa akan menerima taubat hambanya dan Nabi Muhammad S.A.W. juga sedia memaafkan umatnya yang berdosa sekiranya mereka bertaubat. Maka atas rasa rendah diri dan rendah hati say selaku hamba yang hina lagi dina ini memohon jutaan kemaafan di atas kritikan saya terhadapa parti saudara dan terhadap saudara yang telah mengkritik jamaah tabligh.

Saudara/i.

Apa yang saya catatkan adalah semata - mata kerana rasa terpanggil saya untuk membetulkan tanggapan saudara/i terhadap jamaah tabligh disamping menyingkap kelemahan teknik dan taktik Pas dalam mendekati pengundi dan dalam cara memberi komen terhadap jamaah Tbaligh yang saudara/ i sendiri tidak memahaminya. Saya sesekali tidak pernah berniat untuk mengutuk, mengeji, mencaci atau mencerca pertubuhan saudara/i apatah lagi mengatanya sesat atau kafir atau yahudi. Apa yang saya catatkan adalah semata - mata untuk membetulkan fakta dan hujjah berlandaskan kepada al- quran dan as-sunnah.

Saudara/i.

Di dalam keghairahan saya membuat kenyataan sudah semestinya saya ada mengeluarkan kata - kata kasar atau kesat yang tidak enak didengar dan dibaca, maka sebagai manusia yang penuh kelemahan dan kebodohan dalam mengatu kata - kata saya sekali lagi memohon jutaan kemaafan.

Akhir kata sya menyeru tuan - tuan dan puan - puan ahli PAS sekalian keluar 3 hari. 40 hari dan 4 bulan dalam mendalami apa sebenarnya tabligh itu. Insya ALLAH kalian akan mendapati kebaikannya dengan syarat niat mestilah semata - mata kerana ALLAh ( untuk mengislahkan diri, niat nak belajar dan niat untuk mencari kebaiakn ) sekian terima kasih.

Wassalam.

Pengikut Setia Ahli Sunnah Wal Jamaah.





___________________________
Terbitan : 6 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)