Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Respond tulisan balas penyokong PAS terhadap Nor Hazali

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha mengasihani.

Sdr, terima kasih kerana memberi respond dan penerangan mengenai pandangan saya. Apa yang penting di sini ialah, saya hanya ingin mengigatkan kepada ahli PAS ynag suka kondem Tabligh dan kutuk Tabling macam - macam, kami sedara kami juga banyak kelemahan, tetapi kami dilarang daripada memperkatakan keburukan jamaah lain. Saya merasa sedih apabila ada penyokong PAS mengutuk tabligh tanpa memahami apa itu tabligh dan menunjukkan sikap bahawa hanya PAS yang betul,maka saya terpanggil untuk membetulkan tanggapan tersebut. lebih teruk lagi ada diantara penyokong PAS yang mengutuk Ulama dalam Tabligh iaitu Maulan Muhammad Zakariyya dan Ulama Tabligh yang lain. Sedangkan mereka mengenali ulama ini pun tiada. Saya merasa hormat kepada PAS kerana mereka sanggup berjuang dalam PArlimen yang Tabligh tidak buat, tetapi dalam masa yang sama kena hormat jamaah islam yang lain kerana mereka juga menyumbang kepada peratusan undi kepada PAS.

Belajarlah melihat kebaikan dan jangan lihat keburukan. Saya menyokong sesiapa saja yang menegakkan Islam tetapi menentang orang yang cuba memburukkan sesama islam. apa yang penting ialah kita nasihat mensaihati kerana agam itu nasihat, jika nasihat tidak diterima doak hidayah untuk mereka.

Ingatlah UMNO tu tak sejahat Firaun dan PAS tidak sebaik Nabi Musa, tapi bili ALLAh perintah Nabi Musa berdakwah kpd Firuan maka ALLAh arahkan Nabi Musa supaya berlamh lembut dan berkhimah agar ia kembali kepada ALLAH.

Wallallhi 'Alam.

PENGIKUT SETIA AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH.





___________________________
Terbitan : 24 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)