Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tahniah Buat Semua!!!

Orang Melayu tertipu dengan Barisan kabinet Pak Lah. "Saya akan banteras rasuah ke akar umbi." Itulah ungkapan keramat Pak Lah semasa beliau baru mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Majoriti rakyat merasa lega kerana Pak Lah memang serius untuk membanteras rasuah.

Walaupun kita tidak merasa yakin, tetapi naluri kecil terpanggil untuk memberi peluang kepada Pak Lah untuk melawan rasuah. Dan Pak Lah ketika itu ternyata serius untuk melawan rasuah. Ini dapat dibuktikan dengan pendakwaan terhadap Eric Chia dan Tan Sri Kasitan Gadam. Tidak lama selepas itu, pilihanraya umum kesebelas diadakan. Rakyat diminta untuk memberi majoriti besar kepada Pak Lah demi melangsungkan agenda perjuangannya. Barisan pembangkang terkial-kial untuk mencari isu kerana selama ini isu rasuahlah yang membuat Umno terpaksa melakukan perubahan pucuk pimpinan. Pilihanraya yang diadakan, walaupun banyak keraguan yang timbul, telah memberi mandat yang amat besar kepada Pak Lah.

Namun harapan rakyat yang mengharapkan kerajaan baru yang benar-benar bersih daripada gejala rasuah, tinggal sia-sia apabila beliau mengumumkan barisan kabinet baru yang turut mengekalkan menteri-menteri yang tahap kebersihan mereka masih diragui umum. Kita yakin orang-orang UMNO tahu mengapa ramai orang lain yang tidak menyokong UMNO. Salah satu sebab yang besar ialah isu korupsi dan salahguna kuasa ahli-ahli politik UMNO ini.

Kita tidak yakin sebegitu ramai orang Melayu yang akan benar-benar prihatin tentang isu hudud dan sebagainya, jika korupsi tidak berleluasa dalam UMNO. Mereka menjadikan isu Islam sebagai landasan menentang UMNO, kerana itulah landasan yang paling kuat sekali. Kita tidak menyalahkan mereka. Mereka perlu mempunyai perjuangan sendiri untuk menentang sistem yang tidak sesuai ini. Maka, wahai penyokong UMNO sekalian, silalah jangan menyokong atau mempertahankan pemimpin yang korup. Buang sajalah semua orang-orang yang sampah ini. Bersihkan UMNO.

Kits yakin jika UMNO bersih dari orang-orang sampah ini, rakyat tidak akan banyak menentang, dan Islam akan tertegak secara automatik walaupun mungkin mengambil masa. (masalahnya sekarang dengan adanya orang-orang yang teruk ini, mereka tidak mahu sistem Islam, dan orang-orang UMNO sendiri tahu tentang hal ini, dan tolonglah jangan berdalih lagi dengan mempertahankan orang-orang yang teruk ini.)

...sejahat-jahat Yahudi, perdana menteri pun depa dakwa bab rasuah... bukan setakat perdana menteri... anak perdana menteri pun nak didakwa... setelus-telus UMNO... pak jadi pemimpin anak duk curi harata negara/rakyat. Sebenarnya dalam situasi ini kita percaya beza antara kedua pihak iaitu Israel dan umno ialah dalam mana mereka melihat agama mereka. Sebagai pihak yang amat prihatin dan bertanggungjawab dalam memelihara agamanya pihak berkuasa Israel memang tak akan berkompromi dalam soal-soal sebegini. Waima ketua mereka pun yang dilihat punya masalah rasuah, salahlaku atau sebarang bentuk kesalahan maka pihak mereka akan segera cantas.

Namun umno tak peduli... dengan muka selamba sang penguasa ini akan terus merompak harta rakyat. Penyokongnya pula seakan-akan hormat membabi buta. Bagi yang mempersoalkannya akan dicop penderhaka negara. Bagi yang membongkarnya akan digambarkan gila kuasa. Malah ulama yang cuba perbetulkannya akan diberi gambaran ulama palsu.

Pihak berkuasa pula seperti tak bebas menjalankan tanggungjawab. Kuasa pendakwaan akhirnya berada di tangan kroni. Pilihan rakyat ialah menjadi "bodoh" atau menjadi "penderhaka". Jika ini dianggap penderhaka... maka kita memilih untuk nesan akan ditulis penderhaka negara. Sejahat-jahat Sharon, berhati perut jugak dia... membebaskan 400 tahanan Palestine masa nak dekat aidil adha. Tapi PM kita yang kunun-kununnya warak ni, tahanan ISA mintak bagi kelonggaran untuk sembahyang jumaat pun buat tak reti aje. Sekarang dah hampir dua tahun diorang tak dapat sembahyang jumaat. Zalim betul. Bila kat depan camera dan kena soal dengan reporter asyik senyum memanjang. Naik meluat tengok senyum dia yang dibuat-buat tu.

Kesalahan besar dan jelas SPR adalah menipu dengan angka... angka tidak buleh ditipu... mungkin SPR lupa kot... angka adalah data, data itu dikumpul dan dianalisa... analisa akan disimpulan untuk di jadikan laporan... masalah sekarang, SPR cuba nak merubah angka... tapi maklumat masih tersimpan dalam bentuk kertas undi dan sirinya (dan list SPR)... itulah padahnya pada SPR jika ada nombor siri... makan tuan semula...

Apa yang (kalo ada suruhanjaya nanti) hanya pilih satu satu kawasan dan checks thoroughly what wrong start dari... 1, pengundi berdaftar... sehinggalah jumlah sebenarnya... maklumat yang ada pada kertas undi perlu tally ngan list SPR... itulah sebabnya SPR pakai pensil sahaja... kalo pakai pen, semua bule kantoi... SPR tidak bule tipu kalo auditor buat kerja btul... jika SPR mahu suruhanjaya, maka perlu ada auditor yang bebas... jika nak tengok betui ka SPR mahu auditor yang bebas, maka semua data perlu ada... setakat suruhanjaya saja tak cukup... bila SPR sendiri tolak undang-undang...jadi, apa yang kita harap lagi?

Pilihan raya ke-11, di luar perhitungan akal waras berdasarkan kepada:

1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencatat rekod kejayaan luar biasa, mengukuhkan kedudukan pemerintah di peringkat negara. Tidak kurang juga peranan SPR membantu mewujudkan situasi yang berlaku di Terengganu dan Kelantan sekarang.

2. Kecelaruan dapat dilihat apabila ramai pemilih tidak dapat menunaikan tanggungjawab. Nama mereka 'dihayung' ke tempat lain. Ada kes ketika disemak pada laman web SPR namanya ada, kemudian apabila disemak pada buku daftar tiada pula.

3. Insiden pertengkaran kecil berlaku di bilik pembuangan undi. Selepas itu baru petugas SPR mengeluarkan buku daftar asal.

4. Seorang guru yang sudah dua kali mengundi di Kelantan, turut dipindahkan namanya tanpa pengetahuan tuan empunya diri. Semakan seminggu sebelum pilihan raya namanya masih disenarai di Kelantan, tetapi tiga hari menjelang hari mengundi namanya 'dilontar' pula ke Kepala Batas.

5. Keadaan lebih parah lagi apabila hanya sehari sebelum penamaan calon, SPR baru mengeluarkan buku semakan daftar pemilih. Kelam kabut pembangkang mahu membuat semakan mahupun bantahan. BN tak mengapalah, awal-awal lagi Pak Lah dah terima senarai nama siapa undi di mana, lengkap dengan alamat pengundi, siap boleh hantar poskad lagi...

6. Selain itu pindaan Akta Pilihanraya 1958 dan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 memperlihatkan beberapa kecacatan. Peraturan mengharamkan pondok panas disediakan lebih 50 meter dari pintu masuk ke tempat pembuangan undi tidak dipatuhi di sesetengah tempat. Misalnya di Sekolah Kebangsaan Mekasar, Pasir Mas. Bangsal panas Umno benar-benar hampir dengan pintu utama masuk ke tempat mengundi. Apabila dibantah petugas PAS, kakitangan SPR buat tidak endah sahaja.

7. Di Pasir Puteh seorang penyokong Umno memberitahu melihat dua karung duit dibawa seorang pemimpin parti itu.

8. Pilihan raya ini juga benar-benar menyaksikan percubaan jual beli dengan pengundi dengan harga murah. Di Jeli, setiap mereka yang datang untuk melakukan semakan nama di bangsal panas Umno dihulur wang RM50. "Saya bersama isteri pergi ke bangsal panas Umno setelah diberitahu orang kampung, setiap semakan yang dibuat akan dibayar duit. Saya pergi dengan isteri ke bangsal panas Umno. Petugas Umno di situ hulurkan RM50 setiap seorang," kata seorang penduduk yang tinggal di Manek Urai tetapi mengundi di Jeli, kampung asal isterinya.

9. Di Jeli juga, seorang peniaga membuat laporan polis apabila anggota tentera di Kem 301 mendakwa, ketua mereka memaksa supaya mengundi BN. Bukan sekadar mempengaruhi mereka mengundi, tetapi beberapa keping duit warna merah turut dihulurkan. Di kawasan itu terdapat kira-kira 2,000 undi pos di kalangan anggota tentera.

10. Seorang perempuan di Sekolah Kebangsaan Kelaboran, Tumpat gagal membuang undi selepas ada orang lain yang datang mengundi menggunakan kad pengenalannya lebih awal. Ekoran itu, Penghulu Mukim Kelaboran dan perempuan terbabit dalam linkungan 50-an membuat laporan di Balai Polis Tumpat.

11. Peratusan keluar mengundi yang sungguh luar biasa juga menjadi tanda tanya semua pihak. Apa sebenarnya yang berlaku? Misalnya di DUN Langkap, Terengganu peratusan keluar mengundi sehingga mencapai 97.99 peratus. Begitu juga DUN Manir, mencecah sehingga 98.33% peratusan keluar mengundi. Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya. Menjadi satu rekod dunia di banyak DUN. Siapa yang datang begitu ramai, kalau bukan penghuni hantu atau pengundi hantu secara fizikal tidak datang tetapi ‘back up kertas undi’ sudah disediakan dari awal.

12. Jumlah kertas ribuan undi tidak dikembalikan juga menjadi satu lagi rekod yang menjadi tanda tanya semua pihak.

13. Kelemahan semakin menyerlah apabila akhbar menyiarkan gambar pemilih yang membuang undi dirakam dari atas. Gambar tersebut secara jelas merakamkan detik-detik seorang pemilih lelaki dan perempuan sedang memangkah. Secara terang-terang ini melanggar peraturan pilihanraya. Di mana lagi kewarasan kenyataan Pengerusi SPR, kononnya kertas undi adalah rahsia. No siri pada kertas undi yang kemudiannya dicatat oleh petugas SPR sudah cukup membuatkan kakitangan kerajaan, pelajar-pelajar universiti dan penerima-penerima bantuan kerajaan merasa resah.

14. Dek kerana terlampau banyak sangat pembohongan maka ia tidak dapat ditutup lagi walau SPR dan parti pemerintah telah mencuba bersungguh-sungguh.

Sandiwara yang berlaku di sebalik tabir SPR benar-benar mengusarkan. Mungkinkah lunas-lunas demokrasi sudah jauh dinodai. Kalau inilah suasananya, biarlah BN kekal menguasai negara sampai bila-bila dan tidak perlu lagi diadakan pilihan raya umum. Apabila PAS/BA/DAP menuntut pilihan raya diadakan semula, kes-kes yang berlaku di atas sudah cukup menguatkan hujahnya. Buatlah berapa kali pilihan raya sekali pun selagi ketelusan tidak ada, pastinya kemenangan akan berpihak kepada parti yang memerintah. Selepas itu, tidak payahlah ada parti PAS/BA/DAP lagi dan kita semua boleh hidup dengan aman di bawah satu sistem yang adil dan telus (SPR).

Memang list pengundi dah dibagi pada setiap wakil calon...pihak pembangkang dapat list tu bertarikh 5/3/04... yang tu ok... tetiba SPR bagi 1 lagi list bertarikh 15/03/04... yang tu yang banyak silap... ada tempat tu sampai kene panggil FRU coz ramai orang marah tak leh ngundi... dekat 1,000 orang gak la tak leh ngundi coz nama takde dalam list... check nama ramai dah tercampak ke tempat lain... ada yang sampai ke Kelantan pon ada padahal meka pegi sana pon tak penah...diaorang komplen SPR... cakap meka ikut arahan... yang kita tau lain tempat yang problem tu pon disebabkan oleh 2nd list SPR tu... dari mana datangnya list ni ?... ada tangan magic ke yang masuk campo?

Satu lagi nak share kisah di satu tempat... saperlah yang bodo sangat buat keje nih... kalo nak menipu pon pandai-pandai la sket... ada ke amik bangla yang hari-hari ada kat pasar tolong orang berniaga meka amik jadi pengundi antu... kene cekup la apa lagi... terkejut makcik sorang ni tengah beratur nampak bangla ni... i... eh camne ko bole ngundi lak... pastu repot kat pengurus parti... bila tanya dia ngaku dapat RM150 untuk ngundi 3 tempat... bila serah kat meka... cam biasa reply meka "kami akan siasat",... ini yang kita nampak, yang tak nampak baper ramailah agaknya... tanya sape wakil calon kat tempat ngundi tu... bila kita komplen kat pegawai SPR kata si polan ni dah undi lebih 3 kali meka buat tak tahu je... bile komplen kat polis meka kata luar bidang kuasa...

Apa citer bas-bas persiaran yang bercermin gelap yang kene tahan kat Dungun tu... orang ramai tahan pastu driver bas tak turun-turun... last-last polis datang kata biarkan mereka lepas kalo tak nak kene tindakan... tanya la penduduk situ... ada ke kat news n paper kata bas tu bawak bebudak Khidmat Negara... semua dah direpot tapi kita rasa meka takkan amik tindakan... kalo dah guna Polis, SPR, JPN, budak-budak kilang tak menang gak tak tau laa... itulah sedihnya tentang demokrasi kita. Tatkala dunia semakin mengenal erti kebebasan... kita pula semakin diperbuduhkan!!!

5 tahun lagi kita tunggu jelah... tahun ni merupakan tahun terakhir puak-puak pembangkang dapat mengundi...lepas ni SPR akan mendelete semua nama yang menentang kerajaan... senarai nama beserta no giliran dah tersedia... susah sangat ker kerajaan nak menipu lepas nih!... senang cerita... tak yah buat pilihanrayalah!!! demokrosi kunun...apa punya demokrasi dah...

Apa bakal terjadi selepas tragedi 21 Mac??? Menurut sejarah Melayu feudal Umno, berikut adalah kemungkinan yang akan berlaku:

Pengerusi dan Setiausaha SPR akan meletak jawatan bagi mengabui mata rakyat. Selepas itu mereka akan diberikan imbuhan yang lumayan. Mungkin Rashid akan dihantar ke luar negara, sebagaimana yang berlaku kepada Menteri Kewangan II, Mohd Nor Yaacub (selepas manghanguskan duit BNM sebanyak RM11 billion), untuk beberapa tahun sehingga Melayu lupa - bukankah Melayu Mudah Lupa?

Suruhanjaya diRaja akan ditubuhkan, yang hanya akan dianggotai oleh haiwan-haiwan peliharaan Umno, bagi menyiasat tragedi 21 Mac. Selepas itu, kulit-kulit buku lapuran hasil siasatan akan disiarkan (dengan gambar warna) oleh media-media arus perdana, tanpa rakyat mengetahui apakah isi kandungannya (mungkin hanya helaian kosong sahaja.) Selepas itu, laporan itu akan dicopkan "Sulit: Akta Rahsia Rasmi." Kemudian, media-media akan mencanangkan betapa telusnya pentadbiran Islam Hadhari Pak Lah.

Kertas Putih akan dibentangkan di Parlimen dan Speaker Dewan Rakyat tidak akan membenarkan pembangkang memperdebatkannya. Isi kandungannya: Semua yang berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian SPR dan BN tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung. Beberapa orang pengawai cabuk akan dipecat. Menurut tatacara pentadbiran telus BN, apabila berlaku penyelewengan yang tidak dapat disorok, yang WAJIB dilakukan hanyalah MENAFIKANNYA dan rakyat semua akan faham bahawa pemimpin mereka tidak pandai dan tidak pernah berbohong. Macam kes Kamaluddin dan SCOMI lah! Ingat apa yang berlaku dalam kes BMF? Ianya telah dimasukkan ke dalam X-FILE.

Kemudian media-media arus perdana (baca: haiwan-haiwan peliharaan BN) akan memuji tindakan di atas. Beberapa orang manusia yang tidak diketahui asal usulnya akan ditemuduga oleh media cetak dan media elektronik - kenyataan mereka: mereka amat berpuas hati dengan siasatan yang dilakukan. Kerajaan amat telus dalam hal ini - kerajaan BN memang Cemerlang, Gemilang & Terbilang - dan mereka memang menyokong Islam Hadhari yang dibawa oleh Pak Lah (walaupun tidak mengetahui apa makna hadhari itu.)

Kemudian, media-media tersebut akan mendiamkan isu tersebut. Ianya akan digantikan dengan pencapaian "gemilang" lagi bergemerlapan oleh kerajaan BN."

Lagi satu kemungkinan, BA akan membawa kes tersebut di mahkamah dan mahkamah akan menolak kes tersebut sehingga jatuh bersepai. Bagi menyedapkan cerita dan menjadikannya lebih dramatik, kesemua peguam BA akan dituduh menghina mahkamah dan akan dipenjara. Kes akan tertangguh sehingga Pilihanraya ke 12. Ingat apa yang berlakukan dalam kes Kerajaan Terengganu melawan Kerajaan Persekutuan dan Petronas? Sedar tak sedar, kes entah ke mana, wang ehsan entah ke mana, alih-alih PMU 11 dan berakhir dan Kerajaan PAS tumbang, ditumbangkan oleh "hantu-hantu" yang diimport.

BILA BUSH UCAPKAN TAHNIAH KEPADA PAK LAH KERANA KEJAYAAN BESAR BN DALAM PMU11, DIA CAKAP " TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN BESAR BN DI DALAM PILIHANRAYA YANG BEBAS DAN ADIL".

HAIRAN JUGA KENAPA DIA SEBUT "DI DALAM PILIHANRAYA YANG BEBAS DAN ADIL". TONGKOK TAMBAH KE? BUSH PERLI KE? BUSH DAH TAHU KE BA NAK CAKAP TAK BEBAS DAN ADIL DAN DIA PREEMPT SUPAYA KOMPLEN BA TAK DIPERCAYAI DI MATA DUNIA DEMOKRASI? BUSH NI DAH HANTAR CIA KE UNTUK SIASAT PILIHANRAYA KITA?

KITA RASA JAWAPAN YANG LEBIH TEPAT IALAH "BUSH BERGEMBIRA DENGAN KEKALAHAN TEROK PAS KERANA ITU MERUPAKAN PAKATANNYA DENGAN PAK LAH DAN BN. JADI MAKSUD DIA, PAS BENAR-BENAR TELAH DITOLAK OLEH RAKYAT MALAYSIA MELALUI SATU PILIHANRAYA YANG ADIL DAN BEBAS. KALAU BUKAN BEBAS DAN ADIL, PENOLAKAN PAS OLEH RAKYAT MALAYSIA ITU (SEPERTIMANA KEHENDAK BUSH OLEH KERANA PAS DIANGGAPNYA KUMPULAN PENGGANAS) BOLEH DIPERTIKAIKAN DAN SOKONGANNYA SEKARANG KEPADA PAK LAH DAN BN TIDAK BERMAKNA".

BERIKUTNYA PAK LAH BEGITU YAKIN DENGAN PEMBANJIRAN SEMULA PELABURAN LANGSUNG ASING.KAN KE KEDUA-DUANYA MENIPU DIRI SENDIRI? PATUT LETAK SABIT RUMPUT DAN TUKUL KAT BENDERA UMNO.





___________________________
Terbitan : 4 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)