Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Perjuangan Mesti Diteruskan

Kita kena tetap teruskan perjuangan terhadap fitnah oleh UMNO/BN walau begitu banyak dakyah yang mereka terbitkan. Kita wajib laksanakan sebagai "amal makruf nahi mungkar", dakyah UMNO/BN melalui media perlu disanggah dan diperbetulkan.

Kita kena teruskan perdebatan kerana dengan perdebatan barulah terpaparnya mana yang benar dan mana yang salah di sisi Allah mengikut ajaran Islam. Memberhentikan perdebatan bererti kita hanya memberi ruang dan peluang dakyah UMNO/BN terus menguasai media dan akan menjadi kepercayaan khalayak.

Kita sudah tahu bahawa UMNO adalah golongan sekular yang prinsipnya kemenangan di pihak mereka mesti mereka perolehi walaupun caranya adalah berdosa. Berdosa bukan lagi menjadi pertimbangan mereka.

Walau pun kita kelihatannya kalah, itu adalah ujian Allah, kerana berolehi kemenangan dalam Islam, bukannya tanpa perjuangan yang payah. Perjuanagan yang payah itu sendiri adalah nilai kemenangan yang sebenarnya. Kemenangan yang senang melalui tipu muslihat itu, adalah yang sebenarnya kekalahan yang paling parah kerana yang meraih kemenangan itu bukan manusia, tetapi SYAITAN.

Di Akhirat kelak manusia yang meraih kemenangan melalui tipu muslihat itu, akan diketawakan oleh SYAITAN.

Kalau yang benar diukur dengan majoriti, apakah umat Islam yang cuma 1 billion dibanding dengan 4 billion umat lain yang non-muslim apakah Islam jadi tidak benar? sebagai Muslim akidah kita "innaddina indallahil Islam"

Semua manusia mampu berubah... cara kehidupannya sekarang kepada cara kehidupan nabi saw dan para sahabat ra... Cuma kenalah berusaha sungguh-sungguh... mereka yang dah berjaya, bersyukurlah akan nikmat-nikmat Allah swt, dan sebagai tanda kesyukuran, bantulah mereka-mereka yang lain. InsyaAllah, kita adalah satu ummat... dan akan masuk syurga sebagai satu ummat.

'kekalahan' sebenarnya hanya ada dalam fikiran dan ungkapan orang yang merasa mereka 'menang'. Bagi pejuang Islam... mereka sebenarnya sentiasa menang. Pertamanya mereka menang kerana diberi hidayah Allah untuk berjuang melaksanakan syariat Allah di negara yang dikatakan milik UMNO/BN sahaja ni!!!

Biarlah mereka tertipu dgn perasaan menang yang mereka perolehi dengan penipuan... Mereka bangga dengan penipuan/kemenangan ini. Mereka akan makan dari rezeki yang mereka kaut dengan penipuan dan menjadi darah daging mereka dan anak cucu mereka... dan mereka tidak akan sedar. Kita teruskan kerja kita...

Kita teruskan kerja kita... membuat kerja-kerja yang berfaedah untuk diri sendiri dan masyarakat seperti bekerja bersungguh-sungguh dan beretika di tempat kerja sama ada makan gaji atau bekerja sendiri sambil beramal dan penuhkan ibadat dengan segala yang termampu... daripada tak puas hati terhadap kekalahan yang tidak memihak kita walaupun rakyat sudah menentukan dan cuba mengacau program-program kerajaan untuk faedah rakyat dan negara, juga menulis e-mail-e-mail yang tak berfaedah seperti mencaci,mengejek, membuat fitnah, meluahkan ketaksuban terhadap sesuatu hanya untuk makanan emosi sendiri yang dimainkan oleh syaitan dll. Pendek kata Pak Lah dan rakan-rakannya sedang bekerja begitu juga kita sebagai rakyat juga perlu bekerja untuk perkara-perkara yang berfaedah... kini adalah masa untuk bekerja bukan membinasa sesama sendiri... begitulah suara-suara mereka yang 'menang'

Rakyat menentukan atau SPR yg menentukan? Apabila ada mana-mana pihak mempertikaikan hal adanya penipuan dan konspirasi dengan menunjukkan bukti-bukti, maka kemenangan BN dalam pilihanraya itu di Terengganu khususnnya tidak boleh dianggap rakyat Terengganu majoritinya yang menentukannya tetapi SPR dan konspirasi itulah yang menentukannya.

Apabila berlakuan sedemikian, iaitu adanya perkara yang dipertikaikan itu dengan bukti-bukti maka pihak Pak Lah dan SPR mestilah mengambil tindakan menafikannya secara ilmiah atau melalui mahkamah, misalnya menyaman mereka yang mempertikaikannya itu.

Selama mana Pak Lah dan SPR berdiam diri dan tidak mengheret mereka yang menuduh itu, selama itulah apa yang dipertikaikan oleh pihak yang mempertikai itu adalah BENAR, kerana mereka telah menunjukkan bukti-buktinya.

Bersubahat mengiktiraf penipuan dan konspirasi itu sebagai mengatakan rakyat sudah menentukan, adalah salah dan berdosa mengikut ajaran Islam. Sebagai melaksanakan "amal makruf nahi mungkar" bagi menyedarkan antara sesama kita melalui e-mail dan forum maya, supaya tidak bersubahat, maka itulah sebabnya kita mengambil bahagian.

SPR tu siapa?...Kerajaan Saper? SPR Siapa?

Deme kan orang kerajaan.
Depa juga kakitangan kerajaan.
Diaorang pun dibawah telunjuk kerajaan.
Mereka pun menurut apa yang kerajaan arahkan.
Malah kesemuanya di bidang kuasa kerajaan.

Kerajaan Saper?

Deme tu macam kita juga, cuma depa lebih berkuasa.
Depa tu boleh arahkan siapa saja untuk melakukan sesuatu.
Mereka juga tidak gentar kepada siapa saja.
Diaorang gunakan kuasa yang ada untuk melaksanakan apa saja yang terlintas di hati.
Kerajaan ada hak kepada rakyat, tapi rakyat tiada hak langsung untuk kerajaan.

Kerajaan dipilih oleh rakyat.
Rakyat memilih kerajaan.
Kerajaan dan rakyat adalah satu. Tapi kerajaan menidakkan suara rakyat.

Ohhhhhhh banyak lagi... kesedihan yang menimpa rakyat.
Betul ker???

Entah!!!

Petandanya... Tuhan nak bagi kaum lain yang mengambil alih pemerintahan negara. Singapura dah lama dah lebur ke tangan kuffar. Penang dalam proses. Terengganu dalam proses akan diramaikan oleh penduduk kaum kuffar.

Sketsa: Hutan Korporat - Abdul Rahman Bin Auff Abad 21

Sambil menghadapi keindahan tasik Putrajaya, menghirup minuman sebelum solat Jumaat. Sempat bicara dunia korporat sambil menjeling tajuk akhbar Ahmad Badawi akan membanteras rasuah ke akar umbi. Teringat kata-kata seorang bekas pengarah di sebuah agensi kerajaan apabila disapa dan mengusik projek-projek besar di kementerian. "Mat!" dia mencubit lengannya sendiri. "Saya tidak mahu kulit anak-anak saya menjadi bahan api neraka!" Direct to the point. Mungkin dia sudah jelak dengan karenah birokrasi sebelumnya.

Abdul Rahman yang dijanjikan syurga yang punya ribuan ekor unta untuk membawa kunci gedung hazanah hartanya kami heret dalam perbincangan. "Kenapa kita tidak boleh jadi jutawan dengan jalan yang manis, yang tidak melanggar syarak?" "Kenapa mesti kita benarkan norm budaya rasuah berakar umbi? Siapa yang mahu dipersalahkan? Penjajah? Kontraktor? Tukang penilai tender? Kerani yang tulis? Peon? Ahli politik?"

"Biasalah brother... siapa yang tidak tergiur dengan projek juta-juta...laksa-laksa..."

"Yang lebih menjijikkan dan cukup jahiliah apabila ada lembu-lembu yang mesti dikorbankan dan lembu-lembu itu diimport dari Rusia, Kazastan, blonde... kemanusian bukan saja terjual dalam akuarium di Bangkok tapi di mana-mana di bumi negara Islam contoh"

"Mungkin Tantawi semasa melawat Malaysia tidak diperjalankan melalui Batu 3 untuk menjeling Carlsberg, Sungai Wai Guiness Stout...Bintang Walk..."

"Oh itu untuk menguji iman kita...bah..."

"Mana amar makruf nahi munkar?"

"Layak ke negara ni dicop baldatun thoyyibah wa robbun ghoffur...?"

"Wallahu 'alam"...

Fresh Oren terus diteguk... Rekabentuk masjid Putrajaya cukup menarik...

Read the Malay Mind Speaks
karangan seorang prof

When I touch "Ketuanan Melayu"
I teringat Keretapi Tanah Melayu
Askar Melayu
Tanah Rizab Melayu
Melayu Pulau Pinang

what has had happened to Dasar Ekonomi Baru? I delved in so much during my varsity days it's a history

I just tickled my prof in school of Malay thoughts He did much of the listening and I did the talking

I am a teacher and a spy

kuperhatikan anak-anak muridku persis yang pernah kugambarkan dalam GENERASI COCA-COLA tercari-cari erti sebuah kehidupan

Ada restoran yang 24 jam dibuka, U can find everything U want... tetapi hidangannya tidak bisa digarap oleh mata, it's very abstract... yang mabuk pun mabuk majazi... carilah chef yang akan membawa kita hanyut di dalam lautan mengingati-NYA

Take Kiroman and Katibin into consideration kemanisan itu datang dalam wijdan

The unfinished business - perjuangan yang belum selesai

"wa sariuu ila maghfirah..." yaumul mahsyar awaits...





___________________________
Terbitan : 5 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)