Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kod Etika yang tidak Bekerja

Camana seseorang atau sesebuah organisasi yang tak beretika nak cerita pasal etika. Apakah semata-mata nak penuhkan agenda atau nak penuhkan helaian muka surat akhbar??? Etika keje Pak Lah nomo 1... wakil rakyat usah pamer kemewahan yang melampaui kemampuan mereka... sorok-sorok la skit yek wahai wakil-wakil bn... pasang kroni pong skang ni orang buleh nampak, kenela sub kroni plak. Mungkin wujud peluang-peluang baru untuk rakyat Malaysia nih... Etika keje Samy Vel... wakil rakyat MIC dilarang minta tanah untuk peribadi... Etika keje bn lagik... isytihar harta sebelom Jun, jadi kok ader harta-harta yang melebihi kemampuan tu, cepat-cepatla pindahkan ke sub kroni plak... Etika keje Ong Ka Ting.... wakil rakyat MCA wajib serahkan laporan perancangan lima tahun mengenai perkhidmatan dan pembangunan yang akan di jalankan... projek masyuk lima tawun skali ker??? Pat pembangkang tu kita pong setuju gak walaupong peluang nak 'makan' tu senipis kulit bawang. Kita ingat zaman Tun dr Mahathir dulu, pong ader etika gak, tapi cerita pasai salah laku nih ader gak, paling kuat pong masuk dalam laci...

sebenarnya tiada apa yang istimewa pun pada etika dan pemantauan yang dilakukan Paklah pada kabinet dan ahli parlimennya itu. Bukankah kita dah tertipu awalnya apabila mula mengambil alih pemerintahan slogan anti rasuah dimainkan tetapi kaki rasuah Malaysia masih tersenarai dalam kabinietnya???

Kita juga ditipu Paklah kononnya akan berlaku adil dan saksama tetapi dalam masa yang sama terus menerus menghukum tahanan ISA dan dilanjutkan lagi tempoh mereka??? Politik balas dendam juga subur di Terengganu yang dipelopori oleh Idris Jusoh. Demikianlah umno!!!

Kita juga dikelentong Paklah bila beliau meperkatakan mengenai pengislaman pentadbirannya namun dalam masa yang sama terus menyuburkan budaya konsert, hiburan melampau, maksiat halal dan masih anti sekolah agama rakyat?

Begitu juga dengan muka warak mahukan hak sama rata diberi kepada parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya... namun ketidakadilan dan penindasan hak terus dinikmati pembangkang.

Etika kerja bn yang dilakukan Paklah kini tak jauh dari modus operandinya yang mahu menipu rakyat dengan imej bersihnya sepertimana Tun Mahathir yang berjaya di awal pemerintahannya... TERGAMAKKAH ANDA PANGKAH BN LAGI???

Tang menteri-menteri tua tu... bukan mudah jugak Pak Lah nak buang begitu sahaja, banyak perkara yang perlu beliau nilai... lagipun Pak Lah dah kata, mana-mana individu dalam kabinetnya yang melakukan kesalahan itulah adalah masalah individu, sila buat lapuran dan beliau tidak akan menyuruk apa-apa apatah lagi nak defend mereka, biar pihak polis atau BPR yang menjalankan tugas-tugas mereka???

Contohnya Fidah... dia ketua wanita yang memang diperuntukkan satu kerusi kabinet, Samy Vello, Lim Keng Yik... dia presiden MIC dan Gerakan, memang dalam peruntukkan masing-masing satu kerusi Menteri... kalau nak mereka tidak dicalonkan jadi menteri, mereka seharusnya tidak memegang jawatan ketua dalam parti-parti mereka... biarlah ahli-ahli mereka yang menentukannya... atau mereka dikalahkan dalam pilihanraya.

Kenapa yek ada orang Islam yang suka memutar belit ayat Al Quran untuk membenarkan benda yang salah.
Contoh: Ayat Al Quran yang mengatakan Tiada Paksaan dalam Agama kepada non muslim, dikatakan juga ditujukan untuk Muslim, jadi kononnya kalau ada saudara Islam kita meninggalkan suruhan Allah, itu adalah Hak mereka, kita tak perlu ambil tahu. Masyallah, apa le nak jadi dengan Muslimat dan Muslimin sekarang.

2 minggu selepas Sepang Circuit, Michael Schumacher sekali lagi memenangi perlumbaan. Kali ini di sebuah litar baru di Bahrain yang dilaporkan telah menelan belanja sebanyak 100 juta Pound Sterling.

Kemenangan Michael memang diduga ramai tapi, yang tidak diduga, adalah kenyataan yang diluahkan oleh komentator. Menyebut mengenai aturcara menyimbah air (lazimnya arak - champaigne), komentator menyatakan: '...but this is a muslim country. So there will be no champaigne. They will use some fritzy fruit juice...'

Oh! Rupanya di negara Islam arak tidak boleh digunakan! Tapi, kan ada yang menyatakan Malaysia ini negara Islam. Camna lak arak digunakan? Pelik ye...:)

Maka komentator itu mengakui bahawa Malaysia BUKAN negara Islam. Arak diharamkan Allah kerana mudarat kepada semua manusia samada Islam atau tidak. Orang kapir luar Malaysia pun faham bahawa Islam Malaysia adalah palsu dan tipu. Hanya Islam Hadhari (Islam palsu acuan Yahudi dan Amerika). Dollah Badawi PM Tipu adalah Hamid Karzai Malaysia.

Di akhir kurun lalu Umno telah melakukan jenayah yang paling besar di abad tersebut. Iaitu dengan menangkap Timbalan Presidennya dan dituduh berkelakuan seperti kaum Nabi Lut. Dengan menggunakan kuasa dan Undang-undang di bawah mereka, prosiding mahkamah paling menjijikkan kita lihat dilakukan oleh Umno. Hingga kini, Umno masih belum bertaubat dengan dosa mereka.

Pada awal kurun ini, sekali lagi Umno menggunakan kuasa dan undang-undang yang ada untuk berkomplot dengan SPR bagi memastikan Umno menang p/raya. Kita telah membaca berkoyan-koyan aduan dan komplain mengenai pelaksanaan GE-11.

Umno menutup kurun lalu dengan jenayah keji kepada seorang... dan Umno membuka kurun ini dengan jenayah keji ke atas ramai orang! ... para penyokong umno diihat bangga dengan jenayah tersebut...

Jenayah tidak akan dapat ditutup dengan undang-undang sekular. Seseorang yang melakukan jenayah, menggunakan undang-undang sekular bagi menutup jenayah yang telah dilakukannya bagi memperlihatkan dirinya benar dan betul dari segi undang-undang; namun dari segi undang-undang Allah, ia hanya akan mendedahkan dirinya kepada lebih banyak melakukan jenayah.

Contoh terserlah apabila Tun Dr Mahathir melakukan jenayah mengikut Undang-undang Syariah, iaitu menuduh DS Anwar melakukan liwat. Dia menggunakan undang-undang sekular bagi menuduh DS Anwar dan membicarakan DS Anwar, juga menggunakan Mahkamah sekular.

Tetapi disebaliknya dari segi undang-undang Syariah, lebih banyak Tun Dr Mahathir yang melakukan jenayah, iaitu melanggar Perintah-Perintah Allah, antaranya:

1. Menuduh Anwar melakukan liwat, sama menuduh orang melakukan zina, tanpa empat saksi. Hukumnya telah jatuh kepada Tun Dr Mahathir sebagai "Khazab" yang dikenakan 80 sebatan.

2. Mencanangkan tuduhan Anwar melakukan liwat hanya berdasarkan kepada cerita yang disampaikan oleh orang-orang yang fasik. Ini adalah satu jenayah mengikut hukum Islam, kerana Tun Dr Mahathir telah melanggar Perintah Allah, iaitu ayat 6 dalam Surah Al-Hujurat.

3. Tun Dr Mahathir enggan menjadi saksi apabila diminta hadir ke Mahkamah bagi perbicaraaan tuduhan Anwar kononnya melakukan liwat, ini menjadikan Tun Dr Mahathir melakukan jenayah syariah dalam bab kesaKsian mengikut Qanun Jenayah Syariah.

Kesimpulannya, dalam usaha untuk menunjukkan dirinya seorang yang baik dan menuduh Anwar melakukan jenayah kononnya meliwat, Allah mendedahkan kepada kita bahawa Tun Dr Mahathir sendiri yang melakukan lebih jenayah Syariah.

Mereka yang menyokong Tun Dr Mahathir dan mengiktirafnya sebagai Pemimpin adalah bersubahat melakukan jenayah dari segi Agama Islam; walaupun mengiktiraf atau bersetujunya itu hanya di dalam hati.

Seseorang yang melakukan dosa, ia tidak akan dapat menutup dosanya itu, melainkan bertanbah-tambah lagi perbuatan berdosanya itu menjadi terserlah! Dalam peribahasa Melayu pun sudah sedia ada; "Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru".

Merujuk kepada isu di atas, kita ingin menyatakan di sini bahawa kebanyakan orang Melayu/Islam tidak sedikit pun ambil peduli tentang undang-undang syariah. Andaikata mereka patuhi undang-undang Islam tentu tidak banyak rasuah, kezaliman, fitnah dll berlaku di negara ini. Mereka lebih berminat kepada undang-undang sekular kerana apabila kes yang berpihak kepada kepentingan mereka, mereka dapat perlindungan istimewa dari pejabat tertentu. Ayat yang pendek sahaja digunakan bagi menutup semua mulut - Not enough evidence. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal pencemaran ini. Kita semua harus dipersalahkan.

1. PAS hanya mementing dan mengeksplotasikan "Agama" dan lupa kepada pentadbiran yang baik. Penduduk hendak hidup. Kalau hidup mesti ada pekerjaan. Jika ada pekerjaan hidup terjamin dan tidak merempat. (Lihat Indonesia - tiada pekerjaan, rakyat tinggalkan keluarga dan mereka yang disayangi dan cari apa sahaja kerja di negara-negara jiran. Jadi hamba orang - buat apa sahaja kerja. Mereka bekerja jadi "maids" bekerja dengan orang kafir. Masak apa sahaja yang disuruh. Pegang itu pegang ini) Bagaimana kita mengatasi masalah ini. Cari ilmu yang cemerlang dan atasi ekonomi yang pincang. Dunia diwujudkan oleh Allah untuk insan. Nikmatilah dunia ini sebelum "diundang" ke sana. Jangan hidup menderita di dunia dan merana di akhirat.(Ini komen mereka- kita tak nak ulas)

2. UMNO dan BN - Kita harus hormat dan segani mereka yang dipilih. Pemimpin yang dipilih mesti mewakili rakyat bukan menjadikan rakyat sebagai "mangsa" mereka. Mengumpul harta banyak-banyak dengan apa cara sekali pun. Jika pemimpin melakukan sesuatu yang "salah" jangan pilih mereka lagi. Tetapi apa yang berlaku sekarang? Sudah terang-terang salah dipilih lagi. Siapa yang mesti dipersalahkan?

Akhir sekali, andainya kita mahu jadi negara yang maju tuntutlah ilmu seberapa yang boleh. Jangan jadi negara yang mempunyai kelas pertama dalam infrastruktur dengan pemimpin yang kelas ketiga atau pemimpin skizophrenik.

Heboh bekas MB Pahang yang didakwa Raja Balak Pahang akan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka. Khalil yang pernah didakwa oleh wakil rakyat Beserah, Datuk Fauzi dengan kes rasuah balak khabarnya akan dilantik menjawat jawatan itu. Desas desus makin kuat bilamana beliau tidak bertanding dalam pilihanraya lepas.

Bekas menteri penerangan ini juga dijangka akan melepaskan jawatan setiausaha agung umno dan bn dan di Melaka cakap-cakap mengenai lantikan beliau disambut dengan rasa kurang senang. Beliau bukan anak jati Melaka dan tak pernah menabur bakti di negeri ini. Ramai rakyat Melaka mengharapkan Tun Ghafar sekurang-kurangnya. Nampaknya inilah hadiah bn untuk orang Melaka. Selepas berjaya membodoh-bodohkan orang Melaka dengan taat setia membabi buta kini diletaknya perompak besar untuk menjadi ketua negeri Melaka. Nasib koranglaaa dan lantikan Khalil nanti akan disambut dengan laungan... hawauuu lahabauuu!!!

Pilihanraya di Indonesia...ish ishh... ada 27 parti bertanding... ni mesti ada kes silap cetak lambang parti macam kat Malaysia ni... yela Malaysia kan kununnya lebih maju dari Indonesia...lagipon penduduk Malaysia yang mengundi 10 juta je... kat Indon nak dekat 140 juta... mesti ada kes silap cetak lambang parti punya ni...lagi pon SPR Malaysia ni antara badan profesional antara yang terbaik di dunia...cekap dan telus... mesti huru hara kat Indon ni... kat Malaysia pengundi Selangor 3 juta pon dah huru hara... apakan pula 140juta!!!

Tahun 2009 kita semua pangkah PARTI SPR... Gambar TS RaSHIT
... dia punya MANIFESTO...

- Hidup mesti SELAMBA dan BERLAGAK...
- Duit MASYUKKKKK semua boleh jadi...
- Kerja untuk KAYA bukan kerja jadi PAPA...
- Biar BADAN BEBAS kepala kena selalu ANGGUK!
- Hidup mesti selalu BERBOHONG... baru HIDUP sejahtera
- Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan TEMBERANG!

Hidup SPR! Hidup SPR! Hidup SPR -
Lagu Semangat parti SPR : Tanya sama itu hud-hud.

Kalau kat Malaysia... mula-mula menang undi majority 54 dan bila dikira semula kalah 500 undi plak... kat Indon kita rasa lagi teruk... mula-mula menang undi 5000... kali kedua kira... kalah 10 juta undi kot!!! syabas: SPR Malaysia bolehhh!!!

TS Rashid tu sure kata..." alaaa kat Indonesia tempoh preparation diorang lama... kat Malaysia kami ada seminggu je... macam cukup!!!

Pilihanraya Malaysia yang punyalaaa nak tipu sana tipu sini dah mencipta sejarah moden dunia sebagai pilihanraya paling tak boleh dipercayai... seharusnya kita rakyat Malaysia berasa malu.

Berdasarkan informasi yang ada, dapat dihuraikan kajian Tun Dr Mahathir yang menyatakan Melayu Mudah Lupa itu ada benarnya. Kajian ini telah beliau jalankan sejak beliau mula-mula joint dalam politik lagi. Sekarang, terpulanglah kepada rakyat Malaysia untuk merenung kepada apa yang telah terjadi pada Malaysia. Sama samalah kita berfikir dengan menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan Allah bersandarkan Al-Quran dan Al-Hadis. Pembangunan yang bagaimanakah diperlukan dalam mengejar kemodenan???





___________________________
Terbitan : 7 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)