Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Air dan Api

Semenjak Paklah jadi PM ni... memang kisah borang ni tak pernah lekang dari mulut Paklah... mula-mula jadi PM dia introduce Borang penilaian pelanggan untuk kakitangan kerajaan... dengan detail dia bagi tau... borang tu mestila ada masa, tarikh dan kaunter mana pelanggan itu melanggan... supaya tindakan susulan senang dilakukan jika terdapat apa-apa masalah...

Semasa pencalonan untuk election baru-baru ni ada anak buah dia kat Johor yang tak reti isi borang sehingga PAS menang tanpa bertanding kemudian Paklah pon hampir-hampir tersingkir apabila SPR menolak pencalonan awalnya kerana berlaku kesilapan pada borangnya sendiri dan sekarang dah menang election Pak lah ajar menteri-menterinya macamana nak buat borang bagi wakil-wakil rakyatnya untuk memantau prestasi mereka... Paklah siap bagitau borang tu kena disubmit 2 bulan sekali... Itulah kisah Paklah dengan borangnya....lepas ni lebih banyak kisah BORANG yang akan kita dengar. Bila pulak Paklah nak buat borang survey... ciri-ciri untuk menjadi umat islam hadhari??? nasib baik Ustaz Pirdaus tak jadi ahli parlimen... ntah apa jenis borang plak nanti mamat ni nak introduce...

Antara tujuan serta matlamat utama diadakan pertandingan sukan adalah menguji kesihatan mental dan fizikal individu, team spirit serta mengeratkan siraturahim di kalangan masyarakat. Manakala menang atau kalah bukan matlamat malah sebagai indicator kekuatan dan kelemahan.

Tapi era kini yang dikatakan moden lagi bertamaddun telah terbalik matlamatnya. Kemenangan adalah segala-galanya tanpa peduli matlamat asal yang murni. Demi kemenangan segala-galanya halal,dibolehkan mengalahkan pihak lawan dengan cara yang cukup kasar dan kotor sampai mencederakan mental dan fizikal pihak lawan atas motto "Biasalah, inilah yang dikatakan pertandingan profesional". Manakala team spirit adalah lakonan semata-mata demi habuan dunia serta takut dicerca oleh boss dan penyokong. Siraturahim pulak putus terurai, yang menang mengejek yang kalah manakala yang kalah tunggu tunggu masa membalas dendam. Ada pulak yang bergolok bergadai untuk berjudi.

Persoalan yang sebenarnya?
Relevankah penyakit pertandingan sukan di atas dengan penyakit pertandingan pilahanraya di negara kita? Tahap seriusnya bagaimana? Dipersilakan untuk sama-sama kita berfikir secara mendalam.

Semua Rasul sejak Adam a.s. hingga Muhammmad s.a.w. membawa Islam. Cuma syariat yang berlainan. Kalau orang Kristian zaman ini menolak bahawa Isa a.s. adalah salah seorang Nabi/Rasul tetapi ambil Jesus dan jadikan dia LORD. Jesus Christ Son of God. Ini tragedi juga ni. Jesus the only begotten Son of God (3:16) ni adalah tragedi umat Kristian. Tetapi apabila orang Islam hari ini sendiri menolak Islam, ia adalah tragedi.

Ada orang berkata kita tidak menolak Islam tetapi aksi proves otherwise... dengan manusia boleh hipokrit, dengan Allah tak perlu berdolak dalih... Allah Maha Tahu. Dalil dari Al Quran yang bermaksud: 'mereka hendak menipu Allah dan orang-orang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar." Surah Albaqarah 2: 09)

UMNO nak ambil tindakan kepada pembelot? hantu pun ikut depa, sapa lagi yang belot ni??? sandiwara Hantu agaknya... Mana tak kurang... hantu pun ada perasaan juga. Kalau tidak cukup makan merekapun tahu juga memerontak. Ingat orang(Utan) umno jangan main dengan hantu, nanti satu hari kamu pula bakal menjadi orang suruhan mereka. Mao Tse Tong (Ketua Kominis) pun pandai bermadah yang maksudnya lebih kurang begini"Jangan di lukis wajah hantu di tembok, nanti ia nya akan menjelma di hadapan kamu"

waktu kecil Mat pernah berkelahi dengan abangnya, abangnya menampar pipinya, aduh sakit! Rasa berdengung sampai ke otak. Mat bertindak balas (sebab Mat tidak bersalah -- bukan mat yang curi duit abangnya) Mat menampar balik abangnya dengan sekuat tenaga... aduh tangan Mat pula yang sakit. Jadi Mat dua kali sakit. Kalau Mat tak balas, Mat cuma sekali sakit; di pipi. Andai Mat tidak balas tindakan abangnya yang tidak usul periksa itu, hati Mat pula yang sakit. Manakah lebih baik: sakit hati kerana memendam perasaan yang marah atas tindakan ketidakadilan, atau sakit tangan kerana membalas tamparan?

-- Sebenarnya semua kesakitan itu tidak perlu ada sekiranya pihak pertama berhati-hati ketika hendak menjatuhkan hukuman.

Kekalahan PAS yang beserta dengan kepincangan SPR & lain-lain agensi dalam PR ke 11, sebenarnya akan diikuti dengan satu peperangan habis-habisan melibatkan saikologi & fizikal bagi melumpuhkan terus pengaruh dan perkembangan PAS dari tersebar kepada seluruh rakyat malaysia.

Semua pimpinan-pimpinan umno/bn sedang merancang sesuatu secara bersama bagi membendung tersebar pengaruh ekstremist sebelah timur, Thailand, Singapore, selatan Filipina dan Australia turut sama-sama terbabit, perancangan ini dibantu juga oleh agen-agen perisikan sulit Amerika yang sedang menyamar & berkeliaran di serata pelusuk Malaysia dll negara sebagai pelancong dsbnya,

Jika perlu, tidak mustahil akan berlaku kejutan letupan BOM di mana saja dan akan dikaitkan dengan ketidakpuasan hati golongan ekstrimist dalam menerima kekalahan dalam PR yang baru lepas !!!...selepas itu disusuli dengan tindakan terhadap ahli-ahlinya...dan seterusnya membawa kepada tangkapan pimpinan-pimpinan yang kononnya memberi semangat kepada tindakan keganasan dan sudah tentu akan mencetuskan perkara-perkara lain yang diluar jangkaan kita semua. Tak mustahil pandangan benci dan negatif terhadap mereka yang taksub kepada gerakan islam akan wujud. Tentu sahaja pengikut yang taksub dan akal pendek akan bertindak menyokong keganasan palsu ini.

Antara rentetan peristiwa dalam perancangan atau mungkin sedang berlaku untuk menimbulkan fahaman ekstrimist agama seperti pejuang kemerdekaan Pattani dan juga pejuang kemerdekaan Selatan Filipina adalah pengganas;

1. Pengeboman sekolah agama di Selatan Tahiland

2. Pembunuhan sami di Selatan Thailand

3. Bom dijumpai di Selatan Thailand

4. Keganasan di Selatan Thai: Seorang pekerja terbunuh

5. beberapa pengeboman kecil seperti kedutaan asing (sekadar bagi takut)

6. penangkapan orang yang akan mengaku melakukan pengeboman.

Fahaman menganggap pejuang kemerdekaan ini sebagai ganas adalah perlu kerana pengaruh PAS mulai nampak berkembang secara Aman melalui saluran aman PR. Tragedi seumpama di SAUK yang ternyata gagal untuk mempengaruhi dan menakutkan institusi Sultan Sultan yang mana secara tidak langsung membolehkan nama Islam tidak dipergunakan untuk pertubuhan dan Parti seperti PAS. Cara alternatif akan digunakan.

Pengakuan kononnya yang didakwa anggota “Jemaah Islamiah @ ringkasnya JI ” yang insaf telah disiarkan oleh TV, salah seorang dari anggota-anggota itu adalah rakyat Malaysia berasal dari Johor yang ditangkap di Indonesia. Pertubuhan JI yang dilabelkan sebagai penganas oleh Amerika sebelum ini, mula mendapat perhatian ramai & media setelah berlakunya tragedi rempuhan WTC satu ketika dulu!... dan belum dibukti benar secara terbuka dan adil akan kewujudannya. Untuk mewujudkan tanggapan negatif, cukuplah sekadar pengakuan-pengakuan liar dari orang tertentu yang kununya yang didakwa sebagai “anggota-anggota”nya.

Pekara ini telah menjadi perbahasan hangat sewaktu perbicaraan Abu Bakar Bahsir & semua itu terbukti tidak dapat dibuktikan sama sekali penglibatan Abu Bakar melainkan dakwaan beliau menjadi inspirasi kepada keganasan, dengan pengakuan rakyat Malaysia ini, kita percaya akan wujud kesan JI seolah-olah memang wujud dan telah menjalinkan kerjasama serantau ( Asia Tenggara ) serta mempunyai agenda-agenda tertentu dan ini sudah tentu dari segi saikologinya menimbulkan ketakutan di kalangan orang-orang awam / islam & juga kepada bukan islam terhadap apa-apa ajer yang berbunyi & berbau islam. Maka kesan langsungnya adalah akan menjauhkan orang-orang & rakyat terbanyak dari islam dan perjuangan yang condong menggunakan Islam.

Dengan kekalahan PAS dalam PR ke11 akan ada tindakan yang di atas namakan sebagi kehendak rakyat tapi sebenarnya adalah untuk menghapuskan terus pengaruh pejuang islam dari terus berkembang, pengaruh sekular cuba disemai kembali dalam minda remaja sekolah / lepasan sekolah / Generasi baru & salah satunya adalah melalui program terbaru yang dinamakan khidmat Negara paksaan!!! yang dijalankan sekarang setelah program terdahulu Rakan Muda tidak memberi kesan seperti yang diharap-harapkan, & ini akan disusuli dengan perubahan-perubahan lain dalam peraturan / system / dasar-dasar pendidikan / belia lain bagi memusingkan minda remaja serta memulihkan kembali sokongan dari kalangan Generasi pelapis baru, dengan itu juga akan melahirkan kader-kader penerus dan pendokong fahaman sekular ini, tanpa program & tindakan yang tersusun & drastik ini fahaman ini akan terus lemah & mungkin terkubur!

umno/bn amat berharap dengan ketokohan Azalina sebagai Menteri Belia & sukan juga sudah tentu akan lebih mempergiatkan lagi perancangan & program-program, aktiviti-aktiviti belia melalui sukan ke arah yang boleh menarik belia-belia & remaja-remaja bagi menyokong & mendokong BN/UMNO dan seterusnya ketidakrelevenan & kemalapan sokongan umno dikalangan remaja semasa refomasi mula memuncak dulu akan kembali relevan semula!!!. Remaja sudah tentu akan dipusing & diputar-putarkan minda-minda mereka dengan pelbagai aktiviti & program bagi mengekalkan sokongan terhadap kerajaan sedia ada BN/UMNO.

Mulai sekarang semua berita-berita dari media-media UMNO/BN mesti memberi perhatian dengan penuh serius & halusi kerana ada sesuatu disebalik yang tersurat tersebut, akan disusuli dengan tindakan lain selepas itu!!!





___________________________
Terbitan : 8 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)