Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Damai Yang Kucari

Ulamak umno kata gini/ ulamak PAS kata gitu... ulamak PAS kata gini/ulamak umno kata gitu... mana satu nak ikut? Adakah ulamak-ulamak ni masa mengaji dulu pakai Al Quran/hadis yang berlainan? Dan lagi satu, dulu masa dalam PAS ustaz Nakahie cerita lain... bila dah umno cerita lain! Dulu dalam PAS pakai ketayap bila dah umno dah tak pakai... Ustaz Pirdaus pulak dulu masa jadi imam pakai serban tapi bila masuk umno pakai songkok tinggi? adakah parti pun ada kod etika berpakaian?

Beginilah yang dikatakan habis madu sepah dibuang, siap denda RM100... JPN sekarang sibuk nak denda sesiapa yang tak tuntut mykad dalam tempoh 3 bulan. Denda akan dikenakan RM100 kepada pemilik mykad tersebut. Apsal sebelum pilihanraya tak kecoh sikit pun suruh tuntut? selepas p/raya baru kecoh siap nak denda lagi... antara sebabnya hantu yang dibaruakan telah menjalankan operasi dengan gigih dan taat setia. Apa-apapun RAKYAT TIDAK BERSALAH... YanG SALAH ADELAH PEMIMPIN BN...tapi kalau rakyat tak sokong pemimpin-pemimpin tu macamana mereka boleh naik merintah?

umno/bn menang pemilu belum tentu benar dalam segala segi... Adakah kita bersetuju mengatakan Allah bersama orang yahudi? Bila mana orang islam Palastine belum menang dalam melawan yahudi? Perompak yang berjaya merompak bank menyebabkan bank muflis, kemudian disuruh terima takdir oleh perompak itu... kes penipuan SPR dalam PRU11 baru-baru ini... kalah-menang adat perlawanan, kalau menang secara mengilat, score 10 goals secara handball, pastinya akan ada bantahan dari pihak yang kena tipu... itu lumrah... kalau menang bersih, tak ada sesiapa pun nak bising-bising...

Sebalinya khabarnya Ustaz Pirdaus mengamuk di Permatang Pauh... kalau 1-2 undi tak perlah, ini dekat 1000! Heran juga ye Al-Hafiz berperangai camtu mungkin terkena sihir UMNO ke? Bukan terkena sihir. Sebenarnya dah angau, terkilan kerana hantu-hantu belaannya tidak dapat menandingi hantu-hantu suruhan Masitah. Itulah lain kali jangan nyanya Wanita yang suaminya di inanya. Hantu pun ada perasaan kesian. Dia ternampak habuan donia... tanya si Pirdaus tu kalau tak caya, takkan dia nak kata demi keadilan dan perjuangan yang 'diredhai' Allah... macam si Rashid SPR tu, pantang ditanya pasal p.raya, terus dibalasnya, dah kalah, kalahlah, apa nak komen-komen lagi... Ustaz Pirdaus tak dapat pertunjuk ke? takkan baru balik umrah sudah hendak mengamuk. PETUNJUK YANG DIA DAPAT ADALAH DARI PAK LAH MACAMANA PUN PERMATANG PAUH MESTI DIAMBIL. Dia baru balik umrah... dengan Pak Lah, dengar kata dia dah bertaubat sebab buruk kelakuan semasa berkempen kat Permatang Pauh tempohari. Buat masa sekarang ini dia asyik termenung kerana malu nak tunjuk muka kat public. Sementara Pak Lah seperti biasalah `Damai (baca projek) yang ku cari`

Ciri-ciri melayu hadhari - berbangga dengan KLCC yang bukan depa punya, KLIA yang kerabat Tun Dr Mahathir dapat habuan, F1 yang kroni Tun Dr Mahathir jugak yang sapu, Putrajaya-anak Tun Dr Mahathir melalui Putrajaya Holdings yang dapat wang melalui bayaran sewaan kepada jabatan-jabatan kerajaan! Untuk rakyat marhain pula... skim baucer tuisyenpun nak dipolitikkan ? Inilah akibatnya bila bermula dari tempat yang tak betul... Adun Limbongan, Drs Zainuddin Ag Hamat berharap kerajaan tidak melakukan diskriminasi skim baucer tuisyen sekolah rendah untuk murid berpendapatan rendah.

Penipu dapat kuasa cam tu la... rosak habis!!! Peliknya UMNO ni sampai di luar jangkauan otak manusia... apa nak jadi ngan orang melayu (UMNO) ni... menyelam sambil minum air... buat penguatkuasaan kesihatan di semua kedai makan...sambil mengecheck & menulis... sambil tu ambil banyak pulak tea, kopi, milo sampai habis bekalan nak buat ayaq yang dipesan oleh pelanggan. Pelanggan merungut apahal lambat buat ayaq... pelayan jawab tokey pi beli bekalan kat kedai. Pelanggan terpaksa tunggu...apa kebenda penguatkuasaan ini... takkan nak buat test kot ada kuman... jika nak buat test takkan ambil semua milo & kopi. Ini dia penguatkuasan yang ada unsur tidak amanah dalam tugas.

Pemimpin rasuah... rakyat bawahan apa lagi...
Rakyat akan mengikut apa pemimpin buat...
Mereka boleh balun berjuta-juta... rakyat bawahan takkan tak boleh kot...
Segala permasalahan yang ada takkan selesai...
Pemimpin rosak... rakyat bertambah rosak...

Negara Islam Malaysia berpesta bersure heboh... mengalakkan perbenihan awam maksiat... sekolah pulak pening dengan subjek samseng wajib mati... politik ameno pulak politik melayu kuno zaman gua batu. Di tv & akhbar-akhbar penuh ngan konsert, fashion, minuman keras, dedah aurat makin rancak

Awang Adek 'bijak sungguh'... ajak orang PAS masuk umno... kerja 'baik' sepatutnya tak payah panggil orang PAS... buat jer universiti barulah orang percaya yang umno penting rakyat... awatlah hang ni.. sikit punya best masuk umno apa... baru aje menang pilihanraya sudah dapat projek berjuta RM dari syarikat umno MRCB. Itulah aku ajak hang masuk umno hang tak ndak.

PM yang kita kasihi dok kata YB-YB yang terpilih masa pilihanraya mestilah menjadi seorang "Yang Bekerja" @ kuli rakyat. Masa zaman Tun Dr Mahathir, ada menteri (saja buat-buat lupa nama dia) yang lebih suka buat duit dari jaga kementerian dia. Buat duit juta-juta itupun cuma pocket money je.

La ni, (sejak dua tiga hari lepas ada berita keluaq suratkhabar) ada seorang YB(bukan menteri tapi ada soksek-soksek nak bertanding peringkat tertinggi UMNO) dok sain contract belian hartanah juta-juta dengan KL Sentral untuk company dia. Kayaa tuuu. KULI RAKYAT YANG KAYA TERLAMPAU... KALAU DAH BIASA JADI "KING", MAHU KE JADI KULI? Kalau ada duit bertaraf kuli sahaja, macam mana nak tulung bila seorang kuli datang nak minta bantuan anaknya nak masuk IPTA? Mungkin akan wujud pula trend YB-YB menadah tempurung mengemis untuk nak hidup betul-betul sebagai kuli. Mungkin pada masa hadapan tak ada siapa yang berminat nak menjadi calon untuk bertanding, kalau trend pemimpin yang menang pilihanraya hanya berakhir dengan hidup sebagai pengemis (mempunyai banyak hutang,isteri lari dan anak-anak huruhara).

Sebuah riwayat diambil dari Al Bidayah wan Nihayah nya Ibnu Katsir bahawa Saidina Umar ibn al Khatthab ra. Telah mengirim pasukan muslim di bawah pimpinan Sa'ad bin Abi Waqas yang dikirim untuk menaklukkan Parsi. Ia (Umar ra.) menulis sepucuk surat kepadanya, sebagai berikut:

Saya memerintahkan engkau dan pasukanmu untuk takut kepada Allah pada setiap saat kerana takwa adalah senjata terbaik menghadapi musuh dan strategi terbaik dalam peperangan. Dan saya memerintahkannmu dan pasukanmu untuk takut melanggar perintah Allah SWT lebih dari ketakutanmu terhadap musuhmu. Jika sebuah pasukan lebih takutkan berbuat dosa dari pada musuh mereka, Allah SWT akan memberikan kemenangan. Untuk orang Muslim kemenangan adalah hasil dari ketidak-taatan orang-orang kafir kepada Allah SWT.

Ingatlah bahawa tidak ada kekuatan kecuali bersama Allah, walaupun mereka selalu lebih banyak dari kita dan memiliki persenjataan serta perlengkapan yang lebih baik. Jika kita sama seperti mereka dalam ketidaktaatan kepada Allah SWT, mereka akan menaklukkan kita dengan senjata mereka yang lebih hebat dan jika tidak kita taklukkan mereka dengan adil, kita tidak dapat menaklukkan mereka dengan kekuatan.

Kalian harus belajar bahawa kalian memiliki beberapa Malaikat bersama dengan kalian yang melindungi kalian dan amal kalian. Jadi berhati- hatilah dan jangan melakukan suatu dosa ketika kalian sedang berjuang di jalan Allah SWT. Dan jangan menganggap musuh kita lebih jelek dan mereka tidak dapat mendapat kemenangan dari kita walaupun mereka melakukan perbuatan dosa. Banyak bangsa yang telah jatuh ke tangan bangsa yang lain yang mereka kurang memiliki keyakinan sebagaimana Bangsa Magi yang mendapat kemenangan dari Bani Israil ketika mereka melakukan perbuatan dosa.

Kalian harus meminta kepada Allah SWT kemenangan terhadap diri kalian sendiri sebagaimana kamu meminta kemenangan terhadap musuhmu. Mintalah kepada Allah SWT untuk kami dan kamu sekalian.





___________________________
Terbitan : 9 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)