Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Islam Hadhari umno vs Islam PAS

Deme taruh ler apa jenis Islam pun... Islam PAS ker... Islam UMNO ker... Islam Hadhari ker... Islam Turki ker... Islam Bangladesh ker... Islam MILF ker...Islam Osama ben Laden...aper aper laaa Kalau tak ikut Al Quran n Sunnah = SESAT. Islam tetap Islam tiada yang lain melainkan Allah n Rasul.

Islam HADHARI tu... bila hari Jumaat pakai baju melayu... time raya cine... pakai ceongsam... time deepavali pakai sari...heheeee ISLAM moden yang ikut peredaran zaman...cam sesumpah plak...Sekadar makluman, Islam Hadhari ikut dari segi bahasanya ialah Islam yang beradab. Hadhari ialah perkataan arab 'hadharah' yang bermaksud peradaban, jadi apa yang cuba umno perkenalkan nie sebenarnya ialah Islam yang boleh bertolak-ansur. Itu yang bahayanya kerana kalau tak de pendirian tegas silap-silap boleh menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal.

Satu lagi, ia adalah usaha nak menempelak pimpinan PAS yang dikatakan banyak menyalahgunakan agama Islam seperti mengatakan 'serangan berbentuk peribadi boleh digunakan', Allah bersifat 'samseng' dan sebagainya... kita semua dah matang, boleh berfikir... mana baik mana buruk. Apa yang penting, sebarang keputusan yang nak dibuat kenalah pertimbangkan dari kedua-dua belah pihak... Jangan terima bulat-bulat apa yang media tunjukkan yang terang-terangan memang berat sebelah. Apa salahnya beli paper HARAKAH, at least kita tau cerita daripada dua-dua side... then baru buat keputusan saper yang berada pada yang haq dan saper yang bathil.

Islam hadhari bukan maksudnya islam yang beradab, peradaban tu maksudnya tamaddun. Islam hadhari kalau difahami dari segi istilah... adalah islam tamaddun, pasal istilah tu dah dimelayukan. Kalau kita nak fahami perkataan hadhari tu merujuk kata hadharah, maka istilah islam hadhari sepatutnya disebut sebagai hadharah islamiyah.

Satu pengakuan daripada seseorang mengapa dia pilih UMNO...

Saya mempunyai hak untuk menyertai mana-mana parti samada UMNO, PAS atau Keadilan... (Parti ini mempunyai ramai orang melayu sebagai ahli)... Saya buat keputusan untuk pilih UMNO... Adakah saya bodoh atau dungu memilih UMNO... Saya memang pernah dibodohkan oleh kawan-kawan dari Parti PAS dan Keadilan kerana tak menyertai mereka...

Kawannya yang pro-umno menyokong sebagai bijak kerana memilih UMNO. PAS tu banyak caaakap... kacau je UMNO nak majukan negara di samping nak kayakan diri sendiri. UMNO ada kepimpinan melalui teladan bermaksud... pemimpin kena kayakan diri sendiri dulu pastu rakyat dimotivasi supaya mengambil contoh kekayaan YB dengan kerja kuat dan membodek supaya boleh jadi kaya jugak. kerana fitrah manusia yang berakal pendek ialah nampak benda dulu baru boleh berfikir rasional, atau dalam kata lain, Jadi dulu baru boleh fikir kebaikannya. Ini dapat dilihat majoriti manusia melihat bila sesuatu skim cepat kaya, walaupun tipu... ini konsep mudah menguasai manusia... cuma ada segelintir seperti makhluk bernama PAS yang harus diajar melalui caaakap banyak di ISA. Layanlah Polis kami yang bergaji tu bersembang muhahahahaah.

Kawannya yang pro-PAS memberi komen... seperti anda... begitu juga dengan penyokong parti pembangkang yang juga mempunyai hak untuk menyertai mana-mana parti... saya juga memilih PAS kerana saya yakin PAS di pihak yang benar... sebagaimana anda yakin dengan parti anda, begitu juga saya... terpulang kepada individu itu sendiri... saya nak tanya anda satu perkara, apa maksud anda dengan kata-kata... 'dibodohkan oleh kawan-kawan dari parti PAS dan keadilan kerana tak menyertai mereka?'... sebenarnya bukan orang lain yang memperbodohkan diri kita dalam membuat penilaian... kita yang memperbodohkan diri kita sendiri kerana tak reti nak menilai mana yang baik dan sebaliknya... jika pendirian anda teguh kepada umno, itu hak anda... terpulang kepada anda untuk menilai, anda tak boleh menuduh orang lain kerana memperbodohkan anda semata-mata kerana tidak menyertai parti PAS mahupun keadilan... jadi, jika anda benar-benar yakin dengan parti anda, buktikanlah, berusahalah untuk mengubah pendirian parti pembangkang supaya turut sama menyertai anda, tapi... dengan cara yang betul... sebelum kita menuding jari kat orang, kita tengok diri kita dulu...'satu jari menuding ke arah orang lain, manakala yang empat jari lagi dah tentu menunjuk ke arah diri kita sendiri...'

Komen yang lain...masuk UMNO sebab...

1. Buleh tengok konset selalu
2. Buleh peluh-pelu cam akedemi fantasia
3. Buleh main judi kat genting
4. Buleh dapat duit banyak time pilihanraya
5. Buleh minum-minum cam Hisham
6. Buleh simpan pompuan
7. Buleh pakai kete beso
8. Buleh buat umah beso-beso
9. Buleh terima rasuah... dikira rezeki tepijak...orang nak bagi... amik
10. Buleh dapat projek juta-juta
11. Buleh segala-galanye... sebab Malaysia boleh...!

Malaysia Boleh!!! ... undilah Barisan Nasional untuk kesenangan di dunia...kan...kan...kan....kenapa saya menjadi ahli umno PARLIMEN SETIAWANGSA? tapi kenapa saya mengundi di DUN KOTA? dan kenapa saya memangkah PAS di dun KOTA dan memangkah BN di PARLIMEN REMBAU? mengapa? jangan biarkan hidup anda diselebungi misteri...UMNO... aku tak pilihpun UMNO.. aku pilih barisan nasional jak...

Kawannya yang pro-umno berkata... cuba kita renungkan apa yang orang-orang PAS dah lakukan...

Kita penyokong UMNO beranggapan bahawa penyokong Pas adalah saudara seagama dengan kita. Kita menyangka penyokong Pas menganggap kita Islam macam mereka. Mana tidaknya, kita penganut Islam yang mengamalkan rukun Islam dan percayakan rukun iman. Lantas selepas pilihanraya ini, kita sering menyeru kepada perpaduan sesama Islam, yakni Pas jangan membenci UMNO dan begitu juga sebaliknya.

Lalu dalam Al-KULIAH TV3, petang Jumaat 26 Mac, kita terjemahkan firman Allah bermaksud "Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang berpecah belah dan berselisih sesudah datangnya keterangan yang jelas ...".(Ali-Imran : 105).

Firman Allah yang lain pula bermaksud "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah....".(Ali-Imran : 103).

Kita percaya bahawa penyokong PAs dan UMNO adalah Islam (kecuali yang bukan Islam) maka percayalah kita bahawa maksud firman Allah itu ditujukan kepada kita semua orang-orang Islam (PAs dan UMNO).

Rupa-rupanya pengalaman selama sebulan di Kelantan sepanjang musim pilihanraya lalu mengejutkan saya. Di sebalik kegembiraan ekoran kemenangan UMNO setelah sama-sama berpenat lelah, ianya turut membangkitkan rasa kecewa kerana masih ramai penyokong PAs yang tidak menganggap bahawa penyokong UMNO adalah saudara seagama dengan mereka.

Malang sungguh apabila penyokong PAs tetap bertegas dengan anggapan "sesiapapun yang tidak menyokong perjuangan PAs adalah bukan penganut Islam sebenar", kononnya "Islam orang UMNO ialah Islam munafiq dan fasik kerana UMNO tidak pernah menyebut hasrat melaksanakan hudud".

Kefahaman penyokong PAS ini tentang Islam amat jauh menyimpang. Di mana-mana pun penyokong PAS mengaitkan parti itu dengan Islam. Apa pun yang mereka lakukan seolah-olah lebih diredhai oleh Allah kerana mereka dari parti Islam. Apa pun yang dilakukan oleh penyokong UMNO adalah sia-sia belaka. Dakwa mereka kerja-kerja "orang munafiq dan fasiq adalah sia-sia di sisi Allah", Itulah kejahilan penyokong PAS yang terserlah di mana-mana.

Selama lebih sebulan di Kota Bharu, Jeli, Kuala Krai dan Bachok banyak menyedarkan saya bahawa walaupun kita semestinya tidak berputus asa, kerosakan yang berlaku ini terlalu parah untuk dipulihkan. Luka yang dihasilkan oleh pemimpin PAs terlalu dalam. Di Kg. Legeh, Jeli, penyokong Pas beranggapan bersentuhan dengan penyokong UMNO batal air sembahyang walaupun sesama lelaki.

Seorang bernama ayah Leh, adik ipar kepada TG Nik Ajis di Kg. Legeh pernah menikahkan semula pasangan kerana pernikahan mereka semasa dalam UMNO tidak sah. Haram makan sembelihan orang UMNO dan jari dibalut konon sakit dan tidak boleh menyuap nasi. Gulai diberi, pulang ke rumah dibuang keluar melalui tingkap. Ada pula yang sedang solat, tiba-tiba menyedari bahawa imam adalah orang UMNO, lantas berhenti solat dan meningggalkan masjid.

Di Mesjid Ar-Rahman, Km 6, Jln. Pasir Mas-Tanah Merah, terpampang di papan kenyataan masjid petikan ucapan Tg Nik Ajis di Persidangan DUN bahawa "sesiapa yang tidak menjelaskan bayaran bil air, maka walaupun solatnya diterima Allah tetapi tiada mendapat sebarang pahala dan menjadi orang yang tiada aset di akhirat kelak". Tertanya bagaimana jika TG Nik Aziz sendiri selepas solat dan berceramah di mesjid, khatib atau imam memaklumkan Nik Ajis bahawa bil air masjid belum dibayar. Apa jadi kepada solat Nik Ajis?. Bagaimana Air yang digunakan membancuh simen membina masjid?, bagaimana pula air dirumah-rumah di mana penghuninya yang tidak membayar bil tetapi menggunakan air untuk mandi wajib? Adakah TG Nik Ajis tidak mengetahui semua ini? Adakah Hj. Hadey tidak perasan hasil kerja mereka atau adakah itu yang sebenarnya mereka berdua mahu?

Sebelum kita bercakap soal perpaduan sesama Islam dengan PAS, elok ditentukan otak mereka semua ni OK, supaya mereka faham bahawa kita orang UMNO adalah Islam. Tidak mungkin menjadi kafir, fasik dan munafik hanya kerana tidak bersetuju dengan PAS. Mungkin ada dikalangan kita yang akan berkata, persetankan anggapan PAS terhadap UMNO. Saya yakin lebih elok kita tidak mengambil jalan mudah dalam soal ini, kerana meraka adalah sebenarnya aset bangsa kita yang perlu diperbetulkan dengan penuh bijaksana. Jangan dibiarkan luka bertambah dalam, kerana kuman akan tentunya mengambil kesempatan.

Jika ini tidak dapat diatasi, marilah sama-sama kita berdoa agar Nik Ajis dan Hj. Hadey dipanjangkan umur mencapai ratusan tahun. Ya, dipanjangkan umur agar mereka sempat melihat dengan mata mereka sendiri kerosakan yang berlaku hasil kerja-kerja terkutuk mereka. Jika tiada juga keinsafan, maka sahlah mereka adalah sebenarnya suku sakat...

Kawannya yang proPAS berkata... jika... memang terjadi perkara ini... aku lebih rela berada dikumpulan yang ingin menegakkan AMAR MAHRUF NAHI MUNGKAR daripada kumpulan yang menolak hukum Allah SWT... sedangkan hukum Allah boleh ditolak... apa lagi yang lain lain... selama nih... jika difikir-fikirkan... segala kuliah kat TV3, mahupun apa-apa ceramah yang dibuat pihak kerajaan, tiada apa yang berubah... kuliah dan ceramah oleh pihak kerajaan hanya setakat di mulut sahaja... tiada tindakan... tiada perubahan... dari satu isu ke isu yang lain... tiada perubahan yang ada kat dalam kerajaan. Fungsi ceramah macam Forum Perdana, Kuliah dan sebagainya hanya setelah habis ceramah tuh.. fungsinya sama dengan NAM... setakat majlis je.. kutuk-kutuk Amerika... tapi masih lagi berurusan dan segala segi dengan Amerika... setakat di bibir je lah... kalo dah kutuk Amerika tuh... boikot la barangan diorang... bukan nyer diorang je yang ada barang tuh... tempat lain pun ada jugak.. tapi nak buat cam maner kan... sendiri pikir la.. aku nak cakap kat orang-orang UMNO nih... setakat cakap je.. tapi takde perubahan.. baik dok diam je lah...

Ada suara yang menyampok, katanya ada baca statemen TG Nik Aziz berkenaan gabungan orang melayu.TG Nik Aziz anytime akan bubarkan PAS jika Umno menjadikan Islam sebagai pemerintah bukannya di perintah. Beliau masih tertanya-tanya kat diri sendiri, kalaulah umno nakkan orang PAS masuk umno atas sebab ape yea??? mungkin sebab perpaduan dan pembangunan dan bukanya sebab nak jadikan islam sebagai pemerintah. Terpulanglah pada kita semua nakkan yang mana... tak perlu nak kutuk mengutuk caci mencaci di antara kita sesama islam. Di antara kita ni pasti ada yang benar dan ada yang salah.

Ada pandangan yang mengatakan kena mengkaji islam secara keseluruhan. Jangan seperti sesetengah kita yang seperti memakai lipstik. Katanya tak payah le dia nak ulas dengan panjang lebar kerana kita sendiri pun telah tahu. Anda bertanyalah pada ulama-ulama pondok yang tidak berkepentingan dalam hal ini. Amat malang bagi kita yang cetek ilmu agama mengkritik bab agama tanpa menyelidiki secara keseluruhan terlebih dahulu. Kita hanya mengambil apa yang sesuai untuk membetulkan kita tanpa mengambil keseluruhan islam itu sendiri. Saya ingin bertanya pada saudara kenapa anda tidak memakan anjing kerana tidak terdapat sepotong ayatpun di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa anjing tidak halal dimakan. Mengapakah selain dari anjing dan babi kita juga diharamkan memakan binatang yang memakan bangkai kerana tiada satu ayat pun dalam Al-Quran menghalang kita? Mengapakah kita diharamkan memakan binatang buas yang menggunakan paruh dan kuku untuk menangkap mangsa? Jadi untuk anda bercakap tentang Al-Quran fahamilah bahawa islam itu keseluruhan bukan cut n paste. saya juga masih belajar walaupun agak terlewat. Jadi carilah ulama akhirat untuk belajar hukum islam bukan ulamak dunia atau ulamk suK seperti kata Imam Ghazali...

Kawannya bertanya... maksud anda apa yang halal di haramkan dan apa yang halal di haramkan? saya kurang jelas? apakah dengan menikahkan lain pasangan kahwin?

Jawabnya... anda perlu faham bahawa iman seseorang tidak sama. Anda perlu faham syarat nikah dan kahwin bukan setakat apa yang kita faham... Sesetengah penganut Islam amat teliti dalam hal ini. Meraka akan halusi sehinggakan ke tahap kefasikan seseorang. Aku pernah bertanya apakah hukum kita mengikut imam yang fasiq... hukumnya haram jika ada yang tidak fasiq dan harus jika tiada orang lain. Jadi mungkin pengikut PAS tersebut mengambil hukum haram lantas menyatakan bahawa nikah itu tidak sah. Jadi aku pernah bertanya boleh ke tidak kita menilai kefasiqan sesorang??? Jawabnya boleh dengan berlandaskan garisan-garisan yang diberikan dalam islam. Aku bagi contoh kefasiqan terjadi sekiranya kita melakukan dosa-dosa kecil seperti menghisap rokok. Aku tak mau komen tentang orang lain tapi aku memang tengok tv salah satu penyebab kefasiqan. so nak komen tentang orang lain yang lebih berilmu aku tak berani... tapi hukum ada halal dan haram dan ada di antara keduanya keharusan. Dalami ilmu agama sebelum kita menilai perkara yang berlaku... ikuti kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir kalau nak tau lebih lanjut!!!

Kawan yang proPAS berkata kepada kawannya yang pro-umno... Hebat betul saudara ni memperkatakan tentang keburukan yang terjadi di kampung-kampung negeri pemerintahan PAS, tapi janganlah kita lupa kesan keburukan yang terjadi di bawah pemerintahan kerajaan BN. Contohnya sangat jelas, kita ambil isu moral remaja sekarang ni. Tengok sajalah pada malam sambutan tahun baru, malam merdeka dan sebagainya. Lihatlah macam mane rosaknye moral generasi sekarang bebas melakukan apa saja seperti cara hidup orang barat pulak nampaknye. Fikirkanlah siapa yg menggalakkan suasana maksiat ini berleluasa... sebenarnya dia suka kerajaan buat benda parti dan show free nih... yelah... tak membazir duit... nampak tak bersalah dan berdoa sangat kononnya... sebab menteri pun ada... benda yang datangkan keseronokan free memang la disukai ramai... takda nak melarang... yelah... menteri yang galakkan... disebabkan menteri yang buat... orang macam tuh anggap benda tak berdosa... halal tuh... menteri yang galakkan... misti tak haram... kalu tok imam kata benda nih haram... idak le dia percaya... sebab tok imam tuh bukan la menteri... tok imam tiada kuasa nak tangkap dia masuk ISA... tiada kuasa untuk beri dia kesenangan dan keseronokan dunia...

Pandangan peribadi seorang pelajar IPTA... mereka ini LANTANG bersuara, bercakap mengenai islam & keadilan... apa sahaja yang mereka katakan, jika terkena kat hidung sendiri sensitif terhadap orang tu. Mereka bercakap untuk menegur tapi ramai pemimpin yang pantang ditegur. Tak kira pemimpin umno pun yang nak menegur mereka, tak salah menegur jika teguran itu benar. Jika mereka ini (Mat Sabu, Mahfuz dan Hassan Ali) tidak bersetuju dengan saya, maka pandangan saya pasti berubah. Pemimpin yang baik menerima teguran. Contohnya Hassan Ali sebelum menceburi politik saya sangat menyukai ceramah motivasi beliau. Kini jarang mengikuti sebab dah dewasa & bekerja. Isu PAS-BN berkisar mengenai pemimpin PAS yang suka mencaci (kononnya) tapi siapa yg membesarkan isu tersebut? Tun M. Isu BN terhadap PAS hanya terhadap sikap pemimpin PAS, bukan layanan PAS terhadap rakyat. Isu PAS terhdp BN pula tentang pemimpin BN terhadap rakyat. isu besar. rakyat tidak mendapat keadilan yang sewajarnya.

Ingat siapa dulu yang mengatakan DSAI tumbuk mata sendir? Tun M. Masa tu laporan siasatan pun tiada lagi. Kemudian banyak pemimpin UMNO lain yang seperti burung kakak tua mengiakan kata-kata Tun M. Jika DSAI yang berpengaruh boleh dilayan seperti itu bagaimana dengan kita. rakyat??? jika anda tidak tahu perkara ini anda tidak peka politik. Saya pernah menjadi pelajar IPTA. suatu masa Tun M hendak melawat IPT saya belajar. Kami diwajibkan hadir ke dewan, jika tidak kelayakan menduduki kolej akan dibatalkan, mengatasi sumbangan saya selama ini terhadap kolej. Adakah ini termaktub dalam AUKU, jika pemimpin besar datang, anda akan dibuang kolej jika tidak memberi sambutan meriah. Akhbar arus perdana menyiarkan kedatagan Tun mendapat sambutan dari pelajar, walhal kami datang semata-mata untuk memenuhi syarat. Keadilankah namanya?? jika saudara menyentuh kemasukan saya dalam IPTA milik kerajaan, tak kira parti yang memerintah, semua rakyat Malaysia berhak jika layak. Kami pembayar cukai...

mengenai AUKU nih.. kerajaan double standard la.. bila student buat join kempen BN.. boleh.. takde plak nak tangkap.. tapi bila kita join kempen pembangkang, kena tangkap la plak... undang undang ini dicipta supaya tidak ada orang yang berani yang sanggup menjatuhkan kerajaan seperti yng dibuat Tun Mahathir masa dia student dulu... tapi bila Tun dah kat atas.. dah lupa asal usul la plak... diorang takut yang jadi cam Tun tapi memihak kepada pembangkang(BA)..

Seorang lain berkata... apa kata... kalau tak nak laksanakan hukum ALLAH... jangan duk kat dunia nih then baru la orang kata berani nak bawak hukum tu ke mahkamah. Tuh ada adab ka?... bley ker cakap cenggitu...? sinonim tol pengucapannya ngan pemimpinnyer... kalau belum mampu melaksanakan hukum Allah... nak dok kat mana? Sapa yang tak mampu tuh?... bila Kerajaan PAS dulu tu nak wartakan hukum ISLAM di negeri tu... puak-puak BN ni dengan kurang ajarnya mencabar hukum ALLAH kat mahkamah... sadis sungguh...!!! Kerajaan BN hanya tahu berkokok... mengatakan Malaysia nih mempunyai rakyat bebilang kaum... tak sesuai laksanakan hukum ISLAM... jadi dengan ini korang sumer penyokong BN... jangan dok kat dunia nih... carila dunia laen...

Bab kabul mengkabulkan sesuatu doa adalah hak Allah. Walaupun telah disebutkan doa orang yang teraniaya amat makbul. Aku rasa kita tak berhak mempersoalkan samada doa seseorang itu dikabulkan atau tidak. Allah belum tentu merestui seseorang walaupun kita lihat dianya berjaya. Mungkin di dalamnya ada hikmah yang amat besar. kekadang di atas limpah Allah kita hidup senang dan menjadikan kita lupa akan kenikmatan Allah lantas menjadikan kita alpa dalam melakukan segala suruhannya. Kita masih bersangka bahawa Allah amat menyayangi kita sebab itu kita berjaya tetapi ingatlah bahawa ujian tuhan itu amat besar... dengan memberi kesenangan di dunia bermakna tanggungjawab kita dan ujian Allah juga amat besar. Kita hendaklah beringat dengan ujian Allah di akhirat dengan melakukan segala yang disuruhinya tanpa apa-apa alasan. Masih ingatkah kita tatkala kita di alam sebelum dilahirkan ke dunia. Allah pernahkan bertanya kepada semua makhluk di dunia siapakah sanggup menjadi khalifah di dunia. Manusia dengan bangga menyahut seruan itu. Fikir-fikirkanlah jangan sampai kita katakan USA itu dirahmati Allah kerana berjaya menjadi kuasa besar dunia bahkan berjaya mengalahkan Saddam Hussein dan menjajah IRAQ.





___________________________
Terbitan : 9 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)