Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Gasing Masih Berpusing

Dendam Pak Lak kepada BA bilamana 2 Bekas YB BA didakwa walaupun desas desus mengatakan YB BN yang sepatutnya ramai didakwa. Dengar citer Khir Toyo claim allowance perjalanan sampai RM70K... double standard betul puak Islam Hadhari. Apapun... mereka ini baru dituduh menipu (bukan rasuah)... dan belum dikenakan hukuman lagi... tak macam ADUN Nogori dulu... sudah sabit dan didenda kerana rasuah... Kasitah Gadam pun masih menunggu perbicaraan kerana rasuah... BA Baru dituduh menipu...

BA Belum ada tuduhan berkaitan:
1. Songlap
2. Rasuah
3. rompak
4. curi
5. judi
6. kehidupan mewah yang melampau...

Nape lak BPR yang dakwa meka... konpius, heran... nape yang 6 dari BN tu tak kene charge lak... jerung 18 ekor tu lagi la... ni ikan bilis dia buat dulu... biasa laa...yang takat ratus-ratus dan ribu-ribu dibuat kerana nak cover yang juta-juta... yang billion-billion. Orang melayukan tetap akan mengganguk ...weyyy wang PPRT dicuri ka dihilangka atau ghaib sendiri?... BPR kerja apa??? cover story menteri korang???...banyak korang bayar???

Dengar citer ustazah umno nak betulkan akhlak PAS... hebat sungguh Ustazah Marshitah ini! belumpun agenda memutihkan kelegaman Umno itu dimulakan barang sepatah ayat, tiba-tiba atau lagi agenda besar cuba ditonjolkannya. Sebaik-baik saja menang Ustazah [email protected] umno menghebahkan kepada umum bahawa tugasan utamanya adalah untuk memulihkan akhlak ahli-ahli PAS yang dikatanya terlalu teruk.

Usahlah Ustazah Marshitah menyibuk-nyibukkan diri konon untuk memulihkan akhlak ahli PAs. Akhlak ahli-ahli PAs belum pun terbukti teruk jika dibandingkan dengan ahli-ahli Umno khususnya pemimpin mereka yang telah dihinggapi dengan pelbagai penyakit moral.

Siapa kaki rasuah, perogol bersiri, perosak rumah tangga orang, pembohong besar,lesbian, penolak Sunnah, penghina Nabi, penfitnah besar, memperlekehkan hukum menutup aurat dan bermacam-macam lagi kebejatan, kalau tidak Umno!!!

Ada lebih baiknya Ustazah umno cuba-cuba dahulu memeriksa akhlak Rafidah Aziz, Rahim Tamby Chik, Khir Toyo, Aziz Shamsuddin, Azalina Othman termasuk Rashid dan ribuan musibat lagi sebelum bertemu dengan ahli-ahli PAs (BA) di Baling.

Yang pasti selepas ini,tanpa mengira sama ada dia mengenakan tudung merah baju putih berkain merah (uniform Wanita Umno) atau memakai uniform serba pink (Puteri Umno) sudah pasti Ustazah umno ini akan bercabang lidahnya, kerana percabangan lidah itu adalah rukun utama untuk mana-mana pembesar Umno mendapat tempat di dalam parti dan kerajaan disamping terus mempesona (membelakangkan) rakyat...kenapa tak pecayaaa???

Suatu permintaan mudah buat ustazah UMNO... dakwahkan Pemimpin Wanita Tertinggi dalam UMNO supaya menutup Aurat... Kita rasa lebih mudah mendakwahkan orang dari kalangan keluarga sendiri daripada mendakwahkan keluarga orang lain.

Susah ma... kang kater bawak budaya pembangkang plak, golap maso dopan nak jadi ketua nantik. Lagi pong dah samer-samer busuk, apa mau kira...

Ada komen yang mengatakan... Jika usaha-usaha Pak Lah menjadi, besar kemungkinan PAS akan menjadi parti yang tidak ada hubung kait lagi di dalam arus perdana politik Malaysia, dan seterusnya tidak relavan lagi di dalam tamadun Islam abab ke 21. Kegiatan-kegiatan PAs yang lebih bertumpu kepada ceramah berbentuk rhetoric hanya baik untuk menghibur hati peminat setia parti itu. Jika tiada usaha dibuat oleh pihak 'party guardians', besar kemungkinan PAs hanya akan tinggal nama di dalam sejarah politik rhetoric Malaysia kerana barisan pelapisnya tidak dididik untuk mengambil alih pucuk pimpinan parti itu. Selain Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang kuliah mereka saya ikuti apabila mereka berada di ibu kota, PAS tidak mempunyai watak-watak yang berjiwa besar dan berkaliber untuk membawa PAs sebagai kuasa politik yang tidak boleh dianggap ringan. Yang ramai dalam PAs ialah 'talkers' tapi bukan 'doers'

Usaha kerajaan untuk memberi satu penghayatan pentadbiran Islam yang sesuai dengan kehendak abab ke 21 akan menarik lebih ramai golongan muda yang nampaknya lebih berminat menyokong kerajaan yang bersikap cerdik, berwawasan dan bijaksana. Islam lahir di tengah-tengah kota Mekah yang ketika itu penuh dengan kekotoran akidah dan dosa. Tapi Islam itu tegak di atas kebenaran dan akhirnya berjaya menukar kota itu menjadi kota melambangkan keimanan setelah Rasullah s.a.w mengatur strategi penaklukannya dari Madinah. Diharap begitulah juga dengan Kuala Lumpur, semoga ia akan dapat ditakluk dari Putrajaya. Sama-samalah kita bina keimanan di atas kekufuran yang masih menjadi daki dalam budaya masyarakat Melayu hasil dari peninggalan penjajah. Saya setuju yang kemungkaran masih berleluasa tapi semoga pentadbiran baru ini akan dapat mengubah semuanya.

Sebagai usaha untuk memastikan PAs terus bernafas, elok juga jika PAS mula berjinak dalam dunia perniagaan sebagai cara untuk mendekatkan parti itu dengan alam komersil abab 21 yang semakin mencabar. Ini akan membebaskan parti itu dari terus bergantung kepada derma dari masyarakat Melayu golongan bawahan dan pertengahan. Arqam pernah berjaya dalam bidang ini. Kalau PAs menceburkan diri dalam perusahaan buat kicap, cuka dan mee saya pasti ianya akan mendapat sambutan, termasuk saya sendiri, kerana sekurang-kurang kita yakin yang ianya halal dan bersih. Mungkin dengan ini PAS, yakni penyokong-penyokongnya, tidak akan bermusuh dengan 'big business' dan akan menjadi lebih pandai dalam mengendalikan perniagaan. Jika usaha PAS ini berjaya sehingga dapat memasarkan kicap, cuka dan mee ke pasaran antarabangsa, saya yakin rakyat Malaysia akan mula melihat PAS dari kacamata yang lebih positif.

Nampaknya DAP sendiri juga menghadapi masalah serupa, apa lagi dengan trend yang menjadi-jadi di kalangan calon-calon mereka yang kalah dalam pilihanraya baru-baru ini, yakni mengambil keputusan berhenti secara sukarela dan gentlemanly. Ini tindakan orang berani menghadapi kenyataan untuk memberi laluan kepada 'fresh blood' untuk meneruskan perjuangan parti. Siapa agaknya dalam PAS yang boleh mengambil tempat Tuan Guru Haji Abdul Awang untuk memberi nafas baru kepada corak administrative PAS untuk menyesuaikan parti itu dengan kehendak masyarakat muda masa kini yang lebih metropolitan, matang, kritikal dan analytical. Alang-alang menjadi penyokong lebih baik bergiat dengan lebih aktif supaya dapat menyumbangkan minda, tenaga dan apa sahaja agar hari-hari akhir PAS dapat dipanjangkan.

Ada orang kata usaha Pak Lah... bagi kita itu bukan usaha, bahkan tidak lebih daripada janji politik beliau, cuba tengok mereka-mereka yang berprofile tinggi masih dicalonkan dan menang dan jadi menteri lagi, kenapa ini berlaku? Adakah Pak Lah takut dalm pemilihan Umno akan datang? Dah banyak pun petunjuk yang telah didebatkan yang mana tak nampak langsung usaha Pak Lah untuk merubah situasi seperti yang beliau janjikan. Inilah yang kita terkilan sangat dengan Pak Lah ni... kita kena tipu lagi kali ni...

PAS WUJUD SEJAK 1950'AN KEKALAHAN BIASA BAGINYA... BUKAN SEMUDAH ITU PAS NAK MENGAKU KALAH... HANYA UMNO YG TAKUT KALAH...SUKA MAIN KOTOR...

Rakyat miskin dalam negara maju...dua gadis jadi nelayan sara sembilan adik di PEKAN Pahang... dua remaja perempuan terpaksa mengorbankan masa depan untuk memelihara sembilan lagi adik yang tinggal di Kampung Sekukuh, sejak kematian ibu dan tidak dipedulikan bapa mereka. Mereka yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang itu juga terpaksa meminta simpati jiran untuk meneruskan hidup terutama bagi adik-adik yang masih kecil.

Berikutan kesempitan hidup, dua daripada 13 beradik itu diserahkan kepada saudara terdekat untuk dipelihara, manakala selebihnya tinggal bersama di sebuah rumah kecil yang dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung itu.

UMNO di PAHANG dulu kini dan selamanya... Kemiskinan pun dulu kini dan selamanya... Kesian budak-budak tu... Kalu pat Kelantan sah-sah jadik star budak tu... mana tradisi membela rakyat tuh???





___________________________
Terbitan : 9 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)