Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tradisi Membela(buli) Rakyat

Sebelum PEMILU dulu Pak Lah membuat tindakan drastik dengan memberkas para pemggemar rasuah negara. Dua tiga tokoh perasuah telah diberkas menjadikan ianya satu isu yang benar-benar meyakinkan rakyat dengan kewibawaan PM. Namun ianya sekarang bagai nasi basi dan seolah-olah sebagai kerang busuk yang terdampar tanpa siapa pun mempedulikan. Kredibiliti pemimpin negara sekarang sudah boleh tidur lena. Tiada lagi isu rasuah. Tiada lagi berita rasuah terpampang di dada akhbar. Ke mana perginya kata-kata yang memberangsangkan olah PM satu ketika dulu. Apakah ini hanya gimik politik supaya rakyat akan memilih kepimpinan BN untuk menerajui pemerintahan negara.

Apakah kesudahan yang kita nampak?. Apa tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa. Mana beritanya sekarang?... Rakyat masih lagi bertanyakan soalan yang sama disamping itu rakyat masih heboh mengenai PEMILU yang lalu apakah ianya juga dianggap rasuah.

Kesian kita nengok muka-muka peneroka felda Sg Buaya, dah ler ditipu selama 10 tahun... kununnya nak jadi jutawan mee segera last-last jadi papa-kedana mee maggie segera. Pihak yang berwajib sekarang sibuk duk redakan keadaan dengan memberi cadangan bagaimana rundingan akan diadakan dari 3 penjuru. Baru diperingkat cadangan di mana belum tentu diadakan atau tidak, belum tentu berhasil atau tidak tapi peneroka-peneroka terbabit dah nampak ceria dengan bersetuju 150% berkenaan cadangan tersebut. Dah tak dengar dah suara-suara sumbing yang duk dihangatkan sebelum nih! Begitulah perjuangan orang melayu, kena kencing sikit dah mula percaya padahal sekadar ambil hati sajer, bukan nak buat betul-betul pun! Perjuangan melayu mudah lupa senang dicucuk hidung! Bukan Felda Sg Buaya, Felda Sendayan pun sama angan-angan Jenin!

Kesian pembeli rumah pangsapuri Taman Intan Puchong kena tipu oleh pemaju & kena kencing oleh ADUN(cap dacing) rumah pangsapuri tersebut sepatutnya dah lama dah siap tapi belum siap-siap. Perkara ini telah diajukan kepada kementerian terbabit tapi masih hampeh. Adaler janji-janji p/raya ditaburkan tempohari untuk memancing undi di mana beliau akan selesaikan kes ini jika dipilih jadi wakil rakyat tapi semuanya itu janji kosong sebagaimana layaknya lidah syaitan menabur janji. TV3/4 adaler siar akan keluhan pembeli rumah tersebut, yang seronok tu komen seorang mamat tu yang cukup hangin dengan ADUN di situ yang langsung tidak nampak batang hidung apabila berjanji akan turun padang berjumpa para pembeli rumah pada hari tersebut. Memang betullah kata-kata Tun Dr Mahathir, melayu mudah lupa! Asyik-asyik kena penangan lidah syaitan ajer, tak serik-serik kena tipu. Camno nak serik sebab mudah lupa! Orang sana jenis kroni & penyokong UMNO kaya-kaya, tak kisahlah... UMNO TIPU UMNO SELEPAS TIPU BA DALAM P/RAYA!!!

Orang Terengganu kembali ‘kena cukai pintu’... PILIHLAH LAGI BN... Ketika kerajaan PAS Terengganu memerintah selama 4.5 tahun, cukai pintu dihapuskan bagi meringankan bebanan rakyat. Setelah hasil royalti minyak/gas dirompak, kerajaan PAS Terengganu masih boleh bertahan. Cukai pintu dikatakan akan terus lenyap selagi PAS memerintah. Rakyat jiran (Pahang) memang iri hati kerana terpaksa bayar cukai pintu setiap tahun. Bagaimanapun, dalam tempoh tak sampai tiga minggu kerajaan Umno ambil alih Terengganu, seluruh kediaman penduduk Taman Pak Dogol di Kemaman telah menerima penyata cukai pintu beserta tunggakan sekali melalui surat bertarikh 1 April 2004! Oleh kerana taraf Kemaman sudah naik kepada perbandaran, cukai pintu pun terikutlah naik berbanding semasa Umno memerintah dahulu iaitu sebelum 1999. Maka, seluruh kroni PAS ataupun Umno terpaksalah akur dengan pemerintahan sekarang!!!

Cukup banyak yang telah diperkatakan tentang UMNO dan PAS. Orang atas pagar(tiada parti) bertanya bagaimanakah cara terbaik untuk rakyat membuat teguran sekiranya menteri-menteri membuat salah laku seperti rasuah, kaki perempuan, tak ikut suruhan agama, biarkan maksiat di sana sini, biarkan judi di sana sini... kalau kita dapat tahu si menteri A tu rasuah pada siapa nak lapur? BPR ke Pak Lah ke? Kalau kita nampak maksiat kat TV pada siapa nak lapur? pada IKIM ke pada YADIM ke ? atau pada menteri penerangan ke? kalau nak lapur akhbar siarkan keputusan judi pulak pada siapa?

Kita kena terima hakikat pemimpin umno takkan mahu Islam sebenar memerintah negara... ini satu hakikat yang sangat nyata. Mereka tak pedulipun rakyat minta disiasat PENIPUAN DALAM PILIHANRAYA dan kita bukan macam rakyat negara lain... mereka berdemonstrasi dan menggugat kerajaan. Bila kita buat demonstrasi saja... kena tangkap tak pasal-pasal, kena sembur dengan air kimia... sehingga pedih mata, kena pukul sehingga berdarah kepala dan macam-macam lagi insiden yang telah dilapurkan melalui website penyokong pembangkang!!!

Inilah dia antara keADILan ciptaan umno, kalau puak depa buat maksiat... orang yang melapurkan pasti kena... tapi kalau rakyat biasa buat maksiat... dia dedahkan habis... apatah lagi kalau dia dapat tahu pemimpin pembangkang buat maksiat... jahannamla!!! Jadi kehidupan ciptaan negara ni... hampa dah tentu nampak cam mana... dan hampa boleh bayangkan menarik atau tidak... tentulah dia menarik dan syahdu bagi penyokong umno... tapi bagi diri kita sebagai rakyat biasa yang sokong pemimpin pembangkang... rasa macam bala Tuhan akan turuh bila-bila masa saja!!! Kita harap biarlah kena betul-betul pada batang hidung pemimpin umno dan ulama mereka... nak buat cam mana kerana kita memang benci keadaan di negara sekarang bila umno perintah negara!!!

Merujuk kepada pertanyaan tentang perkara "Kepada siapa mesti kita laporkan...." Kita, cadangkan anda tuliskan pandangan anda tentang "salahlaku" yang anda tahu di akhbar. Tetapi, maafkan kerana belum tentu "pandangan" anda itu disiarkan di akhbar sebab, maklum sahajalah akhbar yang terdapat di negara kita ini dikuasai oleh pihak kerajaan. Akhbar-akhbar di negara ini berfungsi seperti "Lidah rasmi" parti-parti politik. Seperti juga "Harakah" tetapi 'Harakah' dikawal dengan rapi. Itulah yang dikatakan "demokrasi BN/UMNO" Kalau berlaku rasuah di kalangan orang-orang politik kerajaan agak susah sedikit sebab BN/UMNO mempraktikkan "selective prosecution" Tetapi kalau bukan parti politik kerajaan - tiada masalah.

Kesimpulannya, mengapa kita pilih orang-orang yang kita tahu terlibat dalam kegiatan yang dilarang? Untuk mengatasi masalah ini daripada berlaku, kita mesti beri pendidikan yang sempurna kepada anak-anak dan adik-adik kita agar mereka dapat menggunakan akal-fikiran mereka dengan baik. Pada pilihan raya akan datang mungkin mereka akan dapat memilih pemimpin yang cemerlang. Kadang-kadang kita hairan dengan masyarakat kita yang tidak dapat berfikir dengan baik. Orang yang betul-betul hendak membasmikan rasuah, kini berada di Sungai Buloh. Mereka humban beliau di sana tanpa memikirkan siapa beliau dan jasa-jasanya kepada negara. Mereka anggap beliau seorang kriminal yang sangat kejam. Jadi susah kita fikirkan apa yang sebenarnya terjadi kepada bangsa kita.

umno menolak melaksanakan Islam sepenuhnya... umno yang mula-mula memecahbelahkan rakyat bila umno tangkap rakyat bawah ISA dan tidak diadili dengan sebenarnya. umno yang zalim dan suka memecahbelahkan rakyat bila rakyat buat demonstrasi mereka dibelasah polis. umno yang takut menghadapi rakyat. umno yang memcahbelahkan rakyat bila diminta menyiasat penipuan pilihanraya... pemimpin mereka tidak mahu diambil berat. umno yang suka pecahbelahkan rakyat. umnolah punca segala maksiat berlaku di negara ini.

Macamana wakil rakyat boleh berkerja dengan jujur jika menang dengan cara menipu dalam pilihanraya. Dalam pilihanraya yang baru lalu kemenangan umno yang dilihat lebih dari yang patut sudah tentu menjadi persoalan yang nyata... Umno menang dengan pertolongan SPR... Jika tidak mahu terima hakikat pembangkang yang membawa kes ni ke mahkamah bermakna umno disyaki menyembunyikan sesuatu... dan bagaimana mungkin wakil rakyat umno boleh diharap menjadi bersih dan jujur selepas ternyata mereka dipilih dengan cara penuh penipuan? Mana lojiknya!!!

Kereta rasmi Dr Helmi semasa jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang akan di beli olehnya dengan harga RM20,000 saja... Sanusi Junid semasa Kementerian Pertanian pun beli Volvo rasminya dengan harga yang sama RM 20K. That was how many years ago? Bab ni, depa lupa review! biasala beb... sendiri beli sendiri letak harga... Kancik 2nd handpun mahal lagi!!!Pelik!!! KASTAM, EKSAIS DAN RAJA DEPA PUNYA, RM200 PUN TAK HERAN... Begitulah kehidupan mereka, apa yang hendak diharap dari mereka untuk membela nasib rakyat!!!

Contoh berita yang disunatkan dalam islam hadhari untuk tatapan... anak bangsa jadikan idola

Model kelahiran Malaysia mengaku berasmara dengan Beckham

LONDON: Seorang model kelahiran Malaysia menjadi wanita kedua mendakwa menjalin hubungan asmara dengan kapten bola sepak England, David Beckham yang sebelum ini dikatakan meniduri anak diplomat Belanda, Rebecca Loos.

Sarah Marbeck yang menetap di Australia, mendedahkan hubungannya dengan Beckham yang bermain untuk kelab Real Madrid kepada akhbar British News of the World dalam satu temu bual eksklusif. Marbeck, 29, adalah anak seorang peguam. Dia juga menceritakan bagaimana Beckham menggodanya dengan teknik sama yang digunakan terhadap Loos, 26.

“Tidur dengan David Beckham ialah hari paling bermakna bagi saya, ia bukan sekadar hubungan satu malam. Kami tidak mendedahkan hubungan ini kepada umum.

“Ia mungkin disebabkan statusnya sebagai bapa dan suami paling terkenal dunia dan diketahui begitu menyayangi keluarganya. Dia mengubah hidup saya,” katanya.

Marbeck juga mempunyai bukti kukuh menyokong dakwaannya dengan senarai beratus-ratus mesej teks lucah yang dihantar Beckham kepadanya dan satu ketika, Beckham dikatakan menghantar mesej kepada Loos dan Marbeck pada masa sama.

Kedua-duanya bertentang mata buat kali pertama di satu parti di Singapura ketika kelab yang diwakili Beckham ketika itu, Manchester United (MU) mengadakan lawatan ke Asia Timur pada 2001. Marbeck mendakwa, mereka menjalinkan hubungan ketika Posh sedang hamil anak kedua Beckham, Romeo

Contoh draf surat pembaca yang akan disiarkan Utusan Malaysia... tapi sayang isinya bukak pekong di dada

Terkilan Majlis Daerah Baling biayai lawatan ke Mesir
Saudara Pengarang,

SAYA sebagai penyokong kuat Barisan Nasional (BN) ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah berjaya mengekalkan pemerintahan BN bagi penggal yang ke-11.

Namun saya sebagai salah seorang penyokong kuat yang telah bekerja siang malam bagi memenangkan BN di Parlimen Baling merasa begitu terkilan dengan beberapa kerat ahli-ahli Majlis Daerah Baling yang saya dapat tahu akan membuat rombongan sambil belajar ke Mesir. Baru sangat pilihan raya berlalu! Berita ini saya peroleh semasa melepaskan penat-lelah setelah teruk bekerja untuk BN sambil minum kopi di sebuah gerai makanan.

Persiapan sedang diatur untuk merealisasikan pemergian ini. Difahamkan mereka akan bertolak pada pertengahan April ini. Lebih kurang 20 orang ahli Majlis Daerah Baling (tidak termasuk suami/isteri) yang terlibat dalam pemergian ini.

Jika dianggarkan kos pemergian seorang ialah RM3,500 (paling sedikit) maka Majlis Daerah Baling akan menanggung perbelanjaan sebanyak RM70,000 untuk lawatan ini. Umum mengetahui bahawa kos pemergian ini akan diambil daripada wang peruntukan Majlis Daerah Baling. Tujuan apa lawatan itu?

Saya dan rakan-rakan terus berbincang. Kalaulah RM70,000 disalurkan untuk membaiki prasarana pekan Baling yang masih kotor, alangkah baiknya. Saya dan rakan-rakan bukanlah cemburu dengan pemergian mereka, tapi kami rasa amatlah molek jika wang sebanyak RM70,000 dimanfaatkan untuk rakyat. Lebih-lebih lagi kita semua telah ketahui bahawa Baling merupakan sebuah daerah yang miskin dan mundur...

ulasan:

Itu baru RM70 ribu... yang juta juta camno, sekadar bill out pun ado. Inilah dasar perjuangan menteri-menteri cap dacing sebenarnya! LEPAIH TU HAMPA BAYAQLA BIL.IWK, CUKAI PINTU REBAN AYAM ITIK





___________________________
Terbitan : 14 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)