Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pilihan Bijak

Ada dua senario yang menarik untuk direnungi:

Petikan 1

Dah serik Pak Lah...

Saya termakan prestasi Pak Lah beberapa bulan selepas menjadi perdana menteri sebelum pilihanraya umum baru-baru ini. Lantas berjayalah saya memujuk lebih kurang sedozen adik-beradik dan sedara-mara saya supaya mengundi parti Pak Lah. Saya ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa habuan.

Malang sekali, apa yang berlaku pada hari mengundi di Selangor, di negeri-negeri di utara tanahair dan Pantai Timur serta rentetan peristiwa selepas itu, menyebabkan kami merasa mual dengan tindak-tanduk Pak Lah dan pasukannya. Kami bertekad tidak akan mengundi lagi sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak dibersihkan serta proses pilihanraya di negara tercinta ini tidak bebas dan adil.

Kami sangat dukacita dengan perlantikan beberapa menteri kabinet lama yang kononnya bersih daripada rasuah kerana Pak Lah berjanji akan memeranginya habis-habisan. Kami juga tertanya-tanya kenapa Rais Yatim dipinggirkan dan Shahrir Samad tidak dilantik? Kami juga dukacita kerana sebuah suruhanjaya bebas tidak dibentuk bagi menyiasat segala kepincangan pilihanraya umum ke-11.

Sebagai contoh, kenapa di Terengganu lebih 150,000 keluar mengundi berbanding dengan jumlah keseluruhan pengundi berdaftar? Kami sedih kerana media yang bebas, masih tidak dapat berfungsi di negara ini, walaupun kita dah masuk abad 21! Beri sahajalah permit kepada Harakah, Sreuan KeADILAN, Malaysiakini untuk berniaga media cetak.

Kami sangat marah kerana hak-hak asasi manusia masih dicabul sewenang-wenangnya di negara ini – contohnya seperti tahanan ISA dan Pengakuan 4 anggota JI di Jakarta. Takkanlah sistem perundangan kita yang baik warisan British tidak dapat menangani ini semua? Dan bagi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) pula: mengapakah siswa-siswi dan para pensyarah perlu disekat-sekat lagi?

Kami sungguh hairan kenapa ini semua boleh berlaku sedangkan Pak Lah menggunakan tiket pemimpin yang bewawasan, progresif, telus dan sebagainya.

Kami juga bimbang macamana pegawai-pegawai Amerika dibiarkan saja beroperasi di pelabuhan kita. Kalau masa Tun Dr Mahathir Mohamad dulupun, rasanya beliau takkan benarkan. Kami tidak tahu sama ada semua rentetan ini ada kaitan dengan Scomi?

Kami berharap janganlah kerana Scomi punya pasal, maruah negara kita pulak digadai? Jangan kerana Scomi, ‘Pengakuan JI’ di TV3 pun terpaksa diadakan atas desakan Amerika. Kami berharap Mr Clean akan dapat menerangkan kepada rakyat dengan jelas semua perkara yang dibangkitkan ini.

Petikan 2

Terkenang...

"Saya perhatikan ketika dia turun ke Masjid Damansara, saya bayangkan orang akan tolak dia atau orang tidak akan bersalam dan orang tidak akan berdamping dengan dia. Apa perlu mendampingi pemimpin yang sejelik, yang sejijik, yang seburuk itu akhlaknya? Hakikatnya dia berada dalam masjid Rumah Allah itu, bila Imam bagi Salam dan Baca Doa, Jemaah tidak bangun, jemaah serbu, peluk dan menangis serta minta Anwar berucap lima minit. Macam mana awak nak terangkan keadaan ini, orang masjid tidak tolak dia. Kalau mereka percaya, mereka inilah orang pertama yang akan nyahkan dia. Tetapi kita tidak lihat keadaan ini berlaku. Saya tengok sendiri keadaan itu. Ulama-ulama seluruh dunia menghubungi dia. Saya dari hari pertama saya mengaku saya berada dengan dia, tidur di rumah dia, solat subuh bersama dia, tazkirah subuh bersama dia, solat maghrib bersama dia, tazkirah maghrib bersama dia."

Di atas adalah sebahagian antara kata-kata Saifuddin Nasution dalam Massa 26 September 1998. Sesuatu penjelasan dari hati budi yang telah dididik untuk berkata benar dalam apa jua keadaan tanpa mengira akibat yang akan ditanggung kelak olehnya. Bukan senang seorang yang telah berpengaruh dan tidak mempunyai kaitan dengan kes ini membicarakan tentang hati nuraninya secara jelas dan berani seperti Saifuddin. Kali pertama saya membaca artikle ini, hati saya berasa pilu, merintih bagaikan hendak meledakkan perasaan terharu, dan hampir menitiskan air mata. Bukanlah untuk menyokong Anwar tetapi melihat hakikat ini siapa saja yang pernah mengalami keadaan Saifuddin pasti akan tersentuh hatinya. Ketika ia memperkatakan tentang kemiskinan, kepayahan, kesusahan dan keberaniannya untuk mempertahankan idealismenya tanpa mengira lagi kedudukannya dan akibat yang bakal ditanggungnya. Tidak ramai yang berani untuk berkata begini apatah lagi dalam keadaan yang sedang gawat ini dengan rusuhan dan penangkapan ISA (Internal Security Act 1960) Seksyen 73 (1) yang dianggap telah menghapuskan kebebasan dalam negara yang demokrasi ini.

Saya percaya apa yang diperkatakan oleh Saifuddin ini adalah benar dan datang dari hati, jiwanya dan rohnya yang menyatakan kebenaran dalam hal ini. Mana manusia yang sanggup untuk membohongi Allah dalam hal seperti ini. Bersolat, tazkirah dan beramal ibadat sentiasa. Saya pernah mendengar Saifuddin berucap sempena Kongres Belia Kebangsaan di Pusat Islam pada tahun 1998. Namun, apa yang saya perkatakan disini ialah Saifuddin adalah manusia yang telah dididik dengan kepayahan, kesusahan sebagai anak pemandu bas berbanding mereka yang kelihatan hipokrit yang datangnya dari anak PM, anak bekas PM, anak orang kaya, anak orang berada, anak wakil rakyat dan sebagainya yang sedang duduk senang lenang sentiasa.

Siapa yang tidak tersentuh hati apabila ia memperkatakan tentang masyarakat yang kekurangan bersamaan dengannya, memperkatakan tentang masyarakat yang diambil haknya. Kita cuba imbas kembali peristiwa Baling, kita imbas kembali peristiwa Keranda 152, Peristiwa Cat Merah-Putih, Peristiwa 13 Mei. Masyarakat telah menyatakan haknya yang dinafikan. Dan baru-baru ini (ketika isu Anwar hangat diperkatakan) kejadian petani mati kerana berebut baja yang Saifuddin katakan hanya 30 % saja sampai kepada petani. Inilah hak yang cuba hendak dipertahankan tapi dinafikan oleh makhluk yang bernama ISA.

Takutlah anda kepada Allah dan bukan manusia, takutlah anda dengan undang-undang Allah dan bukan undang-undang dunia, risaulah anda dengan kesenangan dan bukan dengan kebenaran. Janganlah bersikap berburuk sangka, janganlah meneguk di air keruh, janganlah menafikan kebenaran dan keADILan, sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui lagi Maha bijaksana dan dialah sebaik-baik Hakim yang mengadili manusia dunia dan Akhirat, tiada satupun yang membebani dia antara keduanya. Amin.

UMNO adalah sebuah parti politik orang Melayu yang memperjuangkan hak asasi dan agama orang Melayu - Islam. Setelah ia menjadi UMNO Baru, mulalah ia mengorak langkah baru. Bukan lagi mempertahankan hak orang Melayu tetapi pertahankan hak orang-orang kenamaan Melayu dalam UMNO. Apa telah jadi kepada pemimpin Melayu yang dikatakan "cream of Malaysian politic" seperi Anwar Ibrahim disimpan di Sungai Buloh. Shahrir Samad dicoldstoragekan. Apa yang tinggal di UMNO Baru sekarang ialah "The sour cream of Malaysian politic"

Tak payalah kita tuliskan di sini contoh-contoh lain sebab lebih banyak kita baca lebih sakit hati. Kita harap dan berdoa agar Abdullah Badawi akan tukar pendiriannya satu hari kelak, jangan janji-janji manis sahaja... judi masuk dalam AKHBAR MELAYU! Itu tanda ORANG-ORANG MELAYU yang mengaku ISLAM... TURUT BERJUDI!!! Benda macam nie... orang MELAYU UMNO masih TAK NAMPAK dan TAK MAHU BERFIKIR!!!

Tak PAYAH lerr CERITA bab hudud atau bab agama yang lain dengan PANJANG LEBAR... bab KECIL (result nombor ekor) pun tak MAMPU nak CEGAH!!!

COGANKATA UMNO yang BARU :
Malaysia Boleh... Melayu Boleh ... ISLAM... Boleh Blahhhhhh...!!!





___________________________
Terbitan : 14 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)