Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Adakah Saatnya Akan Tiba?

Sedih benar hati ini ketika menatap berita bahawa Arab takut menegur Amareka. Dunia kini terutama orang Islam memang takut pada polis dunia. Rusia, Perancis, China dan semuanya sepi ketika Amareka membantai rakyat Iraq. Pertubuhan dunia PBB, OIC, NAM, LIGA ARAB semuanya tidak terkata apa-apa. PAS pun hanya mampu mengutuk tak sampai ke mana. DalaM keadan begini apa kata kalau kita belajar menjadi ORANG KALAH,AKUI KEKALAHAN DAN KELEMAHAN. Semua negara dapat wang ehsan dan pertolongan... Mesir saja dapat US$2 billion tiap-tiap tahun kalau lawan apa ada? tapi nya, pihak-pihak yang berdiam diri tu tak tahu, manusia bukan bodoh, yang ada mata boleh pandang kekejaman berlaku. Yang mati tu hanya 400 saja... bila 10,000 mati, baru mereka ini akan bangkit termasuk ketua-ketua kerajaan masing kan??? Dalam pada itu semakin ramai orang Arab Iraq mati, makin ramai lahir pejuang-pejuang muda.

Belajar menipu pilihanraya lagi baik... bila PM baru... keluarlah 3 'LANG DIA' dengan ISLAM HADHARI... nanti lepas 5 tahun benda-benda ni semua akan jadi macam Tun Mahathir punya bersih cekap amanah...jadi bahan muzium... sama-sama kita perhati kan...TUNGGU

Kalau nak menang... bukan menyerah kepada nasib semata-mata, kena usaha. Senarai pengundi bagi setiap pusat dah dapat sebelum PEMILU. Buatle homework. Kaji siapa bakal pengundi di tempat tu, kalau dah kenal mereka ahli totok parti UMNO atau PAS, tak payah dekat, buang masa dan tenaga aje. Dekati pengundi yang baru atau yang di atas pagar.

Dalam PEMILU 1990 dulu, pemimpin MCA dan Gerakan macam dah tahu gelombang pengundi Cina ke arah pembangkang. Mereka mencari pengundi Melayu untuk menyelamatkan mereka. Ada yang pergi jauh dari kawasan mereka, dan pergi ke bandar-bandar besar seperti sampai ke KL untuk mencari pengundi Melayu di kawasan mereka. Ramai juga yang berjaya. Memang betul, hampir di seluruh negara pengundi Cina memberi undi kepada pembangkang, tak kira DAP atau PAS. Tapi dalam PEMILU 1995, pengundi Melayu di kawasan MCA macam tak diperlukan. Undi Cina kali ni hampir semua ke BN. Jadi jelas pemimpin MCA, DAP dan Gerakan dah tahu ke mana perginya undi orang Cina.

Tapi pemimpin UMNO dan PAS tahukah ke mana undi pengundi Melayu? Agaknya ramai yang tak tahu, tak kuasa nak buat homework, seronok memaki hamun sesama sendiri lagi. Kalau buat homework tentu TIDAK "terkejut" bila UMNO tersungkur di Terengganu pada 1999 dan pada tahun 2004 PAS pula tersungkur.

Wajah sebenar umno... takut menerima kenyataan. Umno takut berhadapan dengan pengadilan yang diimport dari luar negara. Pembangkang sudah lagi tak percaya mana-mana badan yang boleh bebas menjalankan siasatan supaya dicari punca dan sebab berlakunya penyelewengan dan penipuan dalam pilihanraya. Suhakam hanya melepas batuk di tangga saja... tidak boleh bergerak sendiri maka BA sedari seeloknya mencari badan yang benar bebas membuat siasatan terperinci.

Kalau Paklah cakap serupa bikin sebagaimana yang ia dakwa... dia seharusnya berperanan sebagai orang tengah menyelesaikan apa jua masalah rakyat termasuk juga aduan dari pembangkang. Tapi sayang sekali Paklah tidak menjadikan dirinya bijaksana... melainkan mendapati dirinya sering dibayangi Tun Dr Mahathir.

Hendak selesaikan masalah mudah saja, Kerajaan dengan Perintah Agong hendaklah menubuhkan Suruhanjaya Bebas Penyiasatan terhadap pilihanraya. Kalau Anwar seorang diri yang dilebamkan matanya boleh ditubuhkan SuruhanJaya bagi menyiasatnya, kenapa pula Pengerausi SPR sendiri yang meminta diadakan satu Suruhanjaya Bebas menyiasat, Pak Lah terus saja berkata "Tidak perlu"? Kalau demi kebenaran dan keadilan yang ingin ditegakkan, kenapa Pak Lah kata tidak perlu? "Tidak perlu" dari mulut Pak Lah itulah yang sebenarnya WAJAH SEBENAR UMNO, takut terbongkar segala konspirasi dan penipuan dalam proses pilihanraya ke 11 itu.

PAS kena ikut saluran Undang-undang... PAS jangan buat seperti Tun Mahathir mengadakan SEMARAK menentang Raja-Raja Melayu dan melucutkan kekebalan Raja-Raja kerana perbuatan begitu adalah BUGHAH. PAS akan ikut undang-undang yang sedia ada membawa ke Mahkamah dan jika boleh menang hanya satu kes saja adanya penipuan atau konspirasi antara UMNO/BN dengan SPR bagi pilihanraya ke 11, dunia nanti tahu nilai kredibiti dan integriti SPR dan UMNO/BN.

Jika di pihak PAS pula di mahkamah kalah kerana tidak mematuhi undang-undang pilihanraya. misalnya memburuk-burukkan atau mengaibkan calon pihak UMNO/BN, dunia nanti tahu bahawa di Malaysia sudah tiadanya kebebasan bersuara, dan demokrasi Malaya adalah "Demoktrasi Terpimpin atau Demokrasi Terarah". Terpimpin ke arah maksiat ada... Memang masyarakat melayu rata-rata ke situ... itulah bentuk kepimpinan umno yang semakin menjadi realiti kini... umno semakin menampakkan wajahnya sebagai pemimpin ke arah maksiat

Masalahnya... sekarang KENAPA pihak UMNO... tak BUAT BISING??? UMNO tak buat BISING sebab dah menang besar...! Itu BIASAlah bagi mana-mana PIHAK yang MENANG! Masalahnya sekarang ORANG TAK bising SIAPA MENANG... SIAPA KALAH itu semua orang tahu ianya satu ADAT PERTANDINGAN! Apa yang dipertikaikan ialah PERJALANAN PILIHANRAYA YANG KUCAR KACIR!!! BUKAN parti PAS sahaja yang tak berpuashati MALAH ada ramai pihak MENYUARAKAN KETIDAKPUASAN HATI mereka terhadap SPR dan PERJALANAN PILIHANRAYA tempohari.

Parti PAS hanya bertindak sebagai 'WAKIL' kepada suara-suara yang dinafikan HAK oleh SPR dan UMNO! Kenapa Pak Lah kata 'TAK NAK' pada cadangan MENUBUHKAN SURUHANJAYA BEBAS untuk menyiasat SPR Malaysia terhadap setiap ADUAN/BUKTI KEKALUTAN PILIHANRAYA??? Sekarang SPR sendiri TUBUH dan mereka SENDIRI SIASAT!!! Adakah KITA semua boleh MENGHARAPKAN keputusan yang TELUS??? Kita sama-sama TUNGGU...





___________________________
Terbitan : 15 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)