Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pancang Yang Pincang

BUKTI... Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Rahman diminta tidak membuat kenyataan remeh dan menyalahkan pihak lain yang kononnya mengada-adakan cerita penipuan pilihan raya. Beliau diminta menjawab isu-isu pokok dengan bukti-bukti penipuan yang dikemukakan. Laporan Malaysians For Free And Fair Election (Mafrel) mendedahkan seramai 142 pengundi didaftarkan di alamat yang menempatkan kedai runcit di Lembah Pantai, Kuala Lumpur sedangkan pemilik kedai tersebut menafikan terdapat 142 tinggal di situ. kenapa...tak pecaya

SAH... Politik wang bilamana Ketua UMNO Bahagian Tapah, Datuk Azman Mahalan dihadap ke Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan memberi rasuah melibatkan wang tunai berjumlah RM7,000. Azman, 62, yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak, dituduh memberi rasuah itu kepada seorang ahli perniagaan, Mohammad Kamal Rabaai pada 2001, yang ada kaitan dengan pemilihan jawatan Ketua Bahagian Tapah ketika itu.

DAKWA... Badan Pencegah Rasuah (BPR) diminta mempercepatkan siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan 18 kenamaan dan segera mengeluarkan kenyataan jika kenamaan itu tidak terbabit rasuah bagi menjaga nama baik mereka. Semua pihak juga tidak harus menyebar khabar angin dan membuat tuduhan melulu dengan mengaitkan sesiapa saja dengan siasatan itu, demikian menurut beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh veteran politik.

Tunggu 4 tawun lagi la... Kan MELAYU MUDAH LUPA... Ni belum masuk lagi kes bagaimana Pengerusi FELCRA ada aset RM33.6 juta. Mana la BPR nak cukup tangan, kes kontrak baja FELCRA RM72 juta pun tak siap-siap lagi! kalau tak cukup tangan tambahlah staf... kalau tak cukup bajet cari bajet... buat bangunan mewah ada bajet pulak... tak cukup lagi, kiter semelih rakyat...

Sekarang kan senang... berita tentang pencegahan rasuah tidak lagi kedengaran selepas pilihanraya ini... berita tentang penangkapan dan hukuman tentang rasuah nampaknya bermusim... ia akan kedengaran lagi bila hampir pilihanraya akan datang... Sekarang ni musim rakyat kene ganti balik umpan-umpan yang bn dah kuarkan...

Sebenarnya kemenangan penuh Umno satu malapetaka buat melayu kerana selain dari puluhan kes rasuah pihak menteri-menteri... melayu kini lebih tertekan kerana tidak ada lagi kuasa pengimbang di dalam menjamin survivalnya baik di dalam soal pembangunan mahupun dalam soal kerohanian. Jika dulu anak-anak gadis kita terkenal dengan sopannya... kini anak-anak kita sama saja berani mengadaikan kehormatannya. Tidak perlu lagi berdolak dalik, memang benar bangsa kita terus menghadapi penghakisan di dalam soal-soal adab yang dulu menjadi teras kebanggaan bangsa kita... baik yang lelaki baik yang perempuannya... atau baik yang tua atau yang muda... melayu kini terkenal dengan sifat tidak lagi menghormati undang-undang yang ada .

Tidak perlu kita menuding jari menyalahkan sesiapa tetapi salahkanlah bangsa kita yang terlalu mengambil remeh setiap yang di depan mata... keselesaan kita hanyalah untuk di depan mata... biarpun kita tahu ia bakal menyusahkan kita dan pendeknya... jika dulu kita sibuk untuk membetulkan setiap apa yang tidak elok bagi pandangan kita... tetapi sebaik-baiknya kini kita sama-sama mengharungi 'kehidupan ini'. Jangan lagi ditegur tetapi ambillah 'kesempatan' yang ada...

Kemenangan BN yang besar-besaran mungkin menyeronokkan dan mengembirakan ramai umat Melayu yang setia dengan Barisan... Dan dengan pemberian kerusi kepada MCA dan MIC dalam PR11 jua turut mengembirakan kaum Cina dan India... Dan DAP merupakan pembangkang tersohor di Malaysia sekarang ini...

Kalau anda rajin mengira, apakah yang mungkin terjadi kiranya jumlah kerusi terkumpul MCA dan DAP digabungkan...? Berapa jumlahnya dibandingkan dengan kerusi yang dikumpul UMNO? Dan, kiranya statistik begini berterusan, agak-agak, dalam 10-20 tahun lagi, berapa keping kerusi yang tinggal untuk Melayu? Dan apa pula nasib Melayu? Sampai bila kita nak bertoleransi dan memberi, sedangkan keadaan makin kritikal? Mengapa Melayu tidak defensif? Pernah tak terfikir kemungkinan MCA meninggalkan pakatan Barisan, dan bergabung dengan DAP? Wow!!! InsyaAllah nanti Kuala Lumpur akan tukar jadi 'Kuala Beijing', dan negeri selangor tukar jadi 'Guangzhou' dan Malaysia jadi 'China in Asia'... Bijak Melayu nih!!!

Orang media ramai di mahkamah, TV3, NST, UTUSAN, HARAKAH, suratkhabar Cina. Seorang bapa heret anak perempuannya berbangsa melayu ke mahkamah sebab tuduh pakwa perempuan berbangsa India tu bawa lari anak dia. Si anak pula heret bapa ke mahkamah sebab bapa tak nak walikan pernikahan dia. Kecoh sampai kereta peronda polis datang.

Masalahnya pakwa perempuan tu orang Hindu. Dan masalah keduanya perempuan tu pernah dilihat memakai salib dan pakai nandek kat dahi. Dulu bekas pelajar UIA. Tapi sekarang tak tahu apa agamanya. Pasal itulah bapa tu tak kasi kahwin dengan India tu. Lagipun depa dah duduk sama selama 4 tahun dan dah terberanak pula seorang anak.

Si bapa macam anak ayam kehilangan ibu di mahkamah. Ke hulu ke hilir tak tahu kepada siapa nak mengadu. Akhirnya cari pemberita Harakah, katanya dia tak caya media lain akan siarkan masalahnya. Sempat juga dia sebut dengan nada menjerit, Malaysia ni negara Islam tapi dia rasa nak selamatkan akidah anak dia pun susah, jaga lembu pun tak susah macam ni.

Tengoklah, sekejap lagi berita ni akan meletup macam kes Aishah Bukhari. Yang tambah mengecohkan suasana, si bapa siap bawa geng bekas komando dia ke mahkamah. Dia ingat nak selesaikan masalah ini secara mafia, pukul sana pukul sini. Kita ingat dia ni mungkin orang UMNO, wallahu'alam, tengok style macam bekas pemuda gerak gempur saja. Tapi bila ada masalah macam ni baru cari Harakah. Bila kena batang hidung sendiri baru dia kenal UMNO boleh tolong dia setakat mana.

Tapi kesian tetap kesian. Oleh itu jagalah anak anda masing-masing dalam suasana Islam Had Hari ini. Proses `memanusiakan' anak tanggungjawab ibu bapa??? habis, kerajaan lepas tanganlah ya!? Inilah idea kelas 1 cam MB Selangor, bercakap atas dasar emosional & bukannya rasional. Memang betul ibubapa harus mendidik anak-anak tapi adakah 100% tanggungjawab itu terletak di atas bahu para ibubapa? Bagaimana dengan tanggungjawab para guru, masyarakat, rakan-rakan pelajar & dasar-dasar kerajaan? Adakah semuanya itu boleh lepas tangan begitu sajer? Kalau dasar kerajaan itu pincang, maka masyarakat pun pincang & semua rakyat turut terpalit pincang.

Guru-guru sekarang tidak seperti guru-guru zaman dulu agaknya. Guru-guru sekarang memilih bidang pendidikan kerana jaminan kerjaya semata-mata & bukan kerana minat(dari bangku sekolah) untuk menjadi pendidik yang disegani. Alasan terbeban dengan tugas dipikul adalah tidak berbangkit sama sekali, jika demikian eloklah guru-guru tersebut tarik diri letak jawatan & berikan kepada orang lain yang lebih komited & betul-betul berminat untuk menjadi guru. Jika nak dapat pendapatan yang tinggi sila berniaga kerana 9 daripada 10 sumber rezeki adalah dari berniaga.

Sebab itu ramai pelajar yang jadi kaki buli sejak akhir-akhir ini kerana ramai guru yang "sengkek" mengajar murid-murid termasuk juga menteri-menteri cap dacing yang langsung tak matang, buat kerja macam pahat dengan pemukul, sekali ketuk sekali jalan. Kebiasaannya kerja-kerja dibuatpun sekadar hangat-hangat tahi ayam! Jika diperatikan sekarang yang galak mengetuk ialah tv3/4 dan ntv7. Contoh yang jelas isu pencemaran alam sekitar di Janda Baik, Pahang. Sampaikan MB sendiri tak tahu menahu tentang isu tersebut melainkan setelah diketuk oleh tv3/4... tak ada jabatan khususkah memantau perkara tersebut? atau depa tak pernah turun padang tanya masalah penduduk? nampak sangat depa ni makan gaji buta. Sungguh memalukan & memualkan!!!





___________________________
Terbitan : 16 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)