Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tutup-tutup Malaysia

Jawab Pak Lah jawap! Mengapa & Kenapa? Analisa wartawan Kelab Bekas Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak mendapati, secara kesimpulannya seperti berikut:-

1. Awal Februari 2004 - Presiden George Bush mengisytiharkan penglibatan Kamaluddin di dalam penjualan senjata nuklear menerusi SCOMI Percission Engineering (SCOPE).

2. 18 Feb 2004 - Laporan the Guardian tentang pelepasan Kamaluddin oleh kerajaan Amerika kerana tiada kes.

3. 1 Mac 2004 - Khazanah Nasional menjual Telekom Malaysia kepada kerajaan Singapura. Ini adalah penjualan pertama di dalam sejarah tanah air di mana saham bagi keperluan strategik negara seperti sistem telekomunikasi dibenarkan untuk dimiliki oleh kerajaan negara lain.

4. 2, 3, 4 dan 6 Mac 2004 - Pengesahan The STAR bahawa Kamaluddin mendapat kontrak 2 Billion dari Petronas.

5. 3 Mac 2004 - Tarikh Perdana Menteri mengisytiharkan pembubaran Parlimen.

6. 4 Mac 2004 - Parlimen dibubarkan (bagi megelakkan isu ini dibincangkan pada sidang Parlimen pada 8 Mac 2004).

7. 13 Mac 2004 - Hari penamaan calon.

8. 21 Mac 2004 - Pilihanraya Umum (selepas 7 hari berkempen).

PERSOALAN YANG MEMERLUKAN JAWAPAN SEBELUM 21 MAC 2004:-

1. Kenapa Presiden George Bush dengan mudah melepaskan Kamaluddin yang juga tidak ditahan ISA bagi penglibatannya di dalam aktiviti-aktiviti keganasan?

2. Kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan Singapura berbanding di zaman Tun Dr. Mahathir?

3. Kenapa kerajaan pimpinan Abdullah menjual Telekom Malaysia kepada kerajaan Singapura tidak sampai dua minggu selepas Kamaluddin dilepaskan oleh Presiden Bush? Dan kenapa yang dijual adalah Telekom, pembekal utama sistem telekomunikasi negara yang penting untuk ketenteraan jika tujuannya hanyalah untuk menggalakkan perkembangan ekonomi? Kenapa sekarang?

4. Apa kaitannya syarikat teknologi ketenteraan, Magna Chemical, yang sedang merundingkan sistem minyak pelinciran bagi kereta perisai kepada Angkatan Tentera Malaysia, dan mempunyai hubungan langsung dengan Israel, Amerika Syarikat dan Singapura? Bukankah Singapura adalah rakan kongsi Amerika terbesar di Asia di dalam program pembinaan besar-besaran senjata pada tahun 2008?

5. Apakah mungkin Kamaluddin yang menggunakan kepentingan bapanya untuk mendapatkan berbillion-billion ringgit dari harta negara ini terlibat di dalam pembekalan senjata nuklear kerana ingin membela negara-negara Islam?

6. Kenapa Abdullah tergesa-gesa mengisytiharkan pembubaran parlimen sehari selepas nama anaknya disiarkan oleh The STAR kerana mendapat kontrak 2 billion dari Petronas dan 2 minggu selepas dilepaskan oleh Presiden Bush?

7. Kenapa penyanyi Amerika Syarikat, Mariah Carrey, masih dibenarkan datang ke Malaysia ketika isu nuklear Kamaluddin hangat diperkatakan oleh masyarakat? Apakah pengawal-pengawal peribadi Mariah Carrey semata-mata terdiri dari penggiat seni sahaja?

- Seperti yang dilaporkan oleh Wartawan Kelab Bekas Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak

Petanda ekonomi sedang pulih hebat! klse merudum lagi, baru 2 bulan sudah, Pak Lah ditabalkan tokoh pembaharuan ekonomi oleh peserta di seminar ekonomi di KL! Tindakannya... KERAjaan tak sokong jadi penganjur Sukan Asia 2010, bukan apa, lebih pentingkan kebajikan rakyat, kononnya... Mengikut firasat kita kerana umno/bn takut pecah tembelang. Maklumlah setahun dua sebelum itu pilihan hanturaya sudah di adakan. Tentu sekali kali itu penipuan yang mega mega bakal berlaku. Entah entah bakal terjadi tembak menembak dan bunuh membunuh.

Mengapa sebelum ini Pak Lah sanggup membuat iklan yang super super melobi agar sukan tersebut diadakan di Malaysia. Akhir nya iklan-iklan tersebut di musnahkan tetapi tidak costnya yang terpaksa di bayar kepada kroni-kroni. Tak kan kamu semua dah lupa. Duit tadak dah, projek-projek JKR pun untuk tahun ni dan tahun depan semuanya dah tadak bajet, kunci petronas pulak Tun Mahathir pegang, Pak Lah tak tau nak buat apa dah sebab dia hanya bergantung kepada duit!

Banyak projek-projek ditangguh, kantung negara semakin susut, apakah ini konspirasi Tun Mahathir nak tumbangkan Paklah? dengar khabarnya begitulah di kalangan umno yang sedang mencari dahan tempat berpaut kerana projek-projek semakin kurang dan berebut-rebut pula sesama mereka.

Ezam dah bebas kata Utusan 16/4/04. Kebenaran yang pertama telah tertegak dah. Bila pulak DSAI???. Syabas Malaysia. Apa agaknye komen Tun Mahathir kite tu???





___________________________
Terbitan : 17 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)