Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tutup Tapi Terbuka

Eric Chia dapat pasport untuk ke singapura tapi keadaan sebaliknya pada Anwar??? Tahukah kenapa Eric Chia yang sekarang dibebaskan dari pertuduhan menggelapkan Wang PERWAJA dengan ikat jamin diberi pula PAS ANTARABANGSA untuk melawat ibunya sakit... Apakah hak keistimewaan pada penjenayah tersebut... Adakah agenda lain yang lebih besar kerana selepas ini kes beliau akan didengar di Mahkama... Adakah bagi mendapatkan bantuan INTERPOL untuk melarikan diri... ataupun atas nasihat Tun Dr Mahathir agar beliau mendapatkan perlindungan di Singapura... Ooo Eric Chia tu kapir, DSAI tu Islam dan melayu, nak tekan kapir tak berani, tekan umat Islamlah mudah sikit!!!

Dah tak releven! Sedar tak sedar sekarang ni kes terhadap Rafidah dan Rahim dah tak ada! Dah hilang! Dah tak releven! Dokumen rahsia apa? Mana ada dokumen! Mahkamah telah membebaskan Ezam dengan alasan bahawa dokumen tu bukan dokumen rasmi kerajaan. Dengan cara membebaskan Ezam dari pertuduhan menyimpan dan mengedar dokumen rahsia tentang rasuah tu, dengan sendirinya Rafidah dan Rahim terselamat. Ia masih relevan di mahsyar... usah takut dan bimbang, menantu Rafidah kaya rara, report DSAI masih ada, court buat keputusan pasal dokumen yang dikatakan dibawa oleh Ezam pada masa media statement, takkan tak tahu laporan media yang dibuat tu kot! Court tak kata Rafidah tak rasuah!...

Konspirasi baru Mahkamah? Dulu hakim-hakim dan pendakwaraya bertungkus-lumus nak jatuhkan hukuman pada ketua pemuda PKN Ezam atas kesalahan mengedar/menyimpan dokumen rahsia kerajaan (rasuah Rafidah & Rahim Thambi Chik), tapi sekarang mereka bertungkus-lumus pula cuba nak membebaskan Ezam. Ada apa-apa ke? Mana tak nya! Dengan cara membebaskan Ezam , maka dengan sendirinya dokumen yang dikatakan rahsia itu menjadi 'tak rahsia' dan tak wujud. Ini bermakna dokumen tu tak betul, mengkin direka-reka oleh orang tertentu untuk 'mengenakan' 2 orang kuat UMNO tu. Maka dengan ini akan ter'BEBAS'lah 2 tu dari tindakan rasuah yang sedang 'hebat' diambil oleh Dollah Badawi. Bijakkk-bijak! Masa Ezam dipenjara dokumen tu betul dan bila Ezam dibebaskan dokumen tu jadi tak betul pulak isk isk isk, ini mahkamah ka sarkis!!!

Sebenarnya kes Sharif Jajang nie bukan pun sebab sistem pendakwaan kita mempamerkan ketelusan... sebaliknya memperlihatkan betapa gerak BPR adalah dari arahan sang penguasa. Sebagai individu yang dilihat bermusuhan dengan Khir Toyo, mendedahkan penyelewengan Khir dan konspirasi menjatuhkan Khir bersama beberapa pimpinan tertinggi termasuk ex Timbalan MB dan ex exco menyerlahkan betapa ini hanyalah satu hukuman yang terpaksa beliau hadapi.

Selepas digugurkan dari senarai... menjadikan beliau kambing hitam pembersihan rasuah dan penyelwengan dari kerajaan baru bukanlah sesuatu yan g sukar. Setiap individu bernama BN pasti ada simpanan salahlakunya. Satu lagi pendakwaan terpilih dengan mengambing hitamkan semua EXCO-EXCO setiap NEGERI untuk dijadikan satu contoh bahawa kerajaan sedia ada ini benar-benar tegas membenteras rasuah.

Dengan proses penyiasatan hampir memakan masa 5 tahun dan setelah EXCO itu digugurkan barulah tindakan tersebut hendak diambil bagi mengaburi mata rakyat. Terdapat seakan-akan ianya satu pendakwaan yang dirancang secara berperingkat-peringkat agar ianya terus menjadi isu kepada masyarakat bahawa kerajaan sedia ada serius dalam membenteras rasuah.

Masa perbicaraan kes Rafidah dulu, dia kata dalam mahkamah, bukan dia sorang saja yang buat macam tu. Dia bagi contoh lain yang buat macam tu ialah Dr. Mahathir, Megat Junid dan beberapa lagi anggota Kabinet. Lepas dia keluar statement macam tu, kes dia terus TUTUP... bila sudah kena batang idong sendrik trus buang kes... apa ley buat dah ditakdirkan mereka ini yang tadbir negara hadhari

Nampaknya puak umno/bn kepanasan dalam isu ini... seperti dikebanyakan laporan di luar sana, apabila laporan perihal Sharif Jajang nie disebut maka diselitkan sekali kes Apandi dan Ramli. Kes tuntutan melampau... apa yang mereka faham dari kedua kes ini??? satu melibatkan penyelahgunaan kuasa seorang exco dalam menentukan pemberian lesen kepada syarikat yang dia sendiri punya kepentingan. Maknanya jelas dan nyata berlaku kesalahan. Malah dikatakan dalam keputusan itu ianya juga melibatkan exco-exco lain namun hingga kini mereka tak pula diminta kenyataan. usaha ntv7 gagal!!!

Kes tuntutan palsu(mulanya disebut melampau)... jika dilihat tidakpun boleh diputuskan akan kesalahan mereka. Pemahaman dan tafsiran mengenai tuntutan itu mungkin sedikit berbeza di antara pihak yang menuntut dan pihak yang menyiasat sekarang(apa lagi bebanan perihal ianya dimulakan di dalam dewan rakyat). Di situlah kedua bekas MP ini seperti terperangkap... kita tunggu mahkamah putuskan adakah ianya penipuan fakta atau tuntutan yang tak diiktiraf sebagai hak ahli parlimen.

Kalau ikut dalam paper metro, kes Sharif Jajang ni sejak 1997 lagi... perghhh baper lama duk pekasam dan baru sekarang nak bukak... kenapa disimpan dalam stor ke sebelum dia nih dah tak jadi exco baru nak bukak balik... betapa hebatnya sistem perundangan negara kita nih... agaknya 7 yang lepas masih menyiasat kes kes macam nih... makan masa 7 tahun wooo...ingat dah selamat sekali terbuka kantoi plak...dan kita rasa ini sekadar politik tahap mentaliti rendah dipertayangkan oleh umno kononnya mereka telus... 7 tahun baru nak dakwa... kalau kerja tu telus kita rasa takkan memakan masa selama ini... anak yang baru lahir sudah boleh sekolah darjah 1 bukan masa yang sekejap... dan kita harap bukan jerung takde gigi ajer didakwa tapi jerung-jerung raksasa yang telah dibuktikan berkait dengan rasuah...

Betul kedua-dua kes melibatkan tidak amanah tetapi persepsi awal menunjukkan Sharif tue memang terlibat dan boleh dilihat bersalah kerana dia menyalahgunakan kedudukannya dalam keputusan pemberian lesen. Patutnya dia keluar mesyuarat atau tak mengambil bahagian dalam penentuan keputusan(kes ini sama seperti kes Rafidah dan Rafidah masih diselamatkan Paklah)

Berbeza dengan kes Apandi dan Ramli hanya melibatkan tuntutan yang dikatakan palsu... kita takdak info apa yang disebut palsu itu. Adakah tuntutan yang tak diiktiraf sebagai hak ahli parlimen, tuntutan yang dilihat keduanya sebagai hak mereka(atas penilaian masing-masing)... atau benar-benar mereka mengemukakan tuntutan yang tak wujud(memberi fakta perjalanan yang mereka tak lakukan).

Logiknya apa perlunya keduanya mengemukakan tuntutan palsu dalam parlimen??? Bukankah menjerut leher sendiri sebab itulah kita beranggapan ianya hanya salahtafsir maksud tuntutan sementelah pula keduanya adalah ahli perniagaan. Setakat jumlah yang didakwa mahu dikelentong tue... kita tak nampak baloinya

Sharif jajang ni... dah digugurkan masa election lepas... cuba kalau dia masih lagi memegang jawatan... sure kes ni tak diketahui umum. Hari jumaat awal pagi rumah dia dipenuhi ngan kereta-kerata... apesal banyak sangat kereta ni... kete anak-anak dia pun ada... rupanya... BPR datang rumah... Ala... dia ni... bukan takat kes tu jer... macam-macam lagi... projek dia... tunggu dan lihat jerlah... Dah puas makan....

Islam hadhari ni, sumbernya Al Quran dan As sunnah jugak kah? kalau demikian, mengapa perlu ada Islam versi lain kerana yang Allah turunkan melalui junjungan Nabi saw itu sudahpun lengkap dan hanya perlu diikuti sahaja. Mengapa perlu ada Islam versi lain? apakah versi hadhari ni, membolehkan apa-apa yang tak boleh di dalam versi Islam yang bersumberkan Al Quran dan As sunnah? Kita bimbang hadhari ni akan dijadikan suatu mazhab pulak bagi kalangan sekular untuk membenarkan perkara yang tak boleh di dalam Al Quran dan As sunnah.

Kalau nak dikatakan ianya sebagai suatu yang moden dan tamdun, apakah Islam yang ada, yang diakui oleh Allah swt dalam surah Al Maidah berkenaan dengan kesempurnaan Islam itu sebagai tidak serasi dengan apa yang dicanangkan sebagai hadhari ini? Kita pun nak tanya jugak dengan kalangan penganut Islam hadhari ini, kemenangan secara menipu yang jelas dan nyata dalam pemilihan kepimpinan untuk memerintah itu, HALAL atau HARAM di sisi Islam? kalau ianya HALAL, apakah doa kesyukuran yang nak dibaca dan diaminkan???

Islam Hadhari hari ni... Sebenarnya makna Islam Hadhari yang diistilahkan oleh Pak Lah dan dilaung-laungkan oleh orang-orang umno ialah Islam yang mementingkan Hak dan Harta Diri Sendiri (HADHARI). Kalau tidak masakan umno sanggup menipu dalam pilihanraya dan juga menjaga kepentingan juak-juak mereka. Pak Lah ni tak lebih dari berperangai seperti SMEAGOL dalam cerita Lord of the Rings - yang bersifat baik di depan tetapi amat berdendam dan mahu mengambil hak orang lain saperti mana ditolongnya anaknya Kamaluddin. Tuan-tuan jangan terperanjat sekiranya dalam masa terdekat ini Kamaluddin akan mendapat satu lagi kontrak berharga lebih kurang setengah bilion Ringgit daripada Petronas walaupun bukan bawahnya dibawah SCOMI secara direct. Inilah Islam Hadhari yang diperjuangkan oleh Dolah Smeagol!

Kalau demikian, mereka inilah yang pergunakan Islam untuk kepentingan diri, bahkan untuk menutup segala kepincangan itu, maka diletaknya mereka hadari sebagai benteng!!! Alasan untuk mencegah rasuah dan jenayah pemimpin umno supaya rakyat tak ambil kisah... jenayah tak dibenteras from top up but only bottom level. Dakwaan terpilih. If you not the presidents man you probably get executed.

Paklah nampaknya akan lebih zalim dari his predessor sebab dia tahu bagaimana nak manipulate sesuatu istilah yang berkaitan dengan agama! ini yang bahayanya! ketika pilihanraya dimenangi secara penipuan dan penuh kepincangan, di mana mereka ini yang beria-ia bincangkan pasal hadhari ni?

Kalau Islam tak ditafsir dengan betul... macam-macam gejala negatif yang akan timbul seperti:

a. Menghalalkan Konset Sure Heboh
b. Tidak mendakwa Rafidah dan Rahim TC
c. Mengeluarkan lesen premis maksiat
d. Membenarkan berbogel dalam kelab malam UMNO
e. Tidak menghalang anak Melayu minum arak kat Bangsar
f. Membiarkan anak Melayu murtad sehingga ribuan bilangannya
g. Membiarkan VIP Islam main judi kat Genting
h. dan lain-lain.

Setiap Perdana Menteri Malaysia cuba membina imej baru masing-masing. Mereka mahu dilihat bebas dari pengaruh PM lama termasuk Paklah. Inilah yang kununnya mahu bebas dari imej Tun Mahathir yang dikatakan keras itu. Sejak jadi TPM lagi beliau cuba memprojekkan imej yang berlainan. Ingat tak slogan 'mesra rakyat'? Ini slogan sebelum jadi PM.

Lepas jadi PM, muncullah slogan baru. Spin doctor diapun create image seperti 'bukan berkerja untuk saya tapi bersama saya.' Kemudian muncul 'Cemerlang, gemilang, terbilang dan oppps..temberang'. Lepas tu Islam Hadhari.

Sehari dua lepas jadi PM balik Penang cium tangan emak. (Ini dah jadi macam trend sekarang, lepas naik pangkat balik kampung cium tangan emak). Lepas tu bagi-bagi benih padi dan beras kat orang-orang kampung. Lepas tu tangkap beberapa ekor ikan bilis atas tuduhan rasuah.

PILIHANRAYA. Tipulah dengan bantuan Si Rashid, Setiausaha SPR dan Aseh Che' Mat, maka menang besarlah dia. Cepat-cepat angkat sumpah hu ha hu ha. Sekarang ni senyap.

KLSE pun dah menunjukkan taringnya. Dull. Yang masih dibawa ke Mahkamah ikan-ikan bilis. Menteri-menteri rasuah masih jadi menteri. Yang kesian tulah orang-orang melayu yang ngundi Umno... apalah yang dia dapat gaknya.

Ada penyokong kuat UMNO... lepas menang ni makin merah muka dia... masam je. Kenapa lak ye? Ada yang belanja RM1 juta bagi Pak Lah dan kuncu-kuncunya sampai sekarang projek apapun tak dapat. Tapi yang pastinya slogan-slogan ni semua retorik je. Yang pasti kaya Pak Lah dengan adik dia Ibrahim, anak dia Kamaludin, menantu dia Hairy tu dan adalah beratus-ratus kerat yang keliling dia. Yang dok mangkah dan kerja gila masa pilihanraya dulu dapatlah seribu dua. Ada tu sebab tampal poster kat kereta... tertampal ngan gam, sampai sekarang tak boleh tanggal. Alamat ganti cat barulah. Mintaklah kat umno sebagai gantirugi...

Retorik bukan apa. Tun Mahathir dulupun sibuk gak dengan Bersih, cekap dan amanah serta kepimpinan melalui teladan. Pandang ke Timurlah apa ke bende. Tapi habok pun tadak. Kepimpinan dia pun dah tak boleh nak jadi teladan dah. Akhir-akhir kepimpinan diapun tah ke mana arah dia pandang. Timur tak baratpun tak. Pandang siling je brother. Paklah nipun macam ni jugaklah. Sebab kepimpinan tak berlandaskan Islam cam tulah. Tah ke apa-apa. Slogan ikut sedap je. Tapi yang pasti dan paling "cerdik" ialah orang yang pangkah BN pada pilihanraya lalu kerana mereka ni habokpun tak dapat apa...

Tenangkah jiwa anda bila:

a. Anak Melayu masuk disko
b. Anak Melayu tonggang kat Bangsar
c. Anak Melayu boleh murtad sesuka hati
d. Anak Melayu jadi pelacur..dll

Kalau anda tenang maknanya anda memang seorang pejuang Melayu tulen. Tapi siapa yang mengaku sebagai pejuang Islam tak tenang dengan segala trajedi di atas... ya... paklah & co tak tenang tapi gumbira bila anak-anak gadis diratah seperti di kem PKN di Terengganu, kerana, 1 x buat salah, dia akan cucuk hidung pesalah itu sampai ke akhir hayat, kerana inilah doktrin yang diajarkan oleh sistem politik sekular machiavelli.

P/S Astora Jabat kena gam... Pada hari Ahad tiada ruangan Bicara Agama dan e-mail pembaca di Mingguan Malaysia oleh AJ. Dalam Al-Islam terbaru AJ kata dia dilarang daripada menulis hal-hal berkaitan agama oleh pihak berkuasa. Hmmm... apa nak buat dah itu arahan diorang. Sabor jerlah AJ. Adakah ini juga satu strategi bagi mempengaruhi atau memprovokasi pihak-pihak tertentu??? Adakah agenda AJ tidak selari dengan konsep Islam Hadhari Paklah? Adakah mereka akan mencuba satu rekabentuk baru? Bagi puak pembangkang ini tentu berita gembira... cheers!!! Kenapa puak pembangkang saja?. Kita rasa umat Islam Malaysia patut gembira sebab banyak tulisannya mengelirukan pembaca... Sekarang baru mereka sedar!!!




___________________________
Terbitan : 20 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)