Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Paklah Hadhari

Paklah tidak akan tahan
Paklah tidak akan terdaya
Paklah akan kalah akhirnya dalam sesingkat waktu
Penyakit umno sangat parah
Ibarat kereta bukannya rosak, tetapi punah
Itulah keadaannya dalam umno/bn
Curiga mencurigai sesama mereka
Tikam menikam sesama mereka
Jatuh menjatuh sesama mereka
Tipu menipu sesama mereka
Tiada kesabaran bertahan lama
Yang kaya lagi nak kaya
Rebut merebut, tolak menolak
Dan banyak lagi yang tak perlu dijelaskan
Fikirlah dan lihat sendiri jika umur panjang

Lagipun kemenangan bn/umno tidak sah
Kemenangan bn/umno hasil penipuan
Kemenangan bn/umno hasil kerja jahat
Kemenangan bn/umno secara bacul
Kemenangan bn/umno secara haram
Kerajaan bn/umno adalah haram

Hadhari campur benda haram tak boleh tahan lama
Hadhari asasnya haram akan jatuh juga
Hadhari asasnya tiada kejujuran akan runtuh juga
Menang tipu nak tegakkan hadhari tak akan jadi
Kita tunggu dan lihat kejatuhan Paklah

Sesungguhnya ALLAH tidak benarkan yang batil bercampur dengan yang baik
Ingatlah itu Paklah

Paklah sedang serang Najib melalui isu rogol di PLKN! Najib akan balas balik selepas ini...tungguuu... Kau tak mau bertanggungjawabkah atas program yang kau war-warkan... ke manelak hilang islam hadhari

tuh dalam kes ini... eh Paklah dah tak nampak apa-apa dah, selain kerusi PM mesti dipertahankan daripada disambar Najib!!! Kitaran permasalahan dalam UMNO adalah 10 tahun sekali. UMNO akan dilanda krisis besar dalam tempoh 4 ke 5 tahun lagi. Puak Najib dengan sokongan Tun Dr Mahathir sedang berusaha untuk menyingkirkan Pak Lah Hadhari!

Kebanyakkan kemudahan yang terdapat di IPTA rosak atau musnah oleh perserta-peserta PLKN. Sungguh ganas mereka ini! Disamping itu pula peserta-peserta wanita yang pergi ke dewan makan dipenuhi dengan love bites di leher-leher mereka! Cara kursus ini dilaksanakan seolah-olah hendak merosakkan akhlak dan jatidiri peserta-peserta! Apa ini??? Oleh kerana kampus-kampus hendak digunakan oleh PKN, masa belajar di IPTA dipendekkan supaya cepat habis bagi membolehkan program PLKN dimulakan dengan menggunakan kampus-kampus IPTA. Ini menyebabkan tekanan yang berlebihan terhadap pelajar-pelajar IPTA untuk mengikuti kursus-kursus mereka yang telah dipendekkan dan dipadatkan. Kenapa jadi begini??? Itulah sebabnya ada saranan 4 tahun untuk ijazah pertama...

Tanda-tanda akhlak muda-mudi menuju KEHANCURAN Sedekad dua lagi, ISLAM hanya tinggal nama saje selagi undang-undang syariah tak tertegak di Malaysia ni... maka kita akan berdosa sepanjang masa. Gejala murtad seperti kes Aishah Bokhari tak kan kita biaq begitu saja. Kes saman terhadap bapa kerana enggan berwali pernikahan anaknya... akan mengundang masalah yang lebih berat... isu umur 18 tahun ke atas tidak berbangkit seandainya undang-undang Islam dipraktikkan. Tangan yang memangkah kerajaan hari ini telah mendapat sahamnya...saham dosa yang berpanjang...

Apakah jalan penyelesaian masa kini... takkan nak tunggu election... buang masa... gejala murtad kian tenat... Orang kafir kian galak memurtad anak gadis Islam... Adakah kita setakat mengeluh saja apabila menatap paper... tiada tindakan... Patut kita berbuat sesuatu... undang-undang di negara ini telah menggalakkan lagi murtad...

Peserta Khidmat Negara kena rogol dengan cemerlang, gemilang dan terbilang Camana nie? Inikah yang dimaksudkan cemerlang, gemilang, terbilang? Sampai ke kem latihan khidmat negarapun boleh buat hal? Apa nak jadi dengan cemerlang, gemilang dan terbilang? Adakah ia hanya slogan kosong? Tak habis-habis dengan kemajuan rogol, pembangunan rogol dan wawasan rogol. Yang pastinya pompuan jadi mangsa politik rogol!!! sebelum nie tejadi pergaduhan cemerlang, gemilang dan terbilang!!!

Kesiannya pelatih tu... jadi mangsa rogol pada era Islam Hadhari Imam Besar Al-Khalifah Paklah yang membolehkan semua. Difahamkan jurulatih tersebut merogol pelatih khidmat negara yang malang itu sebaik sahaja terangsang nafsunya selepas menonton iklan pepsi yang memaparkan aksi lucah Britney Spears yang mana iklan tersebut diluluskan penyiarannya oleh Kementerian Penerangan kerana ia menepati etika penyiaran di sebuah negara Islam ala ala Islam Hadhari... kesian kesian!!!

Semoga dengan ada nya kejadian ini (dan juga kejadian-kejadian yang lain sebelumnya) dapat membuka mata pihak-pihak yang berwajib agar mengecualikan orang perempuan dari menyertai Perkhidmatan Negara.

Islam sejahtera, hadhari di mana? Islam bermakna kesejahteraan, keselamatan di dunia dan di akhirat, keamanan, kebahagiaan untuk seluruh makhluk di langit dan di bumi, termasuk untuk seluruh manusia tidak kira apa bangsa, lokasi dan keturunan. Untuk memperoleh sesuatu mesti berusaha, Untuk memperolehi kesejahteraan, keamanan, kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat (alam selepas mati) perlu berusaha juga. Kaedah umum usahanya tidak kompleks bahkan cukup mudah, mematuhi syariat Islam yang syumul tanpa berbelah bahagi,

Peraturan Islam (syariat Islam) mestilah dijunjung,
Undang-undang Islam mestilah dilaksanakan,
Peraturan Islam mesti dipatuhi oleh kerajaan dan umat,
Peraturan Islam mesti ditegakkan tanpa ragu,
Peraturan Islam mesti dicontohi oleh kerajaan dan diikuti oleh rakyat,

Kaedah umumnya mudah, tetapi usaha menegakkan syariat Islam itu perlukan kejujuran, perlukan perjuangan yang berterusan, perlukan keikhlasan, perlu bersungguh-sungguh dan istiqomah di jalan

ALLAH,

Di peringkat usaha inilah banyak cabaran mendatang,
Di sinilah banyak rintangan menghalang,
Di sinilah ujian banyak diturunkan ALLAH,
Di sinilah manisnya perjuangan itu,

Semoga ALLAH menetapkan iman kita semua, Amiin Ya SALAM.

Hadhari maknanya moden, Dalam Al Quran Dan Hadis tidak terjumpa nasnya. Belum ada negara di dunia menjalankannya, mahupun masa dulu-dulu atau sekarang, Malaysialah yang pertama, terr ulung. Jika dirujuk sosiologi orang arab, mungkin di situ diambilnya, sebab ada arab badawi dan ada arab hadhari, arab kampung (padang pasir), arab bandar, jika ini diguna pakai maka Islam hadhari adalah

Islam untuk orang bandar saja,
Islam untuk orang kaya aje,
Islam ikut kata Amerika aje,
Islam ikut telunjuk yahudi aje,

(jihad dikatanya teroris, fundamentalis, militan, radical, extremists, segala muntah yahudi kamu ikut menyebut, macam burung kakak tua, sebenarnya merekalah teroris, jelas dan nyata)

Islam untuk orang yang sibuk aje,
Islam untuk bersuka-suka sebab di bandar macam-macam ada,
Islam had had hari saje,
Besok pakai syariat Islam, hari ini tidak,
Lusa pakai syariat Islam, tulat tak pakai,
Tubin pakai syariat Islam, tonggeng tak pakai,
Masa kempen janji hadhari, bila hari mengundi tak pakai syariat Islam,
tipu sana, tipu sini, tipu sinun,

Masa kat tv merayu mendayu, bila menang menyanyi "final countdown" dulu,
Terangguk-angguk kepala, macam kat disko pulak lagatnya,
Last sekali baru lah nak berdoa cara Islam,
Hadhari ini sudah tentu ajaran sesat baru milenium ini.
Kan lebih elok pilih perkataan badawi saja
Dari hadhari kerana sesuai dengan nama PMnya,
Dan sesuai pula dengan kelaku semuanya.

Akhlak masyarakat selepas pilihanraya banyak peristiwa tidak baik berlaku,
Buli di sekolah,
Gangster di sekolah,
Tumbuk rakan pelajar sampai mati,
Bergaduh di PLKN,
Rogol di PLKN,
Pergaulan bebas dan akhlak buruk remaja di PLKN,
Silibus PLKN yang tidak menekankan moral dan agama,
Perempuan Islam jadi penari bogel,
Sure heboh sana sini
dan tak lama lagi Akademi Fantasia,
dan banyak lagi,

Adakah ini hasil (natijah) dari galakkan bn mengajar rakyat menipu dalam pilihanraya?
Adakah ini hasil (natijah) dari galakkan bn menaja konsert sana sini?
Adakah ini hasil (natijah) dari galakkan bn merasuah rakyat ketika mengundi?
Adakah ini hasil (natijah) dari pembohongan bn di saluran media?
Adakah ini hasil (natijah) dari galakkan bn merasuah rakyat untuk terus berkuasa?

Apa yang disemai, itulah yang dituai.
Sesungguhnya hadhari itu pun palsu,
Apatah lagi kemenangan bn lagi palsu.
Di manakah jaguh-jaguh Islam bn?
Di manakah Pirdaus bn?
Di manakah Marshitah bn?
Di manakah Amran bn?
Di manakah prob atau prop Abdullah ?
Di manakah laskar Najmudin ?
Di manakah moner Jakim ?

Nasihatkanlah Abdullah Badawi tu seperti yang kamu semua janji,
Betulkanlah umat, betulkanlah ketua-ketua kamu tu,
jangan tersenyum aje...
Atau kamu semua dah tak nampak apa-apa maksiat lagi ke?
Atau cermin mata kamu terlalu biru tua, gelap segalanya ?
Atau kamu terus lena di atas kerusi empuk itu?

Di sinilah nampaknya tembelang kamu semua nak membetulkan dari dalam,
Nampak kamu semua menikus,
Jelaslah sudah had hari kamu...
Kita tunggu dan lihat hari kejatuhan kamu semua,

Sesungguhnya ALLAH tidak benarkan yang batil bercampur dengan yang baik.
Ingatlah itu wahai kamu semua.

Al Fatihah...

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para sahabat Nabi sekeliannya... "Ya ALLAH Ya KHALIQ, insafkan semua mereka yang terlibat dalam penipuan pilihanraya 2004 untuk bangun

berkata benar, mengakui penipuan yang telah mereka lakukan, mengakui pemalsuan yang telah mereka buat secara terancang itu,

Jika mereka enggan, HANYA Kepada MU, Ya ALLAH, kami mengadu kerana ENGKAU sebaik-baik tempat mengadu. ENGKAU gantikan kesemua mereka serta ketua-ketua mereka dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Islam

yang nyata lebih baik, Amiin Ya MUTAKABBIR.

Amiin Ya ALLAH, Amiin Ya KHAFIDH, Amiin Ya MUNTAQIIM,
Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya WAHHAB,
Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya WAHHAB,
Amiin Ya WAHHAB,
Amiin Ya MUJIIB, Amiin Ya RABBAL 'AALAMIIN.

Wasallallahu'alal mursaliin wa 'ala alihi wasohbihi ajmaiin,
walhamdulillahirabbil 'aalamiin."
Amiin!!!





___________________________
Terbitan : 21 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)