Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Mana Paling Penting?

Mana Paling Penting? nak mendidik akidah dalam masyarakat atau nak menggerakkan pembinaan khilafah atau nak menyatukan ummah atau nak membangunkan ekonomi dulu atau nak majukan segala teknologi dulu atau nak mantapkan perpaduan bangsa-bangsa di Malaysia dulu atau... atau...

mana dulu yang paling penting?

MENTALITI PAK LEBAI PAS - mengikut pandangan Prof. Datuk Dr. Syed Hussein Alatas. Kepada tokoh pemikir Islam, Prof. Datuk Dr. Syed Hussein Alatas, kekalahan PAS itu bukanlah kerana ia mengemukakan dasar Islam sebagai asas perjuangannya tetapi lebih kerana barisan kepimpinannya yang ada sekarang tidak menarik minat masyarakat. Sambil menyifatkan bahawa kepimpinan PAS adalah "nakhoda yang mengikuti latihan zaman kapal layar'' beliau berkata: "Sudah tentu kita memerlukan nakhoda yang boleh melayarkan kapal pada zaman sekarang.''

MM: Propaganda bagaimana yang ditolak itu?

SYED HUSSEIN: Rakyat menolak PAS bukan kerana ia mengemukakan dasar Islam sebagai perjuangannya; bukan itu yang menyebabkan ia tidak berkesan. Ia tidak berkesan kerana sifat pimpinan PAS itu. Parti itu dipimpin bukan oleh mereka yang ahli dalam masalah politik zaman sekarang. Dalam gerakan Islam yang sangat berkesan di mana-manapun di dunia ini, pimpinannya bukan daripada golongan yang tidak ada latar belakang pendidikan zaman sekarang. Ambil kelahiran negara Pakistan sebagai contoh. Kita boleh melihat bagaimana rakyatnya termasuk para pemimpin madrasah dan lebai-lebai yang menyokong kelahiran Pakistan itu mengangkat Muhammad Ali Jinnah sebagai pemimpin. Ketika itu ada banyak pemimpin yang berpengaruh di Pakistan tetapi mereka mengangkat Jinnah.

MM : Adakah maksudnya kepimpinan ulama tidak sesuai dalam politik zaman ini?

SYED HUSSEIN: Betul. Kepimpinan ulama tidak sesuai kerana bukan matlamat ulama untuk mencurahkan pemikirannya di situ. Lagi pula, latar belakang ulama tradisi tidak cukup memahami masalah dunia dan langsung tidak ada latihan ke arah itu. Gerakan Islam di Indonesia umpamanya bermula pada tahun 1912 melalui Sarekat Islam (SI) tetapi ia dipimpin oleh Haji Omar Said Tjokroaminoto, dan bukannya tokoh-tokoh dari pesantren. Namun SI mendapat sokongan kuat daripada pesantren. SelePAS Indonesia merdeka, gerakan Islamnya dipimpin oleh Masyumi. Para pemimpin Nahdatul Ulama sekarang juga banyak yang mempunyai pendidikan moden. Kalau kita lihat Revolusi Iran digerakkan oleh Imam Khomenei. Tetapi sebaik saja berjaya, tokoh yang dilantik sebagai Perdana Menteri ialah Mehdi Bazargan, seorang jurutera dan bukannya ayatollah. Menteri-menteri yang lain juga begitu, ada doktor, jurutera dan sebagainya. Saya katakan begini saja. Pada zaman ini, kita tidak boleh mencari nakhoda yang mengikuti latihan zaman lampau, latihan zaman kapal layar. Sudah tentu kita memerlukan nakhoda yang boleh melayarkan kapal zaman sekarang.

Apa yang kita tengok dalam kepimpinan PAS hari ni bukan saja golongan ulamak/berpendidikan agama tapi ramai jugak dikalangan professional(lawyer, doktor, jurutera, pakar nuklear dan sebagainya)... tengoklah calon-calon PAS dalam PR yang lePAS... kalau dulu-dulu mungkin apa yang dikatakan oleh Syed Hussein ini betul... memang 20 tahun lePAS PAS lebih dikenali sebagai parti golongan tok lebai... tapi sekarang tidak lagi... inilah perubahan yang ada dalam PAS...

Bagaimanakah kedudukan kerajaan PAS di Kelantan pada masa ini pada pandangan Prof.?

SYED HUSSEIN: Sangat kritikal. Mungkin dalam enam bulan akan ada dua atau tiga orang wakil rakyatnya yang keluar tetapi maksud saya bukan kerana dibeli. Sebaliknya mereka melompat parti kerana menganggap kapal akan tenggelam. Sebelum tenggelam baik mereka lompat dulu. Jangan lupa bahawa tikus-tikus politik banyak. Tikus politik ini ada di semua kapal. Inilah masanya tikus ini melompat dari satu kapal ke kapal lain.

5,6 bulan lagi???eemmm... harap takdak sapa gelakkan prof nie nanti!!!

Mengikut Konsep Perpaduan Islam... perpaduan yang diikat oleh agama lebih kuat daripada yang diikat oleh ideologi, oleh ikatan darah, oleh ikatan ekonomi, oleh ikatan senasib. Oleh itu umat Islam kalau mahu perpaduan kuat, jadikanlah Islam sebagai pengikatnya. Kenyataannya... umat islam terus berpecah dan berpecah sejak dari zaman khalifah Abu Bakar. Masing-masing dengan haluan sendiri... masing-masing kata... kumpulan dialah yang betul-betul islam... pelik... tapi itulah hakikatnya... umat islam berpecah belah kerana setiap kumpulan kata dia mewakili islam sebenar! Maknanya perpaduan kebangsaan tak boleh pakailahhh... sia-sia saja kalau perpaduan melalui kebangsaan ni...lebih kurang drive kubota saja taraf perjuangan kebangsaan ni...'boh gear jalan kaki'...

MATLAMAT PAS - Fasal 5

1. Memperjuangkan wujudnya di dalam kawasan ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hakamnya menuju keredhaan Allah SWT.

2. Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

ASAS DAN TUJUAN UMNO - Fasal 3
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Fasal- 3.1, 3.2 & 3.3

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

Ungkapan "keredhaan Allah" tidak ada dalam Perlembagaan UMNO. Itulah sebabnya UMNO benarkan partinya dianggotai oleh peribumi kristian di Sabah dan menjadikan mereka teman seperjuangan dan sebagai "teman rapat" dalam parti kerana Perintah Allah dalam ayat 139 dan 144 Surah An-Nisa serta ayat 51 Surah Al-Maidah bukan dipedulikan oleh UMNO.

Demikian jugalah, bagi UMNO "matlamat menghalalkan cara" serta ajaran Machiavellisme adalah alat perjuangan. Itulah sebabnya UMNO merestui ISA, dan membicarakan Anwar menggunakan Mahkamah Sekular, bukannya Mahkamah Syariah. Pada halnya Mahkamah Syariah mempunyai jurisdiksi bagi membicarakan kes jenayah meliwat.

Matlamat PAS adalah untuk membebaskan rakyat dan Negara dari terus-menerus dibenci oleh Allah. Prinsip akibat tidak mematuhi Perintah Allah ada dalam ayat 38 dalam Surah Al-Israa di dalam Al Quran. Itulah sebabnya PAS menekankan bahawa Hukum Hudud mesti dijadikan undang-undang dan dikuatkuasakan oleh Negara kerana Hukum Hudud adalah Perintah Allah.

UMNO tidak mahu memperjuangkan agar Hukum Hudud itu dijadikan undang-undang Negara bagi rakyat beragama Islam yang melakukan jenayah hudud. UMNO tidak mahu mematuhi Perintah Allah dalam hal Hukum Hudud. Akibatnya, UMNO tidak sedar perjuangnya sendiri adalah jenis tiadanya keredhaan Allah, dan disebaliknya mengundang kebencian Allah. Melayu tidak akan berjaya selama mana keredhaan Allah tidak diperolehi.

- Pengisthiaran Malaysia sebuah Negara Islam dibuat dihadapan ORANG BUKAN ISLAM! Apsal???
- KES LIWAT - Dibicarakan di Makhamah SIVIL ! Apsal???
- Denda Menari BOGEL RM 25 dan 4 hari penjara. Denda tak JOIN Latihan Khidmat Negara RM 3 ribu atau dipenjarakan.
- Bentangkan BAJET lebih penting dari SOLAT FARDHU ASAR. Apsal???
- CEGAH ratu CANTIK... MUFTI kena PECAT. Apsal???

Pekara-pekara di atas tu... TAK ADA KENA MENGENA DALAM SEBUAH NEGARA ISLAM KE???

Malaysia hanya dilabelkan saja sebagai "Negara Islam", apakah kerana label itu, maka Malaysia telah menjadi Negara Islam? Anda misalnya, nama saja nama Melayu berunsur nama Islam, tetapi Anda berzina, minum arak, berjudi, kemudian Anda nak canangkan kepada orang bawa Anda adalah orang Islam? Yang dimaksudkan negara Islam ialah Negara dan rakyat yang beragama Islam mematuhi Perintah Allah ayat 162 Surah Al-An'aam, dan segala perundangan negara/negeri bagi rakyat yang beragama Islam mematuhi SEMUA Perintah-perintah Allah dan hukum-hakam syariah. Mana Hukum Hudud?

Jika cuma satu saja Perintah Allah tidak dipatuhi dan dijadikan undang-undang Negara, maka Negara bukanlah Negara Islam. Anda kena faham prinsip mengenai akibat tidak memathui Perintah Allah. Prinsip itu ada dalam ayat 38 dalam Surah Al-Israa'. Kalau Negara dan Rakyat tidak mematuhi Perintah Allah bererti Negara dan rakyat di sisi Allah melakukan kejahatan dan dibenci oleh Allah- inilah prinsip yang terdapat dalam ayat 38 dalam Surah Al-Israa itu.

Adakah patut, namanya Negara Islam, tetapi rakyat dan negara di sisi Allah melakukan kejahatan dan dibenci oleh Allah. Rakyat beragama Islam apakah namanya, jika dibenci oleh Allah? Orang kafirpun ketawa, mereka boleh kata, "Rakyat Melayu beragama islam tu namanya saja beragama Islam, tetapi Tuhan mereka membenci mereka."; kalau mereka fahami maksud ayat 38 dalam Surah Al-Israa itu.

Negeri atau bumi yang berada di bawah kekuasaan umat Islam dan kedaulatan mereka di mana umat Islam dapat mengamalkan Islam dengan terbuka dan mampu mempertahankan diri daripada serangan musuh..."??? ILUSI & ANDAIAN SEMATA – HAKIKATNYA TAK ADA SATU NEGARA ISLAM YANG BERKUASA. SEMUA BERNAUNG & TERIKAT KEPADA UNDANG-UNDANG PBB. JADI, MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM· Berusaha menjaga kebajikan umat Islam dan memartabatkan agama Islam??? ILUSI & ANDAIAN SEMATA – HAKIKATNYA UMAT ISLAM DI NEGARA SENDIRI MASIH TERBIAR & TIDAK DIBELA. BANYAK CONTOH SEPERTI KEMISKINAN DI KEDAH YANG DIPAPARKAN OLEH UTUSAN MALAYASIA· Islam sebagai agama rasmi negara, bermakna ia telah beramal dengan Al Quran dan menjadikannya sebagai rujukan utama di mana Islam diletakkan di tempat yang sewajarnya??? ILUSI & ANDAIAN SEMATA – BANYAK CONTOH SEPERTI PUSAT MAKSIAT MERATA-RATA· Unsur-unsur hasutan dan memecah belahkan masyarakat??? HANYA PADA KACAMATA & KELEBIHAN DI PIHAK KERAJAAN. PERLU DIBINCANG LEBIH MENDALAM DEFINISI HASUTAN & PECAH BELAH· Menghentam kerajaan dan membuka aib orang??? HANYA PADA KACAMATA & KELEBIHAN DI PIHAK KERAJAAN. PERLU DIBINCANG LEBIH MENDALAM DEFINISI HENTAM & BUKA AIB ORANG!!!

Kenyataan bahawa Malaysia sebuah negara Islam hanyalah berbentuk ilusi & andaian semata-mata!!! Adakah kadar jenayah, maksiat, masalah sosial & dll pada tahap mimimum? Jawapannya TIDAK! Jadi, Malaysia bukan negara Islam. Sebagai sebuah negara Islam, apakah tanggungjawab pemimpin terhadap negara Islam lain yang dijajah (secara fizikal) seperti Iraq, Palestin & Afghanistan (Taliban). Cukupkah setakat melalak & bantuan kemanusiaan sahaja. Adakah ianya menepati kemahuan Al Quran? Jawapannya TIDAK! Jadi Malaysia bukan negara Islam. Sentuh PASal isu memecah belahkan masyarakat- pada pandangan kita bukan PAS atau KeADILan atau DAP dll yang memecah belahkan masyarakat. PAS hanya mengikuti saluran sistem demokrasi yang digunapakai oleh Malaysia. Dakwaan tersebut hanya pada kacamata & kelebihan kerajaan BN yang risau melihat rakyat boleh menerima hujah-hujah PAS & secara tidak langsung boleh menggugat kesinambungan pemerintahan kerajaan BN pada pilihanraya akan datang. Hakikatnya sistem DEMOKRASI itulah punca masyarakat Islam dan lain-lain masyarakat berpecah. Jikalau kerajaan BN mahukan masyarakat Islam bersatu, kenapa perlu diadakan pilihanraya? Siapakah yang bersalah bila rakyat menyokong PAS? Tak mungkin PAS yang bersalah. Yang bersalah ialah sistem DEMOKRASI itu sendiri. Apa yang perlu kerajaan BN buat ialah dapatkan mandat daripada Parlimen supaya bubarkan sistem DEMOKRASI, tak perlu pilihanraya & BN perintah selama-lamanya. InsyaAllah, rakyat akan rela & terpaksa bersatu & tak lagi berpecah belah.





___________________________
Terbitan : 22 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)