Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Sejarah Pasti Berulang

Bukankah pelik namanya kerana orang islam sendiri yang kondem islam? Kalau orang kafir tu tak heran... Apa sebabnya? Adakah kerana dia orang tu dah tipis iman? Atau tak mengaji islam? Atau kerana dipesongkan oleh ulamak gila pangkat/duit? Atau... Tapi kenapa mereka tu masih mengaku islam?

Satu golongan Islam yang mahukan Islam sebagai ad-din, sedangkan satu golongan lagi menentang, mereka ini adalah golongan Islam sekular. Golongan Islam sekular ini mahu Islam itu mesti mengikut tamadun dan kemajuan, tetapi golongan Islam yang mahu menegakkan Islam sebagai ad-diin mahu tamadun itu yang mesti mematuhi undang-undang dan nilai-nilai Islam.

Islam, sebagaimana yang dipraktikkan oleh pemeluknya, ada macam-macam: ada Islam konservatif, jumud dan ortodoks (contohnya Islam PAS), dan ada Islam liberal, moden dan progresif (contohnya Islam UMNO). Kedua-dua jenis Islam ini dari dahulu hingga sekarang sedang berlawan dan memang telah wujud lama dalam sejarah.

Islam konservatif (yang disebut juga Islam fundamentalis) berkembang sejak diwar-warkan oleh Maududi pada tahun 1930-an dan Sayid Qutb pada tahun 1950-an. Sekarang ada tanda ia semakin berkembang di kalangan orang Islam yang suka mentafsirkan Quran secara literal (harfiah).

Apabila pemimpin PAS memukul canang hendak melaksanakan hukum hudud dan menegakkan negara Islam, memang mudah dijangka kaum bukan bumiputera di negara ini tidak akan menyokong parti itu. Mereka sebenarnya lebih bersedia menyokong dan berganding tangan dengan golongan sekular dan tidak mahu berada di bawah pemerintahan Islam. UMNO dilihat oleh mereka lebih wajar disokong, kerana UMNO tidak terlalu mementingkan hukum hakam dan tidak tergesa-gesa mahu mewujudkan apa yang dikatakan pemerintahan Islam.

Walaupun pemimpin UMNO pernah mendakwa Malaysia adalah sebuah negara Islam, tetapi negara Islam ala-UMNO boleh diterima oleh kaum bukan Melayu kerana ia lebih menjurus kepada pembangunan umat atau tamadun, atau apa yang sekarang disebut Islam Hadhari. Di bawah negara Islam ala-UMNO, kaum bukan bumiputera boleh hidup dengan aman dan mengamalkan adat resam dan agama mereka tanpa gangguan.

Sementara itu, walaupun tidak ada hukum hudud, umat Islam juga boleh mengamalkan agama mereka dengan aman dan damai. Oleh yang demikian, konsep negara Islam ala-UMNO sebenarnya telah dapat memenuhi keperluan semua kaum di negara ini. Dengan itu , UMNO akan terus mendapat sokongan daripada kaum bukan Melayu dan boleh memerintah beberapa lama lagi. Betulkah kenyataan-kenyataan sebegini???

Islam tak larang amabik apa-apa dari Barat yang diredhai Allah. Ilmu kejuruteraan Islam tak larang. Yang islam larang ialah Tidak mematuhi Perintah Allah. Kalau nak fahami apa itu orang sekular ialah orang yang segala laku buat dan fikirannya serta tindakannya tidak mematuhi Perintah Allah ayat 162 dalam Surah Al-An'aam. Katakanlah: "Sesungguhnya salat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)".

Misalnya UMNO dikatakan sebagai sekular kerana Hukum Hudud tidak mahu dijadikan undang-undang. Adakah tidak menjadikannya undang-undang itu selaras dengan Perintah Allah dalam ayat 162 Surah Al-An'aam itu? Kenapa tak nak Hudud itu dijadikan undang-undang? Sebab pemikiran sekular memutuskan Hukud tidak sesuai kerana rakyat Malaysia bukannya semua beragama Islam, demikian alasan Pemikiran Islam Tun Dr Mahathir.

Kerana hendakkan aman... Singapura terlepas menjadi negara diperintah kaum kufar, itulah Islam dalam UMNO. Itulah dia polisi senyap UMNO, yang memperjuangkan agar Melayu "menang sorak kampung tergadai" dan "Al Quran dan Sunnah menjadi terabai".

Cuba perhatikan wahyu tuhan

Almumtanah[ayat-2]
Jika mereka berupaya menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu dan mereka akan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa dan lidah mereka untuk mengenakan kejahatan ke atas kamu, serta mereka sentiasa inginkan kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).

Allah menyatakan orang-orang kafir, sekiranya mereka kuat, mereka tidak akan redha kepada kita sekiranya kita mahu Islam. Mereka mahu kita ikut cara mereka. Itu statement tuhan... Jadi, berdasarkan statement tuhan di atas: orang kafir sangat-sangat sokong UMNO sekarang... mungkin ada 2 kemungkinan:

1. Sebab mereka belum kuat walaupun UMNO inginkan islam atau 2. UMNO tu sendiri sudah memenuhi hasrat atau mengikuti gaya yang dikehendaki mereka

Agak-agaknya kemungkinan mana yang betuLLL???

Perjuangan orang Islam di dunia ini ada dua golongan, satu golongan Islam itu ad-diin diperjuangkan, satu lagi orang Islam, tetapi berpaut kepada sekularisme. Apa makna "bodoh"? Ini diri sendiri punyai difinisi, iaitu "Tahu sesuatu perkara itu salah dan berdosa dilakukan, tetapi dilakukan juga". Ramai orang berjuang atas nama Islam, tetapi bukan atas dasar "keredhaan Allah". Contohnya banyak, antaranya di negara Malaysia ni, rakyatnya ramai yang Islam, Pemerintah juga beragama Islam, UMNO sendiri berslogan memperjuangkan Islam, tetapi bila bab perundangan diperjuangkan perundangan sekular; sedangkan Allah Perintahkan umat Islam mesti patuhi ayat 44, 45 dan 47 Surah Al-Maidah. Macam mana? Siapa yang bodoh, jika ikuti maksud definisi "bodoh" tadi? PAS atau UMNO?

Contoh Islam yang tidak diredhai ialah:
1. Hukum Hudud tak perlu diadakan
2. Hukum Zina dihukum dengan RM3000.00
3. Hukum berbogel dikhalayak ramai denda RM25
4. Pusat judi dan Kilang Arak dihalalkan
4. Pesta-pesta maksiat disuburkan, mulakan dengan doa lagi mintak keberkatan... dan lain-lain yang bercanggah dengan keredhaan Allah swt.

Tapi alangkah silapnya bila kita mendokong perjuangan UMNO/BN', yang ternyata parti yang benar-benar telah dan sedang:

a) Membiarkan kalangan orang melayu terus murtad tanpa pembelaan walaupun ada KUASA.
b) Memberi lesen pada kelab-kelab malam UMNO sehingga ada yang berbogel di dalamnya walaupun ada KUASA menutupnya.
c) Membiarkan VIP-VIP dan orang-orang Melayu masuk Genting main judi walaupun ada KUASA menutup pusat judi tersebut.
d) Seronok memerhatikan orang-orang Melayu beratur membeli no. 4 ekor walaupun ada KUASA untuk menghalang atau menutup kedai tersebut.
f) Seronok melihat anak-anak Melayu berjemaah di Bangsar menunaikan majlis tonggang arak walaupun ada KUASA menghalang atau menangkap.
g) Dan lain-lain lagi. Sekadar beberapa contoh...

Jadi, penyokong/pendukung UMNO/BN cuba nasihatkan kerajaan UMNO/BN supaya memberhentikan segala gejala NEGATIF (pada pandangan PAS; tak tahulah kalau POSITIF pada pandangan UMNO) di atas.

Mengenai cerita-cerita yang disampaikan oleh mereka berkenaan Anwar itu, bagi mereka yang beriman tertanya-tanya, adakah Tun Dr Mahathir seorang beriman yang mematuhi Perintah Allah, ayat 6 Surah Al-Hujurat," Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." sebelumnya dia mempercayai cerita-cerita yang disampaikan kepadanya?

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ada Mahkamah Syariah, dan Mahkamah ini mempunyai juridiksi bagi membicarakan pertuduhan jenyah melakukan liwat. Kenapa pertuduhan tidak dilakukan di Mahkamah Syariah, tetapi dilakukan di Mahkamah Sekular? Jika Malaysia Negara Islam, kenapa pertuduhan terhadap kes tersebut tidak dilakukan di Mahkamah Syariah sedangkan Mahkamah mempunyai juriskisi membicarakannya?

Dalam Islam, perkara pertuduhan adalah amat serius, demikianlah juga dengan perkara saksi. Mengikut ajaran Islam, setelah Tun Dr Mahathir sendiri mencanangkan kepada rakyat secara yang amat mengaibkan Anwar dan keluarganya, dan apabila diminta hadir ke Mahkah sebagai saksi, Tun Dr Mahathir telah menggunakan undang-undang sekular menolak enggan hadir ke Mahkamah untuk menjadi saksi bagi perbicaraan pertuduhan terhadap Anwar itu. Apakah hukumannya mengikut undang-undang Allah, iaitu Islam kerana keenggan menjadi saksi tersebut?

Mereka yang mengatakan agama adalah hak peribadi ialah mereka yang menerima pandangan mengikut pandangan sekular, bukan mengikut ajaran Islam. Seseorang menganut Agama Islam, hak-hak peribadinya tidak boleh keluar dari maksud Perintah Allah, ayat 162 dalam Surah Al-An'aam, dan ayat 56 dalam Surah Al-Dhariyat. Jika Agama itu hak peribadi, kenapakah dalam Islam, adanya perkara-perkara berikut:

1. Adanya seruan Azan dikumandangkan.
2. Adanya Hukum Hudud
3. Adanya "amal makru fnahi mungkar"
5. Adanya "Kiraman Katibin" di kiri-kanan kita
6. Adakah hukum dan kwajipan terhadap jiran.

7. Adanya al-hadis yang memerintahkan anak yang berusia 7 tahun disuruh dirikan sholat dan apabila berusia 10 tahun yang enggan dirikan sholat hendaklah dipukul.
8. Adanya undang-undang makan di khalayak ramai pada siang hari boleh didenda.
9. Adanya Hukum mereka yang murtad. 10. Adanya hukum wajib menjawab ucapan Salam.

Sejarah FITNAH yang tetap tercatat dalam rekod malaikat atiq, akan dibuka semula di mahsyar nanti, tukang fitnah, tukang sah fitnah, tukang sebar fitnah, tukang yang setuju dengan fitnah, orang-orang yang membela mangsa fitnah, kesemuanya ada share di mahsyar sekalipun mungkin ANDA tidak yakin ini berlaku ! semoga ALlah swt mengampunkan hambaNya yang masih tenggelam dalam kegelapan.

Soal DSAI bukan soal peribadi, ianya soal KEADILAN untuk semua, untuk kita dan keluarga, untuk ANDA DAN KELUARGA, untuk seluruh rakyat Malaysia. Kerana perkara yang serupa juga boleh menimpa ANDA pada bila-bila masa sahaja. Sebab itulah Allah swt menyuruh umat Islam dokong keadilan, bukan kepuakan seperti yang UMNO/BN jebakkan itu.

Tun Dr Mahathir sendiri sudah pasti tidak melihat sendiri Anwar melakukan liwat, cuma dia hanya mendengar cerita yang dibawa oleh pencerita atau pelapor. Tun Dr Mahathir sebagai PM, jika mengikut ajaran Islam selaku Ulilamrai(?), ketakwaan mestilah tinggi kepada Allah dalam hal mematuhi segala Perintah Allah. Adakah Tun Dr Mahathir sebelum mencanangkan kononnya Anwar melakukan liwat itu terlebih dahulu mematuhi Perintah Allah ayat 6 dalam Surah Al-Hujurat?

Dan apabila dispina oleh Mahkamah supaya dia hadis sebagai saksi, dia menolak. Apakah dalam ajaran Islam seseorang yang memainkan peranan turut menuduh boleh enggan menjadi saksi dan memberikan keterangan di Mahkamah? Ada sekali tu dia bersetuju untuk jadi saksi kes Anwar, tetapi minta peguam-peguam Anwar sediakan soalan awal agar dia boleh sedia dari rumah...

Anda pernah ikuti perbicaraan live di court? kalau anda tak pernah, memang patutlah anda rasa anda yang betul kerana media laporkan benda-benda yang banyak tak sama dengan apa yang dibicarakan di mahkamah. Kalau nak diikutkan kaedah Islam yang dikatakan UMNO dokong itu, mahkamah sivil bukan tempatnya untuk bicarakan jenayah syariah ini sepertimana kata Karpal Singh semasa momohon kepada mahkamah tetapi peguam negara (dah mati dah, dia tukang sahkan fitnah itu!) bantah dan dia kata itu dalam bidang kuasa dia. Saya rasa anda mudah lupa... dimaafkanlah.

Itu belum lagi masuk bab si Azizan, the star witness itu, yang beberapa kali mengaku tidak berlaku perkara yang disabitkan ke atas DSAI itu bila disoal oleh para peguam DSAI. Dan hal ini pun tak dilaporkan media, melainkan yang dilaporkan, si Azizan diasak dengan soalan-soaln yang berulang-ulang dan Azizan naik pening dan ditangguhkan perbiacaraan. Ini kepincangan dalam mahkamah yang anda sanjung itu.

Dan banyak lagi kepincangan lain yang berlaku. Mengapa pincang??? Ikut lojik akal, sesuatu yang betul berlaku itu, tak susah dibuktikan, malah seorang pemimpin besar negara seperti DSAI tentu sekali tahu jika hal ini dihebahkan kepada umu ! Itu belum lagi masuk bab alibi dan tilam sebagai saksi bisu!!! Banyak lagilah kepincangannya, dan anda mau yakin dengan kepincangan itu? Kita nasihatkan agar buatlah solat hajat istikhoroh untuk bertanya direct kepada Allah swt di atas perkara yang anda rasa was-was ini. InsyaAllah, ianya akan ditunjukkan Allah swt. Yakinlah kepadaNya...

Seluruh dunia tahu Anwar telah ditargated dengan "Senjata Fitnah" kecuali budak-budak suruhan dan 'apple polishers". Kita rasa malu tentang plot yang keji ini, tetapi apa hendak buat? "Anwar is a man with principle" He will stand up again. He will rock Malaysian politic, wait and see.

Kalau dikaji "Perbicaraan Anwar" tentu sekali itu suatu fitnah. Ramai orang kata 'Anwar is history". Mereka yang berintelek tahu perkara sebenar yang berlaku kepada Anwar. Malangnya, di Malaysia ini ramai yang tidak suka membaca dan mengkaji "gunakan akal fikiran". Mereka suka dengar-dengar cerita. Apa yang dilaporkan dalam media massa adalah berita haprak. Lihat sahaja bagaimana wartawan- (dalam bahasa Malaysia) ketika mengadakan interbiu. Soalan yang dikemukakan tidak profesional dan bagaimana rakyat boleh maju kalau didedahkan dengan wartawan-wartawan tersebut.

Kembali semula kepada kes Anwar. Terbayangkah kita apa akan jadi pada April 2009. Anwar dibebaskan. "Anwar is a fighter - freedom and corruption fighter". Mereka yang menghina Anwar akan bertukar imej menjadi "apple polishers". Sebagia contoh, lihat apa sudah jadi kepada "Pejuang-Pejuang Terror Semangat 46" Tak payahlah kita panjang-lebarkan. Terdedah di hadapan mata. Apa yang mesti dilakukan oleh mereka yang bersimpati kepada Anwar - Berdoa agar beliau dalam kesihatan yang sejahtera dan panjangkan usia beliau. Tunggulah pada April 2009. Jangan harap beliau akan dibebaskan oleh Kerajaan hari ini. Anwar tidak pernah meminta simpati daripada sesiapapun. Beliau memperjuangkan untuk bangsanya. Kalau beliau fikirkan kepentingan dirinya, tentu beliau akan ikut sahaja perintah bosnya seperti apa yang berlaku hari ini. Dan beliau menjadi PM. Sebaliknya, lihat apa yang berlaku hari ini. Bekas PM telah letak jawatan, ia sudah jadi "History" Ramai yang sudah menjauhkan diri daripadanya. "Proton" tidak mahu ia lagi (sebabnya cari sendiri) tetapi ia telah memohon pada Paklah agar ia dijadikan "penasihat proton". Inilah yang dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Apa sudah jadi kepada projek-projek meganya?
1. Di mana projek Pintu Gerbang (Koswe J.B)?
2. Projek Keretapi Roket ke China.
3. Petwaja and Eric Chia
4. Proton - Automoble Industry

Sebab itulah "keredhaan" itu perlu disebut supaya anak cucu kita nanti tahu mana Islam yang Allah redha atau tidak. Berdasarkan pengalaman orang yang dah lama kerja dengan Stesyen TVlah, dan kita tengok juga siaran kat TV3, bila masuk bab dakwaan ucapan isu-isu kontroversi oleh pemimpin PAS, yang kita nampak ialah tukang pembaca berita bersertakan catatan kat screen tv. Kita tertanya kenapa tak tunjuk saja pemimpin PAS tu berucap kat screen TV atau tunjukkan bukti pengesahan berita tu oleh pemimpin PAS. Ada satu kes dulu, TV tunjuk pemimpin PAS berucap tapi sekerat saje. Surat kabar lagilah... Sebab wartawan (atau Editor) yang tulis berita tu tak rujuk dulu kepada sumber yang diperolehi sebagai pengesahan.

Kami di TV4 memang professional.





___________________________
Terbitan : 25 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net  atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)