Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Jom Kita Mengundi Lagi

Ada satu kontraktor di satu negeri di pantai barat menceritakan bahawa 3 tahun lepas, untuk bid 1 kerja kelas f atau d, cuma ada 6 atau 7 kontraktor aje. Sekarang ni lepas pilihanraya, sampai 100 kontraktor masuk bidding, hingga kotak penuh melimpah. Dia kata nak cari makan lagi susah sekarang lepas pilihanraya ni... ekonomi teruk!

Lepas tu dia kate, ada pulak yang bid tu, satu syarikat yang pengerusinya adalah wakil rakyat bn yang baru menang pilihanraya baru ni (orang barulah sebab tahun 99 dulu bukan dia wakil rakyat). Jadi, rupe-rupenya dari 100 yang bid tu, syarikat wakil rakyat tu yang dapat projek tu. Bukan nya banyok, 150 ribu projekpun dia nak salah guna kuasa dia. Camana orang lain nak cari makan? Dia dah ade elaun wakil rakyat, nok lagi. Bila tanya majlis ngape gitu, orang majlis kate politik, kena bagi... ni salah guna kuasa dan menyeleweng. Ini apa kod etika nih? Paklah mana? Dengo dengo cerite, syarikat wakil rakyat tu slow dan tersangkut-sangkut buat kerja sekarang ni...

Nampak sangat Hishamudin Hussein Onn semakin sombong
Hisham berani cabar sebab segala media perdana bn kuasai
Hisham berani cakap besar sebab data SPR tak boleh dipercayai
Hisham berani sembrono sebab Polis, SPR, mass media dan segala jentera kerajaan berpihak pada dia
Inilah gengster tahi minyak yang merosakkan bangsa!!!

Nampak sangat najib semakin sombong dan angkuh
Apabila menolak perjumpaan Salehudin dan rombongan untuk berbincang
masalah remaja di PLKN
Inikah Islam hadhari?
Berani apabila segala media perdana bn kuasai
Adakah ini kod etika yang hendak diamalkan?
Tutup pintu dari berjumpa rakyat?
Najib angkuh sebab polis, SPR, mass media dan segala jentera kerajaan
berpihak pada dia
Inilah orang yang tak sedar diri

Segala kuasa itu sementara, ingatlah itu Najib, Hisham.

Kenapa sibuk nak bubar DUN Kelantan untuk pilihanraya semula? Kenapa tak bubar Parlimen untuk Pilihanraya Umum semula seluruh Malaysia kerana telah terbukti kerajan sekarang adalah kerajaan haram. DUN Kelantan sepatutnya tak perlu dibubarkan, kerana PAS masih boleh memerintah. Tapi kalau PAS yang mahu membubarkannya, itu adalah hak PAS dan terpulanglah kepada PAS sama ada mahu membubarkannya atau tidak. Apa kata kalau Parlimen yang dibubarkan pulak? Mungkin dah ramai hantu yang telah balik ke kubur... sebab itu BN tak berani nak bubar!!! umno akan menang 88 kerusi DUN di Kelantan Walaupun yang ada hanya 45 kerusi, tetapi pasai takut kalah lagi dan malu besar, mereka akan istiharkan kemenangan mereka merampas kesemua kerusi berjumlah 88 kerusi!!! Suruhanjaya Penipu Rakyat kata... kami nak kasi amno/bn menang... pengundi-pengundi hantu pun dah sedia kata JPN...

Jangan kita cepat membuat andaian. Setelah mengetahui bahawa pada pilihan raya yang lepas banyak pengundi-pengundi hantu, PASti kali ini pekerja-pekerja PAS akan memastikan dengan apa cara sekalipun bahawa hantu-hantu tidak dapat mengundi. Kepada ALLAH kita berserah, bertawakal dan meminta pertolongan. Bukan setakat DUN Kelantan sahaja yang akan di bubar... kalau mereka betul-betul berani... istiharkan pilihan raya semula di seluruh negara baik DUN mahupun Parlimen secara anak jantan, telus, amanah dan beretika. Then we will know the result... Tunggu arahan SPR...

Sebuah artikel yang ditulis oleh JAKIM di media menulis bahawa pemberi dan penerima rasuah adalah dikalangan orang yang munafik! Penulis juga menulis bahawa ibubapa yang menyalurkan rezeki rasuah kepada anak-anak akan melahirkan keluarga yang lemah dan tidak mengikut acuan Islam. Malah kesannya sampai kepada agama dan negara. Hasil rasuah tidak berkat dimakan. Maka akan lahir pelbagai gejala...

Dulu, kini dan mungkin selamanya umno/bn pernah dikaitkan dengan rasuah oleh Mahkamah. Pemimpin-pemimpin Umno pernah disabitkan dengan rasuah. Politik wang masih berluasa dalam Umno. Umno juga menghalang mahkamah untuk mengambil tindakan kepada beberapa pemimpin utama mereka yang rasuah...

Cuma artikel JAKIM tersebut tidak menulis lebih sedikit... iaitu... melantik dan memilih pemimpin yang rasuah tu bagaimana? Apa hukumnya???

Berita radio Terengganu... kerajaan BN akan merampas kembali tanah yang dibagi oleh kerajaan PAS dahulu. Agaknya inilah yang dikatakan serba-sedikit senario akhir zaman...

Orang baik dikata jahat.
Perkara baik diumpat dikeji.
Orang beriman dimusuhi.
Orang Kafir dipuja dipuji dan diikuti.
Orang munafik dipercayai.
Ulamak dicaci dibodohi.
Penyanyi diberi publisiti, bebas keluar TV.
Bicara soal akhirat tidak ramai yang peduli.
Orang menutup aurat dikata itu dan ini.
Yang berbikini tak siapa pun yang peduli.
Maknanya orang yang jahil telah melebihi.





___________________________
Terbitan : 26 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)