Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kejayaan Islam Hadhari

Sesungguhnya selepas kejayaan besar umno/bn mendapat mandat besar dalam pilihanraya tempohari maka banyak barang-barang yang naik harga. Begitulah kesan segera pemerintahan cemerlang mereka. Kita tak perlu menunggu lama untuk menikmati nikmat kemenangan mereka. Mende-menda ni selalu berlaku. Naper??? Kenaper diorang tak rasa takut nak naikkan harga barang??? Sekarang ni kita boleh kaitkan ngan kerajaan. Pasai menteri tak buat keje nak pastikan pengeluar, pemborang, peruncit-peruncit dll ni sentiasa mematuhi harga yang ditetapkan. Kalau maser baru-baru ari tu, hari-hari kuar tv tunjuk penguatkuasa pi cek harga barang, aper dah jadi sekarang??? Nak kater penguatkuasa tak buat keje ker??? So kita tok leh kater aper la, dah tu mentalitinya. Maner kunun nyer undang-undang. Sementara nak tunggu penguatkuasa 'nak' cek, nak amek tindakan, saper yang kene tanggung??? Ooo... kita luper, rakyat banyak duitkan??? Tak per la 20,30 sen harga naik. Tapi jangan lar nanti ader yang kater laks, kalu tepung naik, jangan makan kuih cukup lar... rakyat tak boleh buat apa-apa... rakyat hanya mampu mempertahankan kecerdikannya dengan sekali lagi memberi mandat kepada umno/bn pada pilihan raya umum akan datang...

Itu laa dia... rakyat tidak sedarkah? Angguk-angguk mereka itu sesuatu yang menguntungkan... besok mereka akan mengeluh menyalahkan negara asing- sekadar untuk meletak ke tepi segala kecerdikan mereka... dema buleh jamin pilihanraya yang depa buat tu secara ikhlas lagik jujur??? Kalau tidak rasanya buang masa saja... rakyat nak buat camana lagi... kalau dah negara kita ni ditadbir oleh penyangak-penyangak kaki PENIPU..."lemboo dengan penyangak", memanglah padan bagaikan lagu dan irama... Itulah nama aje merdeka tapi hidup rakyat macam duduk dalam zaman penjajah. Nakkan sangat pembangunan semuanya asik membangun sampai harga barang pun turut membangun tiap hari...

Masalahnya harga barang naik mendadak... tapi gaji dan pendapatan orang kampung tak naik-naik... dah lama dah... Ni mesti agenda bangsa cina nak jatuhkan orang melayu @ ORANG KITA nii!!! Ayuh bangsaku... bersatula di bawah UMNO menentang musuhhh!!!

Sebenarnya orang-orang yang mengemukakan konsep Islam Hadhari adalah orang-orang yang mempunyai kelulusan dan ilmu Islam yang tinggi, yang mungkin tak kalah daripada ilmu ulamak PAS dan pengikut fanatik PAS. Dalam ijtihad mereka, mereka boleh silap. Akan tetapi ijtihad mereka tetap mendapat pahala, dan kerja yang mereka lakukan tentu diredhai Allah. Ulamak umno kini sedang dibersihkan oleh Pak Lah. Astora Jebat dah KO, Hamid Zainal Abidin OUT, ulamak Baru... Kapt.Najmuddin, Mashitah, Prof Zainuddin, Ustad Firdaus, Dr Amran Kasimin tentu dapat memacu ulamak UMNO yang selama ini tak tahan dihimpit Ulamak PAS. Ini adalah pandangan-pandangan orang yang menyokong konsep Islam Hadhari.

Apa specialnye islam hadhari di mata mereka? kalau anda tengok makna asal hadhari tu ialah menetap, kerana orang arab dulu-dulu jenis nomad. Bila orang arab yang suka berpindah randah telah mengambil keputusan untuk menetap, ia dipanggil hadhari. Takde kaitan dengan moden, maju atau sewaktu dengannya pun? Tengok maknapun dah lain...

Islam Hadhari (HINDARI).. tau-tau sajalah... Islam yang tak ikut Al Quran dan Hadis kerana banyak perkara yang mereka perbuat adalah bersalahan dengan Al Quran dan Hadis itu sendiri. Contoh yang paling hampir ialah bersalaman dengan yang bukan mahram(muhrim), cium pipi isteri pemimpin boleh, merayakan agenda agama lain boleh, hukum jenayah dibayar dengan duit dan banyak lagi... Itulah Islam Hadhari!

Tak payah refer kepada Hadis Rasullullahlah, Al Quran, Kalam Allah SWT, jelas dan sejelasnya tentang HUDUD, kenapa Hadhari tak lakukan?. Al-Quran jelaskan tentang pemimpin islam macam mana harus disokong bukan macam hadhari sekarang nie. Itulah perjuangan yang hendak dan terus dibawa oleh PAS dulu, kini dan InsyaAllah selama-lamanya walaupun berdepan dengan pelbagai mehnan. Atau depa nak tiru cara Tun Dr Mahathir, suruh orang tafsir Al Quran balik semula supaya ikut peredaran zaman kunun... macam kamal Artartuk.

Apa nak dijawab bila berdepan munkar nakir berkenaan, apa kita buat untuk daulatkan dan laksanakan hak-hak Allah di dalam pemerintahan kepada pemimpin yang dipertanggungjawabkan? Apakah kalian berani berkata yang negara ini masyarakat majmuk sebab itulah hukum-hukum Allah tak boelh dilaksanakan? atau pendokong-pendokong yang menyokong pemimpin tersebut pula berkata, kami hanya menyokong sahaja, kami tak tahu yang mereka tidak mahu laksanakan? Apakah ini yang akan kita jawabkan di alam kubur (sebelum ke mahsyar sekalipun Astora kata tak ada pun seksa kubor, walhal Allah swt telah jelaskan dalam kisah tenggelamnya Firaun dalam surah Al Baqarah)?

Inilah dikatakan pertanggungjawaban, tak kira pemimpin atau pendokong (lebih-lebih lagi pemimpinlah), semuanya akan dipertanggungjawabkan, tak kira pendokong jemaah Islam atau sekular, semuanya tak terlepas dari pertanyaan kubur dan mahsyar, sekalipun di dunia ini berbagai alasan karut marut diberikan untuk MENAFIKAN perlaknsaan hak-hak Allah, tetapi di alam kubur dan mahsyar nanti, semuanya ada habuan masing-masing. Amalan baik (bukan jenis Lim Goh Tong atau Ananda Krishnan yang juga dermawan, tetapi tolak Islam dan kafir!) tentunya diberikan ganjaran kebaikan, amalan buruk tentunya diberikan balasan setimpal, itulah keADILan Illahi, bukan keADILan ala atau acuan Malaysia.

Sama-samalah kita renung, di mana kita? di jalan kebenaran iaitu jadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai pedoman dan petunjuk atau jalan sekular yang menolak Al Quran dan Hadis sebagai ikutan. Kedua-duanya boleh belaka untuk dipilih oleh kita. Tetapi Allah swt hanya tentukan yang satu sahaja, iaitu ISLAM - Al Quran dan As Sunnah, yang selain dari itu tak kiralah Hadhari ke, atau apa ke, jika bukan Al Quran dan Hadis dijadikan petunjuk, maka ketika itu, tanggunglah nafsi-nafsi, sepertimana kata ketua wanita umno cawangan di sebuah kampung, kubur masing-masing bila diajukan pahala-dosa dalam amalan seharian.

Hadhari tu semua alasan saje...
Hadhari tu tiipuuuuuu...

Itu semua alasan-alasan tak mahu laksana syariat Islam sebenar,
Kelok sana, kelok sini, nak tipu umat,

Kemudian penulis dan rakyat burung kakaktua pun ikut,
Orang kata Hadhari dia pun Hadhari,
Orang kata wawasan dia pun wawasan,
Orang kata aiik dia pun aiik,

kadangkala lebih lagi dari ketua yang menyesatkan tu,
ketua mereka terbesin, dia lebih lagi terbesin sampai keluar tahi hidunggg.

Kita bukan nak menghukum, tetapi kalau hudud dikatakan sesuatu yang tipu juga sebagaimana ada orang yang berkata sedemikian, ianya sudah nyata dan jelas sebagaimana Allah swt peringatkan tentang gugurnya akidah seseorang dari Islam atau pun membawa kepada murtad/riddah. Murtad itu boleh berlaku dalam 3 keadaan iaitu iktiqad, perbuatan ataupun perkataan. Antara perbuatan yang dilistkan di dalam kitab-kitab Hadis berkenaan terkeluarnya seseorang itu dari akidah Islam/murtad ialah;

- mengatakan syariah Islam yang diturunkan Allah bukan untuk mengatur perhubungan di antara individu dengan masyarakat dan negara.

Sebagai contohnya ialah mengatakan bahawa hukum Allah itu sebagai satu benda yg nak pancing sokongan dan sebagaimnya, yang demikian itu maka jangan sokong mana-mana kumpulan yang nak tegakkan hukum Allah dalam pemerintahan bernegara( senang cerita... jangan sokong PASlah).

Allah Ta'ala telah menjawab dengan tegas persendaan yang mereka buat ini melalui ayat-ayatNya seperti dalam Surah Al Maidah:49, Al Baqarah:229 dan banyak lagi ayat-ayat yang menyanggah persendaan mereka itu.

Sekali lagi kita katakan, kita bukan nak menghukum kerana Allah Ta'ala telah lama menghukumkan sesiapa di kalangan umat Islam yang melanggar batas-batas ajaranNya itu maka terkeluarlah mereka dari agama Allah Ta'ala. Hendaklahnya kita muhasabahlah diri, terlanjur sedemikian, masih ada peluang untuk undur, bertaubat dan berazam tidak mahu lagi menghina hukum Allah dengan pelbagai label diberikan, benci kepada golongan yang menghina hukum Allah dan mengakui segala keterlanjuran, kerana itulah yang disukai Allah.

Jika tidak, sia-sialah kita melakukan solat, puasa, dan ibadat-ibadat lain kerana apa yang mereka perkatakan, sudah cukup membuktikan betapa garis panduan Allah Ta'ala dalam bab akidah Islamiyah itu telah dilanggari.

Bukan semua urusan dunia ada dalam Quran... Sayangnya anda tak boleh memisahkan mana urusan dunia, mana urusan akhirat. Dalam urusan dunia, kita memang perlu menggunakan petunjuk Quran dan Hadis juga, tapi hanyalah pada prinsipnya sahaja. Dalam hal terperinci, dan bukan pula hal yang qati, misalnya macam mana nak buat jambatan, kenalah belajar dari buku tentang bina jambatan; hal itu tak ada dalam Quran dan hadis.Jadi begitu banyak urusan dunia ni perlu kajian, pemikiran dan usaha manusia, bukan boleh semuanya nak cari fatwa dari Quran. Ini juga pandangan yang selalu kita dengar.

Adakah anda sedar apa yang anda kata kan ini??? Bila saja anda mengatakan kitabullah tak lengkap maka ANDA ADALAH KUFURRR dan keislaman anda boleh dipertikaikan... Ingatlah apa saja urusan dunia adalah untuk akhirat, Segala urusan keduniaan jika tiada niat untuk tujuan akhirat dianggap tiada isi dan tiada pahala. Sebab itulah kita rasa orang PAS akan sentiasa merasakan setiap perbuatan atau tindak tanduk mereka walaupun untuk dunia tapi berkait dengan akhirat. Kita beri satu contoh... PAs buat jambatan adalah untuk kesenangan orang ramai dan pasti nya mendapat pahala dari ALLAH, Tapi kalau orang UMNO buat jambatan bagi tujuan menunjukkan mereka kaya atau untuk mendapat hasil daripada jambatan itu maka ia tidak memperolehi apa-apa dari ALLAH swt. Demikianlah...

Al Quran merupakan kitab lengkap berkenaan perjalanan hidup seluruh umat manusia, yang Allah sendiri perakui sendiri di dalam Surah Al Maidah. Jangan berdusta terlalu jauh sangat, rugi anda... rasuah itu urusan dunia, agama itulah yang mengawalnya supaya menjauhi rasuah, kemajuan binaan itu urusan dunia, Al Quran itulah sebagai panduan supaya menjauhi gejala tidak sihat seperti salahguna kuasa dalam kelulusan pembangunan, rasuah atau meminta wang perlindungan! membangunkan negeri itu urusan dunia, tetapi Al Quran dan Hadislah rujukannya, supaya pembangunan itu tidak bercanggah dengan apa yang Al Quran bagitau seperti judi itu haram, maka pembangunan berunsurkan judi hendaklah dielakkan, pusat pelacur itu haram, maka Al Quranlah sebagai pembeza antara maksiat dengan yang Allah redha.

Diharapkan anda tidak berdusta dan mendustakan kitabullah yang telah digazetkan sebagai rujukan ad din. Jangan nak terlalu pandai melebihi kepandaian Allah swt. Anda yang rugi, kita, generasi kita tidak sedikitpun kerugian!

Jangan jadi macam Sami Vellu tu... suntuknya fikiran kamu tu, kamu dah sangat keliru, ada krisis keyakinan terhadap Al Quran dalam diri kamu, elok renong balik kata-kata kamu tu, jangan jadi macam Sami vellu...

Marilah kita mengenal Islam secara global
Global yang ringkas dan intensif sebagai ilmu pengetahuan
Untuk mengukur diri kita, keluarga kita, seterusnya masyarakat dan negara
Sejauh mana Islam secara syumul itu telah diamalkan di dalam kehidupan
Sama ada di peringkat individu, rumahtangga, masyakat dan negara

Islam adalah agama syumul atau global
Global dan syumul itu berlaku di dalam EMPAT PERINGKAT
Global pada individu, global di dalam keluarga
Global di dalam masyarakat atau jemaah seterusnya negara

Syumul di dalam individu tidak sama dengan global di dalam keluarga Global di dalam keluarga tidak sama dengan syumul di dalam masyarakat Syumul di dalam masyarakat tidak sama dengan global di dalam negara

Mari kita mengenal Islam secara global di setiap peringkat Global pada individu dia hendaklah mengetahui dan meyakini rukun iman secara ilmu Iman itulah yang menjadi akidah dan pegangannya terutama Tuhan dicintai atau ditakutinya

Susahnya Mencari Kebenaran Di Akhir Zaman

Alangkah susahnya mencari kebenaran di akhir zaman Terutama orang awam yang ilmu agamanya sekadar cukup untuk fardhu ain Selain itu tidak mampu menilai benar atau salah, hak atau sesat Orang munafik menuduh orang lain munafik yang tidak munafik Orang yang sudah sesat, menuduh orang yang tidak sesat sebagai sesat Teraniayalah orang yang tidak munafik, terzalimlah orang yang tidak sesat

Pembuat-pembuat bid'ah menuduh orang yang berjalan di atas As Sunnah sebagai pembuat bid'ah, kerana sudah ramai yang tidak ikut As Sunnah Yang mengikut As Sunnah dipercayai orang ramai pembuat bid'ah Teraniaya pula pengikut-pengikut As Sunnah, dianggap bid'ah Orang-orang baik dianggap jahat, penjahat-penjahat dianggap baik

Kerana orang yang baik terlalu sedikit, mereka terpinggir terpinggir ertinya jahat pada pandangan ramai Orang yang ada jawatan tinggi cakapnya dianggap benar dan sah belaka Rakyat jelata walaupun benar, cakapnya tidak ada harga, tidak diambil kira, sekalipun dia seorang yang soleh Jawatan tinggi yang menentukan salah benar sesuatu kebenaran!

Begitulah watak akhir zaman, yang sudah jauh dari Rasul Sungguh susah hendak mencari kebenaran macam hendak mencari gagak putih atau merah Tunjukkanlah kami ya Allah jalan kebenaran Agar kami tidak sesat jalan menuju Engkau Ya Allah selamatkan kami.

Ya!!! perjuangan PAS keras lagaknya... tetapi ianya memberi kesan kepada diri kita dan rakan kita sendiri yang dulu pernah bersama umno... dan setelah melihat sendiri kepincangan demi kepincangan umno hari ini, maka mereka dengan rela hati meninggalkan perjuangan dunia yang sia-sia itu. Anda bagaimana??? Terserah Anda!!!

P/S PAS & UMNO, masing-masing hantar 5 petisyen kepada High Court Kota Bharu, tapi baru ni UMNO cakap nak serah 10 Petisyen, sekarang dah jadi 5 pulak, mana yang lain-lain tu?





___________________________
Terbitan : 30 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)