Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Perkara membatalkan iman

Bismillahirrahmanirrahim

Sebelum ini ada laporan tentang pandangan mufti tertentu bahawa sambutan Hari Valentine boleh menjejaskan aqidah. Selepas pilihanraya yang kesebelas ini timbul persoalan apakah perbuatan mengundi BN menjejaskan aqidah?

Kalau di Terengganu ada kalangan yang memakai logik ``undi UMNO bermakna menentang Islam, menentang Islam jadi kafir``. Benarkah begitu? Yang berfikir begitu mengatakan kita mengata mereka menentang Islam,kerana sudah jelas kerajaan PAS di Terengganu membuktikan kesungguhan melaksanakan Islam dengan pewartaan Enekman Hudud Dan Qisos.

Sudilah membaca pandangan saya ini untuk menjadi renungan bersama.

1.Para ulamak telah sepakat mengatakan bahawa kalangan manusia ada yang Islam dan ada yang kafir. Dikalangan orang-orang Islam ada golongan yang disebut sebagai orang Islam yang durhaka.

2.Tidak menjadi kafir seseorang Islam dengan melakukan dosa besar kecuali syirik. Hanya golongan khawarij yang menghukumkan kafir orang yang melakukan dosa besar.(Imam Ahmad Ibnu Hanbal menghukum kafir mereka yang meninggalkan sembahyang kerana berpegang kepada zahir hadis,bukan mempunyai pendapat yang sama dengan khawarij)

3.Tidak dihukum menjadi kafir seseorang dengan amalan dan perkataannya kecuali sesuatu yang tidak boleh ditakwil lagi, melainkan perbuatan dan perkataannya itu terang dan jelas perbuatan dan perkataan kafir seperti menyembah berhala dan sebagainya.

Marilah kita cuba fikirkan kenapakah sebahagian orang Islam di Terengganu mengundi UMNO didalam piliharaya yang lepas. Adakah kerana mereka memusuhi Islam? Lojikkah orang Islam memusuhi Islam?

Saya melihat banyak sebab mereka memberi undi kepada UMNO,antara lain:

1.Mahukan ganjaran duit yang dijanjikan.
2.Bimbang akan kehilangan apa yang sedang dinikmati (termasuk takut ditukarkan) kerana mereka percaya undi tidak rahsia.
3.Terpengaruh dengan janji yang telah diberikan dalam manifesto BN.
4.Menolong keluarga atau kawan yang menjadi calon UMNO.
5.Memprotes calon PAS (ini dilakukan oleh sebahagian ahli PAS sendiri)
6.Terpengaruh dengan penampilan calon UMNO yang lebih baik (disesetengah tempat) berbanding calon BA.
7.Tidak yakin PAS mampu melaksanakan Islam dan pembangunan.
8.Berdendam kepada kerajaan PAS yang pernah mengenakan tindakan tertentu kepada mereka.
9.Percaya kepada orang seperti Mahathir yang mendakwa PAS menyelewengkan agama Islam.

Itulah sebahagian daripada sebab kenapa orang Islam memberi undi kepada UMNO. Adilkah kita mengatakan mereka yang mengundi dengan niat-niat tersebut memusuhi Islam. Saya juga tertanya-tanya masih adakan kalangan yang percaya PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Menentang PAS bermakna menentang Islam. Sedangkan orang yang sinonim dengan idea ini telah dibeli oleh UMNO.

Pembaca sekalian! Saya seorang yang mengundi PAS kerana yakin bahawa PAS lebih jujur dalam mendaulatkan Islam. Apabila kita kaji sejarah kita akan tahu siapa UMNO,Pak Lah,Nordin Kardi,Sagol Hamid,Aziz Samsuddin,Najib,Hishamudin dan yang lain-lain. Kita akan tahu golongan mana sebenarnya yang mula-mula memperjuangkan kemerdekaan negara.

Namun tidaklah wajar kita mengikut emosi dalam menyatakan hukum Islam. Pilihanraya bukanlah segala-galanya. Menyertai pilihanraya bukan sesuatu yang qot`ie. Ini semua termasuk dalam perkara ijtihad. Tidak betul kita nak kafirkan orang dalam perkara ijtihad.

Malah lebih dari itu pilihanraya yang sedang berlaku kat Malaysia tidak Islamik. Halalkah dalam Islam meletakkan pertaruhan untuk menjadi calon. Malahan proses pengundian berjalan dengan penuh muslihat dan penipuan. Ketua negara YDAgong, dinegeri-negeri Sultan dan YDNegeri. Bertukar kerajaan di Terengganu, tidak bermakna terbatal segala apa yang telah dibuat oleh PAS.

Seandainya Datuk Idris Jusoh seorang yang jujur dengan Islam sudah tentu beliau tidak mengusik Enekman Hukum Hudud yang telah diluluskan. Inilah masanya untuk membuktikan bahawa UMNO juga mahu mendaulatkan Islam dengan mempersiapkan prasyarat kearah terlaksananya hudud dan Qisos yang telah dirintis oleh PAS.

Terlanjur bercakap tentang perkara yang membatalkan Islam marilah kita merenung apa yang pernah disebutkan oleh para ulamak kita. Seseorang menjadi kafir apabila ingkar sesuatu yang Maklum Minaddin Bidhorurah (sesuatu yang diketahui daripada agama Islam dengan mudah) semua orang tahu samada orang alim atau orang awam bahawa perkara itu dari ajaran Islam.(mengundi dalam pilihanraya tak masuk kan?)

Ada ulamak yang menyebutkan seseorang itu menjadi kafir apabila ia memperkecil-kecilkan cara tertentu Rasulullah memakai serban (kerana ia adalah sunnah yang diketahui) sila rujuk Fathul Mubin Syarah Hadis 40 oleh Al Allamah Ibnu Hajar Al Haitami .

Apabila berlaku perlakuan kufur daripada seorang Islam, dia hendaklah dibawa kemahkamah. Malangnya perkara ini tidak diperundang-undangkan kat Malaysia. Oleh sebab tu apabila Mahathir dok persenda-senda janggut nabi kat dalam mesyuarat dahulu saya tertunggu-tunggu juga JI versi Mesir kat Malaysia ni. Disana pernah ada Dr. Ab. Qodir Audah yang berpendapat kes hudud pak perlu bawa ke Mahkamah. Sesiapa sahaja boleh laksanakan hukuman penjenayah hudud..

Tambahan lagi kat Malaysia ni takde Mahkamah yang sanggup dengar pendakwaan kesalahan murtad. Lebih-lebih lagi kalau yang buat jenayah tu ketua parti yang memerintah negara. Sesiapa beranggapan saya salah, sila perbetulkan.

Orang Biasa.





___________________________
Terbitan : 10 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)