Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Isu Imunisasi Campak

Aku nak ajak saudara-saudara renungkan dan cuba fikir-fikirkan isu yang aku baca daripada ruangan - Rencana dan Pendapat –Berita Hairan Online10 april

Surat & Emel: CAP minta tangguh imunisasi campak

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut apabila Kementerian Kesihatan tergesa-gesa menjalankan suntikan imunisasi (campak) terhadap 4.5 juta kanak-kanak berusia antara 7 hingga 15 tahun dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Pihak berkuasa kesihatan mengasaskan keperluan program itu berdasarkan jangkaan wabak ini akan tercetus pada 2005 atau 2006.

Program itu menggunakan kombinasi vaksin terhadap tiga penyakit iaitu beguk, campak dan rubella atau lebih dikenali sebagai vaksin MMR.

Penilaian dan kajian sempurna perlu dijalankan sebelum melakukan suntikan vaksinasi secara besar-besaran ke atas kanak-kanak yang sesetengahnya sudah menjalani vaksinasi atau sudah dijangkiti campak dan dengan itu dilengkapi imuniti sepanjang hayat.

Tambahan pula, jika Kementerian Kesihatan bertindak untuk perlindungan campak, mengapa kombinasi vaksin yang termasuk beguk turut disokong?

Kajian luar negara menunjukkan campak terus berlaku di kalangan kanak-kanak yang mendapat suntikan vaksinasi sepenuhnya. Aliran data yang menunjukkan perubahan melalui cara pengurangan kes campak berikutan vaksinasi mungkin salah.

Tanda pengurangan kes jangkitan sebaliknya boleh berhasil akibat keadaan kebersihan yang dipertingkatkan, kesedaran dan pelaksanaan kaedah yang diperlukan untuk mencegah penyakit berjangkit dan memperbaiki status pemakanan penduduk.

Apabila vaksin campak pertama kali dihasilkan pada 1960-an, mereka yang menentang kegunaannya berhujah bahawa campak sebenarnya penyakit ringan dengan komplikasi serius yang jarang berlaku.

Kesan serius atau kematian banyak berlaku di kalangan mereka yang kekurangan khasiat makanan atau sudah mengalami kecacatan fizikal dalam beberapa cara.

Adalah dirasakan campak adalah petanda perkembangan penting dalam kehidupan kanak-kanak. Ibu bapa tentu perlu diajar bagaimana menjaga kanak-kanak dengan sempurna dan mengelakkan komplikasi.

Pada suatu masa mereka yang dijangkiti campak berusia di bawah umur 10 tahun. Kini, berikutan vaksinasi, campak menjangkiti lebih ramai orang dewasa yang menderita lebih teruk berbanding ketika mereka masih muda.

Selain itu, memandangkan hakikat perempuan tidak mendapat imuniti semula jadi daripada penyakit itu dengan sempurna, mereka tidak mampu untuk menyalurkannya kepada imuniti uri terhadap bayi mereka yang belum lahir. Oleh itu, bayi mungkin dijangkiti penyakit lebih awal, pada usia apabila mereka sepatutnya dilindungi antibodi ibu yang hamil.

Sudah dinyatakan juga sebaik saja vaksin campak digunakan, masalah baru timbul dengan kanak-kanak dijangkiti keadaan yang dikenali sebagai atypical measles. Ini adalah campak lebih serius yang mungkin tidak memberikan maklum balas kepada rawatan.

Ramai kanak-kanak sudah menerima dos vaksin MMR apabila berusia sekitar setahun, dengan suntikan penggalak beberapa tahun kemudian. Pihak berkuasa kesihatan memberitahu ibu bapa walaupun anaknya menerima suntikan penggalak pada tahun sebelumnya, vaksinasi di bawah program ini masih diperlukan.

Apakah ada jaminan tidak wujud kesan sampingan terhadap kanak-kanak berikutan suntikan berulangan ini?

Kajian menunjukkan kemungkinan vaksin MMR boleh menyebabkan autisme di kalangan kanak-kanak. Tidak ada juga pemeriksaan sempurna kemungkinan kesan jangka panjang dengan menyuntik ‘campuran’ pelbagai vaksin kepada kanak-kanak, terutama apabila dilakukan dalam persediaan kombinasi seperti MMR. Vaksin MMR turut dikaitkan dengan cetusan penyakit seperti artritis dan kencing manis.

Pada 1996, The Lancet, jurnal perubatan British menerbitkan kajian yang menyatakan penyakit peringkat awal kanak-kanak di Britain berkurangan pada abad ke-20, manakala penyakit alahan seperti asma, demam alergi dan ekzema meningkat secara mendadak.

Hipotesis penyelidik itu ialah jangkitan peringkat kanak-kanak tertentu terutama campak, mungkin melindungi daripada alahan. Kekurangan penyakit berjangkit pada peringkat awal kanak-kanak mungkin pada hakikatnya menggalakkan perkembangan asma dan keadaan alahan lain.

CAP ingin menggesa Kementerian Kesihatan menangguhkan program imunisasi campak bagi murid sekolah sehingga semakan semula yang sempurna dijalankan. Banyak bukti yang menentang keperluan vaksinasi secara besar-besaran.

Semua pihak berkaitan termasuk pakar dengan pandangan yang berbeza dan ibu bapa perlu dibawa berbincang sebelum keputusan dibuat. Jika tiada kewajaran bagi pelaksanaan vaksinasi wajib ini, ia tidak seharusnya diteruskan.

S M MOHAMED IDRIS,
Presiden CAP.

Mulanya aku tak nak respon apa-apa, tapi hari ni aku tengok siMenteri Kesihatan tu lain macam je nak marah kat Presiden CAP, S M MOHAMED IDRIS. Hai ada ape-ape ke? Aku pun suspen jugak, Kononnya imunisasi campak campak ni diperlukan untuk menghadapi wabak tahun 2005.

Ada beberapa soalan dok bermain dalam kepala aku:

1.Pasal apa lah lepas pilihanraya je tiba-tiba meletup isu ni? Tentu pembekal bahan-bahan untuk imunisasi ni akan jadi jutawan segera. Siapa agaknya? Sesiapa yang tahu tu tolonglah berkongsi maklumat dengan kami.

2.Kuman/virus/bakteria campak ni boleh main pakat-pakat ke dengan si Menteri tu? Yang tahu-tahu nak serang tahun 2005? Sorrylah aku memang bodoh bab penyakit ni.

Ada jugak sahabat-sahabat aku yang telah mempunyai anak tak mahu ambil apa-apa pelalian. Hujah mereka mudah saja. Bahan-bahan pelalian tu najis. Walaupun diambil daripada lembu dan lain-lain binatang yang boleh dimakan. Apa-apa saja cecair (kecuali mani) yang diambil daripada dalam tubuh haiwan yang belum disembelih hukumnya sama dengan darah.Tidakkah darah itu najis?

Menggunakan najis hukumnya haram. Kecuali untuk berubat yang tiada pilihan ubat yang lain. Itu pun untuk penyakit yang sedang dihidapi bukan untuk menghadapi sesuatu yang tidak pasti. Tambahan lagi mana ada wabak campak kat Malaysia ni hari ini. Aku pikir logik jugak hujah sahabat aku tu.

Tidakkah Malaysia ada Mufti? Tidakkah Malaysia ada Jawatan Kuasa Fatwa? Inilah akibatnya apabila pilih kerajaan guna hantu. Sampaikan Jawatan Kuasa Fatwa yang dilantik oleh kerajaan tu pu orang tak percaya. Yalah! Apa tidaknya,tengoklah peranan Datok Dr.Ismail Ibrahim menjelang pilihanraya dalam memenangkan BN. Walhal dia tu Pengerusi Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan.

Aku takut nanti habis institusi-institusi yang ada kat Malaysia ni orang tak percaya. Awas rakyat Malaysia! Mungkin suatu hari nanti revolusi akan berlaku juga kat Malaysia.

orang muda





___________________________
Terbitan : 16 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)