Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PEMBUNUHAN RANTEESI: DUNIA MESTI SEKAT AMERIKA DAN ISRAEL

KENYATAAN MEDIA (18 APRIL 2004)

PEMBUNUHAN RANTEESI: DUNIA MESTI SEKAT AMERIKA DAN ISRAEL

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas, Dr Abdul Aziz Ranteesi oleh tentera Yahudi Israel kelmarin. Kejadian berdarah ini berlaku tidak sampai sebulan selepas pembunuhan pemimpin Hamas, Shiekh Ahmad Yassin. DPP Pusat percaya pembunuhan ini dilakukan oleh Israel setelah mendapat restu daripada sekutu utamanya, Amerika baru-baru ini. DPP Pusat melihat pemimpin kedua-dua negara, Ariel Sharon dan George W Bush bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keganasan yang menimpa Ranteesi.

Peristiwa pembunuhan pemimpin-pemimpin Hamas dan ugutan bunuh terhadap pemimpin PLO membuktikan kepada dunia siapa sebenarnya pengganas antarabangsa. Bush sebelum ini mengkritik umat Islam kerana kononnya menaja keganasan global, tetapi Bush sendiri telah melakukan keganasan di Palestin dan juga Iraq. Dunia kini sepatutnya sedar bahawa syaitan utama dunia adalah Amerika dan Israel. Nyawa dan darah umat Islam di Timur Tengah telah banyak terkorban akibat keganasan yang dilakukan oleh kedua-dua syaitan dunia ini. Kebinatangan mereka telah memusnahkan tamadun kemanusiaan. Perjuangan Bush untuk menghapuskan keganasan antarabangsa hanya topeng untuk menyembunyikan wajah syaitannya.

Pembunuhan Ranteesi kelmarin sepatutnya memberikan kesedaran global kepada umat Islam tentang keperluan untuk bertindak balas bagi menangani keganasan Amerika dan Israel. Amerika dan Israel tidak boleh lagi dianggap sebagai sahabat atau rakan dalam segala urusan umat Islam. Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) sepatutnya telah bertindak untuk menangani perkara ini. Tetapi selepas pembunuhan Sheikh Ahmad Yassin dan keganasan di Falujjah, masih belum ada satu tindakan yang konkrit dilakukan. DPP Pusat mendesak Malaysia sebagai Pengerusi OIC supaya bertindak segera untuk menyelamatkan nyawa umat Islam. Pertubuhan-pertubuhan umat Islam yang lain seperti Liga Arab juga mesti mengambil tindakan tegas dengan memutuskan hubungan dengan Israel. Negara Arab tidak sepatutnya menjadi barua Israel ketika keadaan tegang seperti ini.

DPP Pusat mengutuk sekeras-kerasnya kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam melindungi nyawa umat Islam. Majlis Keselamatan PBB yang begitu cepat bertindak ke atas Afghanistan, Iraq dan Osama Laden, bisu seribu bahasa apabila berhadapan dengan pengganas seperti Sharon dan Bush. PBB tidak sepatutnya melihat sahaja konvensyen-konvensyen dan resolusi-resolusinya dilanggar oleh dua syaitan dunia ini. Majlis Keselamatan sepatutnya sudah bersiap untuk mengambil tindakan ketenteraan ke atas Israel setelah mereka membunuh rakyat Palestin, tetapi dengan pengaruh Amerika, Majlis Keselamatan PBB menjadi pondan dan tidak berupaya untuk bertindak. Jika keadaan seperti ini berterusan, Majlis Keselamatan PBB patut dibubarkan sahaja. DPP Pusat tetap menuntut supaya satu tindakan tegas dikenakan oleh masyarakat antarabangsa ke atas Israel dan Amerika.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat





___________________________
Terbitan : 20 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)