Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PAS MESTI KUKUHKAN PAKATAN BA

KENYATAAN MEDIA (25 APRIL 2004)

PAS MESTI KUKUHKAN PAKATAN BA

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan ulasan beberapa pemimpin Barisan Alternatif (BA) tentang masa depan pakatan ini yang dilihat tidak memberikan manfaat kepada Parti Keadilan Nasional (PKN). DPP Pusat mengakui bahawa kerjasama dalam pakatan ini masih belum berada pada tahap yang maksimum, tetapi ini tidak bermakna BA harus menamatkan pakatan tersebut. Adalah tidak tepat untuk mempersalahkan pakatan BA sebagai punca kemerosotan pengaruh PKN dalam pilihan raya yang lepas, kerana kemerosotan pengaruh BA berpunca daripada penipuan BN. Ini terbukti apabila BA masih mengekalkan jumlah pungutan undi termasuk undi popular, tetapi gagal memengani kerusi akibat penipuan BN.

DPP Pusat melihat bahawa pemimpin BA di semua peringkat sepatutnya mengambil iktibar daripada pilihan raya ini untuk mengukuhkan pakatan yang sedia ada bagi menangani BN pada masa hadapan. Pemimpin BA tidak sepatutnya memberikan pandangan-pandangan negatif kepada pakatan ini melalui media massa, tetapi menggunakan saluran parti untuk menyampaikan pandangan. Kelemahan-kelemahan yang berlaku semasa proses pilihan raya tidak sepatutnya dijawab dengan cadangan pembubaran pakatan. Pemimpin kedua-dua parti mesti bersedia untuk dikoreksikan melalui sesi ‘post mortem’ supaya hubungan yang sedia ada dipermantapkan.

Tidak ada satu sebab yang benar-benar kukuh bagi kedua-dua parti untuk berpecah sekali gus memberi laluan yang lebih mudah kepada BN untuk terus mengekalkan kezaliman. Isu-isu yang remeh tidak sepatutnya dibangkitkan, dan kedua-dua parti harus belajar daripada kegagalan pakatan-pakatan pembangkang sebelum ini yang telah menyebabkan BN terus berkuasa. Tempoh yang ada ini perlu dimanfaatkan untuk membina semula kekuatan, menangani penipuan-penipuan BN dan mewujudkan keselarasan di peringkat kepemimpinan tertinggi. Perbalahan dan percakaran tidak memberi manfaat kepada sesiapa melainkan membawa keuntung percuma kepada BN sahaja.

DPP Pusat mahu kedua-dua parti memikirkan pendekatan yang paling sesuai untuk mewujudkan sebuah pembangkang yang kuat dan berkesan bagi mengimbangi kerakusan dan penipuan BN. Sistem dua parti, kabinet bayangan, belanjawan alternatif dan lain-lain yang telah diwujudkan sebelum ini mesti diperkasakan semula untuk mengekalkan keyakinan rakyat. BA juga mesti mempergiatkan usaha-usaha menggerakan masyarakat sivil supaya mereka dapat bersama-sama dalam mengimbangi kerakusan Kerajaan BN. BA juga harus membina keyakinan rakyat melalui kekukuhan pakatan yang boleh dilihat oleh rakyat, sehingga rakyat benar-benar yakin bahawa BA boleh menggantikan BN. Jika pemimpin BA mencanangkan supaya pakatan ini ditamatkan, ia tidak menyelesaikan masalah pokok yang diperjuangkan sebelum ini.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat





___________________________
Terbitan : 27 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)