Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

BUBAR KERAJAAN: BN PATUT BUBAR DULU

KENYATAAN MEDIA (26 APRIL 2004)

BUBAR KERAJAAN: BN PATUT BUBAR DULU

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius percubaan media massa untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Kelantan yang dikuasai oleh PAS sejak kebelakangan ini. Media massa cuba memanipulasikan kenyataan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Nik Mohd Amar Abdullah bahawa PAS akan membubarkan kerajaan jika terus ditekan oleh BN. DPP Pusat melihat kenyataan ini hanyalah satu helah politik yang bukan bermaksud untuk membubarkan DUN Kelantan. Dan media massa tidak sepatutnya memainkan isu ini untuk memberi tekanan kepada PAS kerana Kerajaan Kelantan yang ada masih stabil dan berupaya untuk memerintah.

DPP Pusat mencela sikap pemimpin BN yang suka menimbulkan ketidakstabilan politik di Kelantan dengan memberikan tekanan termasuk mendesak PAS membubarkan DUN Kelantan dan menuduh pemimpin PAS Kelantan tidak sehaluan. Sebelum ini pemimpin BN sering kali menuduh pemimpin pembangkang sebagai tidak cintakan negara, agen asing, anti pembangunan dan sebagainya apabila pemimpin pembangkang mendesak menteri BN meletakkan jawatan kerana berlakunya sesuatu penyelewengan, kini pemimpin BN pula berusaha menimbulkan ketidakstabilan di Kelantan. DPP Pusat percaya pemimpin BN cuba memberikan tekanan kepada Kelantan supaya tragedi 1978 berulang dan mereka boleh mengambil kesempatan. BN tahu bahawa mereka tidak berupaya merampas Kelantan daripada PAS melalui saluran yang sah.

Setelah pelbagai penipuan, kejahatan dan persekongkolan dengan SPR dilakukan, BN masih belum berupaya merampas Kelantan, maka tidak mungkin bagi BN boleh mengambil semula Kelantan melalui pilihan raya. Kerana itu BN sedaya upaya cuba merampas Kelantan melalui saluran yang tidak demokratik. Ini bukan pertama kali BN melakukannya. BN pernah merompak Kerajaan PAS Terengganu pada 1961 dan cuba melakukan perkara yang sama di Kelantan pada 1967 dalam peristiwa Turn About-About Turn tetapi gagal. BN hanya berjaya merampas Kelantan daripada PAS pada 1978 apabila mereka menaja huru-hara di Kelantan dan menguatkuasakan Undang-undang Darurat. Dan kali ini BN cuba mewujudkan ketidakstabilan untuk tujuan yang sama.

DPP Pusat mencabar BN supaya terlebih dahulu membubarkan Parlimen dan DUN yang dikuasai oleh mereka sebelum mendesak PAS membubar DUN Kelantan. PAS memenangi Kerajaan Kelantan secara bermaruah. Tetapi BN memengangi pilihan raya 2004 dengan cara yang kotor, jijik, hina dan keji. Mereka mengadakan pelbagai penipuan pilihan raya, menyekat saluran-saluran demokrasi, mengugut rakyat, menaburkan wang dan memperalatkan jentera kerajaan untuk mengekalkan kuasa rakus mereka. Secara logiknya, jika BN adalah parti yang bermaruah dan mempunyai harga diri, mereka sepatutnya terlebih dahulu membubarkan kerajaan. DPP Pusat melihat jika BN tidak membubarkan kerajaan-kerajaannya, BN adalah parti yang tidak bermaruah dan merupakan pelacur politik di negara ini.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat





___________________________
Terbitan : 27 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)