Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Polemik kepada surat Nor Hazali

Assalamualaikum wrt. wbrth.,

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Segala Puji Bagi ALLAH.Rabb Seluruh 'Alam. selawat dan slam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Saudara webmaster dan netters sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin merujuk artikel Nor Hazali - Memohon Maaf di atas Kritikan Yang Menyinggung Perasaan Parti dan Ahli Pas bertarikh Selasa, 6 April 2004 (http://tranungkite.net/d04/norhazali2.htm)

Saya pernah mengikuti tabligh, dan salah satu sebab saya meninggalkannya kerana saya sendiri mendapat tahu bahawa tabligh sebenar adalah jarum halus untuk memalingkan pemuda Islam dari menyokong harakah Islam, iaitu PAS. Saya telah banyak berinteraksi dengan orang-orang tabligh (selepas ini OT), dan dari apa yang saya alami, mereka ini sememangnya penyokong kuat UMNO/BN sejak dari dulu. Pelbagai alasan yang telah saya dengar dari golongan ini, apabila ditanya, "mengapa kamu sokong UMNO/BN?". Soalan mudah, tapi pelbagai hujah dan dalil yag ditimbulkan.

Mungkin ikhwan/akhawat yang ramai yang kurang menunjukkan minat dari segi politik, tapi apabila kita sudah lama mendekati golongan ini, kita mula memahami kecondongan/kecenderungan politik mereka memang ke arah UMNO/BN. Cuma segelintir sahaja, yang saya kenali, tidak memihak ke mana-mana pihak, dan golongan ini kecil sangat. Apa yang saya lihat dan dari pengalaman keluar bersama, jemaah tabligh, sememangnya merupakan jarum halus untuk mempengaruhi pemuda Islam, sama ada langsung tidak menyokong perjuangan harakah Islam, atau ke arah UMNO/BN.

Hasil dari soal jawab dengan orang tabligh. Mungkin ia lebih kepada pendapat peribadi, tapi marilah sama-sama kita lihat jawapan OT.

1. Kenapa tak mengundi?
OT-"Bukan cara nabi"

2. Kenapa tak pangkah PAS, kenapa pangkah UMNO/BN?
OT-1: "Dunia ini neraka bagi orang Islam, syurga bagi orang kafir, nanti kat akhirat, syurga bagi orang Islam, neraka bagi orang kafir"

OT-2:"Allah menguji orang Islam dengan kesusahan dunia, nnt akhirat senang; bukanlah tujuan orang Islam untuk mencari kedudukan dunia"

3. Kalau tak sokong PAS, macam mana nak tegakkan negara Islam?
OT: "Negara Islam tu sememangnya berada dalam hati umat Islam"
jwpn balas: cuba klu tak makan, atau tak nafas; agak2 hidup tak?

4. Kenapa guna hadis daif ketika berdakwah?
OT: "Takut kalau guna hadis sahih, nnt klu org tu bangkang, dia kira menentang rasulullah"
nota: klu org tu dah terang2 menentang Islam, tak kiralah daif atau sahih, semua dia tolak.

Ada beberapa soalan tambahan, yang belum sempat di tanya...
1. Nabi tak pernah keluar lebih 40 hari, atau 4 bulan... sekiranya keluar pun, untuk tujuan peperangan. Kenapa tabligh sampai 40 hari, 4 bulan? selalunya jwpn OT: ada seorang alim tu, keluar sampai 27 tahun di jalan Allah, kemudian balik anak dah besar dah.
soalan balas: menjaga anak bini tak dapat pahala ke? membina ummah? mendidik anak untuk akhlak yang baik? memberi nafkah pada keluarga?

2. Bila nabi berdakwah ke taif, nabi jumpa dengan pembesar-pembesar kabilah taif terlebih dahulu. apabila kabilah-kabilah ini menolak; maka nabi pergilah jumpa orang awam/ramai. tapi, orang tabligh, jumpa orang ramai, tak mahu jumpa orang besar2 terlebih dahulu. bukankah itu tidak mengikut jalur sunnah?

3. Kenapa plak nak men"tabligh"kan orang PAS plak? Cubalah tabligh orang UMNO/BN terlebih dahulu. Orang PAS, insya-Allah, sekiranya mengikuti program Tarbiyyah PAS rasanya dah cukup dah. Pada hemat saya, OT lah kena tablighkn orang UMNO, sbb derang tu memerlukn OT lebih dari orang PAS.

4. Sepatutnya OT buka mata luas2, sekiranya UMNO menghargai tabligh, maka sewajarnya mereka menjadi OT. secara logiknya lah, disebabkn OT memenangkn UMNO/BN, sepatutnya ramailah pemimpin UMNO mengikut tabligh. tapi perkara seumpama x berlaku.

5. Kenapa Tabligh sasarorang "baik-baik"? Kenapa tak sasar golongan yang memerlukn pertolongan mental?

6. Kenapa OT tekankan amal maaruf sahaja? Nahi mungkar tak penting ker? adakah nahi mungkar akan hilang begitu sahaja, dengan mengamalkan maaruf semata2?

akhir kata, apa yang saya tuliskn ini hanyalah apa yang saya dapat fikirkan ketika ini. Kesimpulannya, OT kebanyakannya sokong UMNO (tapi UMNO buat DUNNO kepada mereka), dan segelintir sahaja yang tidak memihak. Saya lihat, secara halusnya, tulisan Nor Hazali lebih untuk meneutralkan sokongan pemuda Islam kepada PAS, dan seterusnya mengajak sokong UMNO secara halus. Ini dari apa yang saya amati, mungkin salah, tapi daripada pengalaman, inilah rumusannya.

Saya tak nafikan sumbangan tabligh kepada masyarakat. tapi apa yang saya tulis ni lebih pada OT malaysia yang saya kenali. setakat yang saya tahu, OT malaysia yg saya kenali mmg x sokong PAS.

saya minta maaf sekiranya ada tersinggung, saya tulis emel ini dengan niat yang baik dan atas pengalaman saya.

Segala yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri. Hakikatnya segala-galanya datang dari yang Maha Kuasa.

wassalam

Pengikut Setia Ahli Sunnah Wal Jamaah juga





___________________________
Terbitan : 12 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)