Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PAS mesti berfungsi....

PAS yang perjuangannya ialah untuk menegakkan Islam sebagai matlamat utama partinya, bagi dapat mengislamisasikan Perlembagaan Negara, Sistem Pemerintahan dan Sistem Perundangan bagi rakyat yang beragama Islam, seharusnya dapat menterjemahkan kepada seluruh rakyat di semua peringkat mengenai manfaat atau hasil yang boleh dikecapi apabila menyokong PAS.

Adalah mudah bagi rakyat yang beragama Islam yang sememangnya berminda islamik, khususnya bagi mereka yang telah mendapat pendidikan mengenai Islam melalui sekolah-sekolah agama bagi memahami perjuangan PAS.

Tetapi bagi mereka yang berminda sekular, khususnya yang mendapat pendidikan melalui sistem pendidikan kebangsaan yang hanya memberikan pendidikan mengenai Islam seperti yang ada sekarang; sudah pasti sukar bagi mereka untuk dapat meneterjemahkan apakah yang sebenarnya perjuangan PAS. Maka golongan sekular inilah yang sebenarnya adala musuh utama PAS yang perlu dihadapi oleh PAS supaya minda mereka dapat diislamisasi sepenuhnya. PAS mestilah mengaturkan rancanagan dan pelan tindakan bagi dapat mengislamisasikan rakyat Melayu yang beragama Islam yang berminda sekular ini di semua peringkat, dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat pemerintah Negara, di kampung-kamungan hinggalah ke bandar-bandaraya.

Orang biasanya akan bertanya, apakah manfaatnya, apakah untungnya menyokong PAS? bagi mereka yang berminda islamik memang tahu jawapannya iaitu sebagai tanggungjawab bagi melaksanakan segala yang dituntut oleh Allah dan Rasul-nya kita umat Islam wajib laksanakan. Soal manfaat, bukan persoalannya.

Tetapi bagi rakyat Melayu beragama Islam yang di Malaysia majoritinya adalah sekular [yang tidak mempedulikan kepada Perintah Allah dalam ayat 162 Surah Al-An'aam], tidak akan dapat menerima melaksanakan segala yang dituntut oleh Allah dan Rasl-Nya itu sebagai tanggungjawab, selama mana manfaat atau untungnya tidak segera dapat diperolehi.

Maka masalah utama PAS ialah bagaimana untuk menjadikan supaya perjuangan PAS itu bukan saja dapat dilihat bahkan dapat dinikmati dan dirasakan ia memeberikan manfaat dan dengan segera kepada mereka sekiranaya menyokong PAS.

Untuk itu, PAS mesti berfungsi dan bergerak supaya produktif dan hasilnya dapat dilihat dan dinikmati segera oleh rakyat.

Prinsip utama ia seharusnya diguna pakai oleh PAS ialah menjadikan kewujudan dan kehadiran PAS, walau di mana-mana jua pun, memberikan manfaat kepada semua manusia di tempat di mana PAS wujud dan hadir. Ini adalah kerana sesuatuyang tidak dirasakan memberi manfaat atau faedah sama ada segera atau jangka panjang; ia tidak akan diterima sangat olehoarang; malahan tidak akan dipedulikan oleh orang; apatah pula untuk menerima dan menyokongnya oleh orang.

Kita ambil sebagai contoh, di sebuah kampung Melayu, adanya sebuah Markaz PAS. Apakah kewujudan dan kehadiran PAS di kampung itu memberikan manfaat kepada:

(a) Kanak-kanak di kampung itu
(b) Kanak-kanak sekolah di kampung itu
(c) Para pelajar sekolah menengah di kampung itu
(d) Ibubapa di kampung itu
(e) Para belia di kampung itu
(g) Penduduk di kampung-kampung berdekatan yang tiadanya markaz PAS.

Sesuatu itu dikatakan memberi manfaat atau untung ialah apabila pihak yang memerlukannya dapat apa yang mereka perlukan. Maka PAS haruslah berfungsi dan bergerak bagi dapat memberikan khidmat bagi mengisi apa yang diperlukan orang-orang kampung itu iaitu dari (a) hingga (g), iaitu dari segi Agama, ekonomi, sosial, pendidikan, sukan, estetika, dan siasah secara ISLAMIK, bukan secara sekular yang sering dilaksanakan oleh pihak UMNO.

Kita ambil contoh sebuah kampung itu dari segi ekonomi, apakah peranan PAS bagi menunjukkan kewujudan dan kehadirannya di kampung tersebut terhadap:

(a) Tanah terbiar
(b) Tanah milik orang kampung yg tidak diusahakan
(c) Sawah yang terbiar
(d) Keluarga yang miskin
(e) Murid-murid sekolah rendah dan menegah

supaya kesemuanya (a -e) adalah produktif, hingga murid-murid sekolah rendah dan menegah pun boleh mendapat wang dari hasil gerak-kera oleh PAS di kampung itu.

Contohnya bagaimanakah PAS boleh menggerakkan aktiviti supaya Murid-murid sekolah rendah dan menegah di kampung itu boleh memperolehi wang sendiri tanpa mejejaskan mereka terhadap memberi tumpuan kepada pelajaran sekolah?

Pemuda PAS di kampung itu boleh bertindak, menganjurkan supaya setiap murid atau pelajar yang tinggal di kampung itu memelihara ayam mereka sendiri, mempunyai reban sendiri di belakang rumah mereka masing-masing, dan ayam-ayam itu antara 40-50 ekor adalah milik seorang pelajar/murid itu sendiri. Jika satu keluarga itu ada 6 orang anak yang bersekolah, maka ada 6 buah reban ayam di belakang rumah keluarga itu.

Makanan untuk ayam? Tidak perlu dibeli. Tanah terbiar, tanah di belakang rumah, di sepanjang perbatasan sawah, dan di mana-mana ditanam saja dengan pokok ubi kayu; tidak perlu dijaga boleh hidup dan menghasilkan ubi. Ubi kayu inilah direbus oleh murid-murid/pelajar untuk diberi ayam masing-masing makan. Seminggu sekali Bapa boleh ke pasar menganbil segala sisa ikan dan kulit-kulit ayam yang dibuang itu di bawa balik, dibersihkan dan direbus dengan sedikit garam, ditapis ambil airnya dan diberikan ayam-ayam itu minum.

Apabila murid/pelajar itu memerlukan wang, juallah ayam masing-masing. Apakah seorang pelajar Tingkatan 5 yg tinggal di kampung tidak mampu memelihara 100 ekor ayam dengan hanya memberi makan ubi kayu dan air rebusan ikan dan sebagainya yg boleh diperolehi percuma di pasar?

Pemuda PAS misalnya di kampung itu boleh mengadakan gotongroyong dengan para pelajar yg tinggal di kampung itu bagi mendirikan reban-reban ayam bagi setiap murid/pelajar yang ada di kampung itu, menggunakan bahan-bahan seperti buluh dan batang-batang pokok dari hutan yg berdekatan. Dan gotong royong juga boleh dijalankan bagi menanam benih pokok-pokok ubi kayu secara yang menyeronokan beramai-ramai; tanamlah ubi kayu di seluruh kampung.

Maka dari gerakan sebegitu, maka akan dilihat dan dirasakan oleh penduduk kampung PAS adalah berfungsi dan kehadirannya adalah memberi manfaat.

PAS bukan lagi seperti pergerakannya di era lama dalam tahun-tahun 0han dan 60han, tetapi PAS sudah menerajui Kerajaan neger, dan mempunyai keahlian yg terdiri drpd pelbagai golongan profesional dan kepakaran.

Justeru PAS mestilah bergerak dan berfungsi agar ia dapat bukan saja dilihatmalahan dirasai kewujudan dan kehadirannya di mana-mana sebagai memberi manfaat kepada audian dan khalayak.

Lujnah-lujnah dan biro mestilah berfungsi dan aktif secara sukarela, justeru semua ahli PAS mestilah memahai erti "sukarela", iaitu "suka" dan pada masa yang sama "rela", itulah maknanya "sukarela".

Majukan kampung mengikut kemampuan secara kampung iaitu secara sukarela, gerakkan gotong royong atas nama anuran PAS. Jika di pinggiran Bandar sesuaikan dengan memenuhi keperluan penduduk luar bandar, dan jika di bandar sesuaikan dengan dapat memenuhi keperluan penduduk luar bandar, dengan konsep sepadu sebagai NGO tetapi berpaksikan politik.

Di kampung-kampung, adakan kelas-kelas tusyen percuma, begitulah juga di pinggiran bandar dan juga untuk dapat memenuhi keperluan para murid dan peljar di bandar. Ini di bidang pendidikan.

PAS bukan lagi semata-mata aktivitinya dilihat sebagai berceramah politik, tetapi harus juga melibatkan aktiviti yang menyeluruh sebagaimana pergerakan Al-Qrqam dahulu dari segi penggiat di bidang ekonomi, tetapi bukanlah mengambil akidah yang dipakai oleh Al-Aeqam itu.

Satu bidang amat kurang diberikan perhatian oleh orang melayu ialah untuk menguasai Kemahiran Berfir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). PAS bolehlah mengadakan mengumpulkan para pelajar di kampung, di pinggiran bandar dan bandar dengan mengadakan kelas-kelas motivasi, dan memberikan kursus pendek mengenai KBKK. Apabila generasi muda mempunyai KBKK dengan sendirinya segala dakyah kepalsuan oleh pihak UMNO, akan mudah ditangkis oleh minda yang mempunyai KBKK yang berpaksikan kepada Islamiah.

Adalah diharapkan PAS akan menjadi agen perubahan sosi-ekonomi kepada masyarakat kampung, pinggiran bandar dan bandar bagi menjana pertimbuhan "Budaya Al-Fatihah" dan seterusnya menegakkan "IASLAM SEBAGAI AD-DIIN".

Sila buat pertanyaan, bagaimana sesuatu idea atau rancangan yang ada dalam kepala anda itu boleh direalisasikan dalam bentuk Pelan Tindakan. Kita bincangkan bersama.

Wasalam.





___________________________
Terbitan : 4 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)